Monday, August 18, 2008

wuduk..solat..hapuskan dosa..



BNU Abbas meriwayatkan, ketika Saidina Ali mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai hafalan al-Qurannya yang semakin hilang daripada dadanya, baginda mengarahkan Ali mengerjakan solat empat rakaat, seterusnya mengucapkan alhamdulillah serta memuji-Nya, berselawat ke atas baginda dan seluruh nabi, memohon keampunan untuk semua orang beriman lelaki dan wanita dan akhir sekali berdoa kepada Allah.

Uthman bin Hunaif menceritakan kisah seorang lelaki buta datang bertemu Rasulullah s.a.w, katanya: “Wahai Rasulullah! Tolonglah berdoa untukku agar dikembalikan penglihatan mataku ini.”

Jawab baginda: “Kalau engkau mahu, aku boleh doakan agar sembuh dan kalau kau mahu, engkau bersabar dan aku tidak perlu doakan, yang ini lebih baik bagimu (bersabar).”

Kata lelaki itu lagi: “Wahai Rasulullah! Doakanlah wahai Rasulullah.”

Sabda baginda: “Kalau begitu pergilah berwuduk, kemudian kerjakanlah solat dua rakaat. Seterusnya berdoalah, wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan berkat Nabi-Mu Muhammad s.a.w, nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad! Aku menghadap kepada Tuhanku dengan harapan Dia akan menunaikan permintaanku. Wahai Tuhanku, berilah syafaat kepadanya untuk diriku.”

Kemudian, beliau kembali ke rumahnya dalam keadaan penglihatannya sudah pulih seperti biasa.

Sebenarnya, solat fardu juga boleh menjadi penyebab kepada pengampunan dosa dan penerimaan doa. Abu Umamah r.a meriwayatkan, seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu meminta baginda menjatuhkan hukuman ke atas dosa yang dilakukannya.

Nabi s.a.w hanya mendiamkan diri. Hamba Allah ini memberitahu Nabi s.a.w sebanyak tiga kali. Akhirnya Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Bukankah kamu sudah menyempurnakan wudukmu kemudian bersolat berjemaah bersama kami? Sesungguhnya Allah sudah mengampunkan dosamu.”

Hadis ini menunjukkan keampunan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu berwuduk dan solat. Kelebihan berwuduk ialah menggugurkan dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.

Justeru, selepas berwuduk, seseorang itu lebih hampir kepada Allah. Seterusnya wuduk itu pula diikuti dengan ibadat yang besar dalam Islam iaitu solat.

Solat mengandungi pelbagai unsur doa kerana solat itu sendiri bererti doa. Seorang yang mengerjakan solat, sedang bermunajat dengan Tuhannya.

Orang yang mengerjakan solat juga menyatakan ikrar yang agung seperti terkandung dalam surah al-Fatihah, bermaksud: “Hanya kepada Engkau kami abdikan diri dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.”

Selepas berwuduk dan mengerjakan solat, seseorang itu berada dalam keadaan amat hampir kepada Allah. Justeru, itulah waktu terbaik untuk memohon kepada Allah.

artikel dari..metro..

Related Posts by Categories



No comments:

Related Posts with Thumbnails