Showing posts with label SANTAI. Show all posts
Showing posts with label SANTAI. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

the first step (part 1)

waktu tu aku tak tahu kenapa dengan mood aku..

angin, panas baran.. sampai semua benda aku pertikaikan.. satu persatu.. bab sensitif atau pun tidak.. aku main langgar yang penting aku dapat luahkan..

and last "abg tahu macam nak mula.. dan jangan la mendesak"

ok.. lepas tu aku diam tak tanya apa2x.. tapi... bila bergaduh aku akan tanya benda yang sama

"abg serius ke tak ngan fira ni??, kalau nak memain tak yah la mcm ni"

tahun 2008 adalah tahun permulaan.. tahun 2009 tahun dugaan... tahun 2010 tahun dugaan plus keseriusan...

akhirnya.. tahun 2010 first time aku tunjuk dia dekat famly aku time kenduri cukur jambul anak buah aku...
sebelum ni takde. bukan aku tak serius tapi aku tak nak la mak ayah aku cakap bukan2x pulak.. lepas sorang lelaki ke lelaki yang lain.
time raya.. die datang juga kat rumah itu pun setelah di paksa.. nasihat percuma lelaki mmg paling benci kalau di paksa.. tapi dorng ni mmg suke main2x..

bile tgk mak aku.. dan ayah aku ok.. (sbb aku paling takot ayah aku.. sbb dulu ada kes ayah aku check hp aku.. meraung aku time tuh baru abis spm.. sejak tuh aku tak brani nk bukak sound hp kuat2x.. heheh trauma!!!)

lepas tu en azhar ada suruh aku inform kat mak n ayah aku yang time raya haji die nk bincang something
nak di jadikan cerita time raya haji bole plak en azhar lepak rumah acu (adik perempuan ayah aku)..
tahu tak acu aku ckp ape (first time tgk aku bawak someone jumpe die) so nampak sgt la en azhar ni seorang yang special bagi aku..
but acu aku kata aku ni cepat moody.. aku bkn nye apa.. kadang2x tuh aku kena bersikap tegas memandangkan budak2x ssh nk hormat org tua. kadang2x aku lebih suka jadi garang biar orang tahu sket.. nk kata aku ni mak tiri ke ape ke aku tak penah kisah sbb aku tak nak orang mengata pasal ank2x buah aku.. sepupu sepapat aku punye perangai buruk.. so.. biar aku garang kalau mane tak berkenan tuh aku cubit je....

hari kristmas hari tuh en azhar bawa famly die datang umah aku..
nak kata upacara merisik mungkin juga la.. sbb kita duk kenal antara satu sama lain tapi yang kelakar sbb kita terlalu formal.. so mak en azhar ni agak segan.. aku pun same segan sbb yg datang adik beradik je tapi nampak macam ramai

akhirya we decide yang 19.02.2011 adalah tarikah pertunangan kami..

kisahnya.
aku terus sms seorang kawan aku.
tetibe aku berbelah bagi dengan perasaan aku..
tetibe aku tertnya pada diri aku sendiri adakah aku bersedia.. dan semuanya...

alhamdullilah aku sendiri kena atasinya.. sekarang semuanya aku berserah pada Allah..

insya-Allah (nantikan part 2 conflict seblum pertunangang)

Wednesday, November 10, 2010

Estet!


sebenarnya mula-mula aku dengar cite estet ni dari anugerah pasal filem tuh FFM tambah pula reaksi pengarah filem ni yang tak berapa puas hati dengan kemenangan dari filem lain.. so aku nak tgk betapa malaysianya cite ni hehehe

dan lebih menarik.. aku dapat post dari kawan aku azri yang dah tgk cite ni.. kate cite ni terbaik..

so aku decide la hari ni aku nak tgk..

aku pegi tgk sorang2x dan ini cite pertama aku.. aku tengok sorang-sorang..
haahaahahahahahah


cerita dia pasal main estet la. pasal orang tamak dan sebagainya.
dan dorng kena menang dalam satu game bola ni untuk nak bantu keluarga si GETA (awek dalam cite ni yang di minati oleh farid kamil dalam cite tuh)..
keluarga si geta ni pegi berhutang dengan ketua duk amik susu getah kat estet tuh. dari 3 ribu pinjam. 7 tahun tak bayar duit dah up jadi 30 ribu.. (along ka?)

so tukang pemberi hutang ni.. kate... yang dorng kena menang main bola atau hutang naik 3 kali ganda.. atau nk sattle cepat kena kahwinkan GETA dengan dia..

mula-mula cita agak slow la..
tapi memang aku tak leh tahan gelak bila scene mamat negro mata juling tuh and rosyam nor ngah "menurun" aku memang tak cover punye gelak.. mmg kaw2x kaw2x punye gelak...

mula2x tak paham gak ape kebendanya la...rosyam nor tuh buat kat situ tapi akhirnya leh la paham

bagi aku cite ni cite ringan walaupun kadang-kadang agak susah nk paham.. tapi leh tunjukkan keharmonian dalam masyarakat kat malaysia.

so kawan-kawan aku tahu ada gak yang komen cite ni ntah pape.. tapi kalau sape yang tahu mamat khalid ni jenis macam ne.. aku rase korang leh accept kot cite die...

ehhehehe =)

Thursday, October 7, 2010

Magika bersama azrin!


actually aku terbaca beberapa komen positive dari media berkenaan dengan cerita magika ni so aku tertarik nak luangkan masa untuk tgk cite ni..

mula-mula aku ajak sidia temankan aku tapi memandang si dia bz dengan keje die so aku let go je.. kirenya nak try la tgk movie sorang-sorang tapi akhirnya aku ajak kawan aku dari skolah tinggi setapak azrin namanya.. heheheh...

die pun sebenarnya tak tahu aku nk tgk cite ape.. dan akhirnya dia bgtau aku yang die dah tgk cite magika.... hahahaha mana aku tahu dia dah tgk so for the second time la dia tengok balik cita tuh.

aku beli ticket pukul 12.30 sebelum pegi aku pegi gym

dan aku terlampau careless sampai hilangkan towel workout aku dan aku kena pay for that dengan harga RM 19.00 haish.. tapi salah sendiri kan.. tak leh nk blame orang lain
but that guy yg jage counter tuh berkali2x nasihatkan aku jangan careless lagi after this..

hahahaahhah gedebuk! haishh ape la aku ni

so next! magika! uhurmm actualy aku berkongsi satu wayang dengan budak2x istimewa dari sekolah khas.. uhurmm mmg cite ni adalah salah satu cite yg penuh warna warni.. not bad!

so korang rase nk tgk cite penuh dengan CG from malaysia mybe lehh la tgk ni..


p/s tak sabar nk tgk hikayat merongwangsa with my sayang!

Thursday, September 30, 2010

tomorrow exam! i will die!!

salam...
tomorrow is mid term exam for my microeconomics paper (I will die and more arduous exam start at 4.30 pm until 6.30 pm) dah tentu malam baru aku smpai rumah....

excited with my business but... need some commercial to increase the demand for my business..

hello!!! yes i save all the profit that i get to "kahwin" later.. hahahahaha ..

wish me luck yawww

Wednesday, September 29, 2010

hello2x... aku dapat A dalam practical aku!!!

actually benda ni yang paling aku takot results kuar... tapi alhmdullilah aku dapat A dan aku rasa seronok sangat cause aku dapat naikkan sikit pointer aku...

tapi aku riso juga mana la tahu ntah-ntah uhurmm aku tak leh buat juga untuk sem ni...

tapi aku kena berusaha kerasa juga...

insya-Allah.. =)

Friday, April 16, 2010

OST Asmaradana - Keyla - Yang Terluka


LIRIK

Cuba lihatlah di samping mu beribu tangan terangkat

Cuba lihatkanlah hati mu beri ia harapan

Walau sedikit yang kau beri mungkin bererti untuknya

Bergelut di jalanan untuk menyambung hidup

Menyambung hidup

Dan lihatlah mereka terluka meski tanpa tersenyum

Dan lihatlah mereka menangis meski penuh tawa

Walau sedekit yang kau beri mungkin bererti untuknya

Bergelut di jalanan untuk menyambung hidup

Menyambung hidup

Dan lihatlah mereka terluka meski tanpa tersenyum

Dan lihatlah mereka menangis meski penuh tawa

Oooooo oh...oooo

Dan lihatlah mereka terluka meski tanpa tersenyum

Dan lihatlah mereka menangis meski penuh tawa


Monday, April 12, 2010

zoo negara (masa untuk merehatkan minda)


depan pintu masuk



p/s: terlalu rugi sebab aku tak bawak lensa untuk jarak jauh so... sangat sayang!!!!!!!


Dah agak lama juga aku tak dapat luangkan masa untuk tengok-tengok binatang dekat zoo negara. Jadi kesempatan yang ada sebelum exam aku pun meluangkan sedikit masa untuk melihat binatang yang menjadi salah satu medium dalam ekosistem kite (hihihhihihi sains la pulak). Dari situ kita akan menilai bertapa besarnya kekuasaan Allah mencipta pelbagai mahluk di muka bumi ini.

Banyak juga benda yang dah bertukar kat zoo ni.. dan 2 jam adalah masa yang sangat sedikit paling kurang 4jam dan lebih adalah masa berbaloi untuk melawat sebab kalau melawat sahaja tanpa ade pengetahuan atau kite pelajari sesuatu kat itu tuh.. rase nye macam takde pulangan. Jadi ambil inisiatif sendiri round seleruh zoo negara amik maklumat yang telah di sediakan kat situ.


ini adalah haiwan yang agak jinak. Kuda pendek. Die ada kawan sekor lagi tapi nyuruk.
Ini dekat dengan children world. Mmg banyak binatang yang kecik dan comel


Ini lake kedua khas untuk burung-burung yang berhijrah. Flamingo dan macam2x jenis angsa dan burung yang ada kat sini




Binatang yang boleh di buat korban. Unta tempat die takde la di pagar sangat. Mungkin unta ini tidaklah bahaya kepada orang ramai. Tapi kita di larang untuk melapasi pagar yang rendah tuh.




Binatang yang menerujakan harimau. Actualy ada tiga spesis harimau yang dah pupus kat dunia
dan di Malaysia sahaja kita cume ada 500 ekor lagi harimau di seluruh Malaysia.
Sikit sangat.


alamak terlupa pulak binatang ini name dia ape. Tapi tgk dari maklumat gigitan dia boleh menyebab kesakitan yang teramat. Dia seakan di asingkan mungkin untuk mengelakkan dari kawan-kawan dia mungkin dia ni terlebih liar kot.




dua-dua tempat ini adalah akuarium khas untuk ikan-ikan. Kite leh tgk ikan dan panguin.
Tapi panguin memang cumil gile.



Tu dia. UHuk kura-kura gergasi. Berat dia boleh capai sehingga 120kg.
Bahagian reptilia ini ada juga biawak, buaya, ular, katak dan iguana.

Pendapat aku tentang zoo negara. Nice place dan patut ada tambah lagi binatang yang pelik2x mungkin yang kita sendiri tak pernah tgk. Ada ruangan baru khas untuk serangga dan butterfly tapi nak masuk kena bayar extra price. Parking lot zoo pun dah di tambah.

Program anak angkat dan sponsor dari mane2x syarikat adalah satu tujuan yang baik. Yela kebanyakkan binantang kat sini di jaga mengikut piawaan mereka sendiri. Pendidikan tentang binatang pun di sediakan terutama untuk mereka yang di bawa khas dari rombongan sekola. Tapi adalah lebih baik kalau ade pemandu pelancong kira penerangan lebih baik dari mulut untuk nampak lebih feel tapi perlu ingat benda itu semua boleh meningkatkan kos.

Kebanyakan haiwan ini aktif bila waktu malam. Tapi kalau bukak zoo pada waktu malam payah plak nak tgk binatang. Pertunjukkan untuk singa laut dan burung kakak tua sepatutnya di lakukan pada weekend lebih baik 3 sesi kesian orang yang terlepas and promotion berkenaan dengan pertunjukkan itu harus la di letak di pintu utama so orang ramai boleh tahu kan??

walaupun banyak benda yang perlu di bayar tapi kami tahu tujuaan nya untuk apa.
tapi pastikan apa yang kami bayar dapat juga pulangan nya. Inisiatip meletakkan derma untuk binatang sepatutnya letak tong besar kat pintu sebelum nak keluar ini letak kat tempat yang kami tak nampak.

p/s: tgk abg coz temankan..

Thursday, April 8, 2010

perpustakaan negara

KENAPA bila kita nak cari bahan atau sudah hampir dengan peperiksaan bangunan perpustakaan menjadi pilihan jawapan nya cuma satu iaitu kita ingin kan ketenangan dalam study dan juga kita tahu tempat perpustakaan adalah tempat di mana orang tahu kita "kena diam" buat-buat bisu, handphone kena silent. Kalau nak cakap dengan member-member kena berbisik kalau boleh taknak ganggu gugat orang lain yang sibuk hendak focus dengan bahan bacaan mereka.

Aku pun tidak melepaskan peluang ambil kesempatan berkunjung ke perpustakaan negara yang dah berkurun aku tak pergi dan jemu dengan library yang ada kat UM tambah lagi kalau jumpe member kat situ langsung tak jadi nak study.

Agak berbeza sedikit dari dulu dan sekarang systme mycard betul2x di praktikkan ape guna ada kad pintar tapi tak pandai yang gunakan.





beroperasi dari 9-am sampai 7 pm setiap hari selasa hingga Ahad (tak bape confirm) dan cuti pada hari isnin memang waktu yang agak pratical tapi kalau lanjutkan sampai 10 malam lagi baik kan..(hehehe)

penggunaan teknology internet free dan juga komputer di sedia kan menarik pelajar-pelajar (yang malas nak pegi cybercafe) lepak kat perpustakaan (rasanye lebih baik)


seperti biasa bila dah habis keliah aku akan bergegas ke PNM ini untuk menelaah pelajaran. (hehehe poyo abes). Setakat 2 hari yang aku pergi cuma hari ini yang masuk hari ketiga tiba-tiba aku rasa ada gangguan kat situ.

Sekumpulan student U kot yang buat discussion kuat-kuat kat situ sedangkan yang lain sedang sibuk menelaah. Bukan tak bagi buat discussion kat situ. Tapi name pun perbincangan wajib la bercakap jadi pilih lah tempat yang bersesuaian jangan ganggu orang lain punya focus. Kita kena tahu kenapa orang datang library bkn hanya sbb kat situ banyak buku tapi sebab kita nk focus dengan bahan bacaan kita.

tapi bila ada segelintir macam ni mungkin perlu pengawasan yang lebih kot. Suwuh makcik guard tegur ke lagi baik. (siap ketawa berdekah-dekah dalam tuh)

Pape pun ade sign tulis kat situ. SENYAP ITU MEMBANTU DALAM PROSES PEMBELAJARAN. kalau nk bising2x pegi study corner.. kat situ boleh buat discussion yang memekik dan borak2x.

Friday, April 2, 2010

PIC BARU YANG PATUT JD PROFILE PIC


HAHAHAHA TAK LEH BUAT PE DA.. BILE PSWRD BETUL2X DA DI TUKAR KAT FB
KEMPUNAN AKU NAK UPLOAD INI PIC ADESSS

PAPE PUN AKU UPLOAD LA KAT BLOG

Monday, March 29, 2010

The Tao Fighter: Woochi


semalam aku dan azhar menghabiskan masa mencari dimane tempat
untuk aku dinner ari jumaat ni
jadi pas dah tahu kat mane location dinner aku pun amik keputusan
untuk lepak tgk wayang kat alamanda..

aku dengan jujur bgtau baru first time aku jejak kaki kat alamanda.
coz takde ape pun nak cari kat sana. so aku pun tgk cite korea ni
The Tao Fighter: Woochi

siyes agak kelakar.
tapi ade gak yang korang tak paham di tambah plak
dengan subtitle yang nampak dan tak nampak.. so
kalau rase nk buangkan rasa tensen tgk la cite ni.
huhuuhhuhu


Wednesday, March 24, 2010

jangan menyerah


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi



Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

JANGAN MENYERAH

ikan baru.. new fren! welcome home

kisah aku dengan kucing dulu memang sebuah cerita yang sedih
dan kalau boleh aku nk akhirkan cerita sedih itu
dengan kebahagian lain pula.
walaupun aku ade kucing lagi tapi itu tak leh mematikan fikiran aku
untuk fikir tentang perihal kucing2x aku yang dulu
dimana mereka agaknya...

dan ini adalah teman baru ku... ikan puyu.
dan aku dah letak 2 ekor dalam rumah dan 4 ekor lagi di luar rumah

Monday, March 22, 2010

penantian hidup by samsons

Kulewati dalam waktu
yang terus berjalan dan

clock Pictures, Images and Photos

takkan berbalik kusadari hidup ini akan indah bila bersamamu



Kuterbuai dalam mimpi
kan terus bersama hingga akhir hidup
ku mengerti ku pahami
kaulah yang terbaik yang takkan kumiliki

finger couple Pictures, Images and Photos



Semua...yang harus tetap terjaga
tak mudah menjadi nyata

kisah yang semestinya menjadi indah
kini tertutup abadi

waiting Pictures, Images and Photos

kaulah anugerah dalam setiap
nafas hidupku
penantian hidupku kian memaparkan
sgala baikmu
Kaulah anugerah di dalam hidupku
penantianku terhapuskan

Beach Loveeee. Pictures, Images and Photos

Saturday, February 27, 2010

my name is khan.. pendapat tak pro...dari aku

pada awalnye aku agak merungut bile check TGV and GSC takde langsung list my name is khan (MNIK) ni dalam senarai movie dorng. yela. nk kuar. mesti la nk check show time bile.. sesuai ke tak.
but kekecewaan terubat bile ade nye cathay dekat the curve. (mmg selalu pegi sane pun).. tapi igtkan nk tuko angin nak pegi KLCC ke.. tapi takde plak cite ni dalam list. terpakse la pegi the curve

mcm bese yang pegi mesti la majoriti adalah mereka yang berbangsa india.. atau india muslim atau mereka yang seangkatannye.. dan aku seolah2x seorang perempuan melayu je dalam panggung tuh..

ok la berbalik pada cerita MNIK ni..
cite ni mcm cite flashback..
dan persoalan pertama yang keluar dari mulut aku. name SRK mcm orang sakit. (cacat)...
dan akihirnye persoalan itu terjawab..
queto yang besh keluar dari mak rizwan (SRK) adalah..."dalam dunia ni terdapat dua jenis manusia... orang jahat dan orang baik"
berdasarkan lukisan dua orang lidi... mane kite nk detect die islam atau hindu???
hehheee so kite sendiri pun tak leh nk pikir. dan jawapan kite mereka itu adalh same..
(agak sensitip kat sini) pape pun kite kena igt yang membezakan kite dengan orang lain adalah amalan (mmg itu yang tertulis dalam islam) klu kite ni ikut akidah yang betul tak mgkin kita ni jadi orang jahat kan..
sbb setiap agama.. tidak melatih penganutnye untuk bertindak zalim sesama manusia...

aku agak tersentak pada satu babak.. di mane bila trjadinye 11 sept.
tetibe semua org dah jadi lain diskrimanasi sesame kaum mmg takde. tapi ade pada agama.. dan aku rase benda tuh masih ade pada masa skrg (cume mgkn berkurangan)
tapi agak mengecewakan apabila tenaga pengajar mereka sendiri menyebabkan gol muda menjadi salah sangka dengan agama lain...

cerita ni agak mengelirukan tentang tujuan sebenar SRK..
hurmm pertama.. tujuan utama SRK adalah untuk menunjukkan cinta die pada madira (kajol) yang nak SRK ni membuktikan bahawa die bukan penganas sbb SRK ni islam dan akibat oleh itu anak madira ni mati.
so dalam ni.. mgkin kite akan sedikit keliru sbb tujuan utama SRK adalah untuk jumpe presiden US untuk bgtau ape yang wife die suruh... (srk ni kan sakit dalam cite ni) so srk ni mcm lurus bendul...
tapi dalam proses pencarian die tuh.. kite dapat lihat seolah2x pengarah cube garapkan dengan unsur bahawa SRK cube bawak memo mewakili sume masyarakat islam yang ade kat US...
mgkin itu adalah dat way yang die bawa oleh pengarah...supaya cite ni takde la nmpak mcm terlalu sensitip pada sesebuah agama atau bangsa...

pape pun.. aku paling suke ayat
"apa salahnye seorang rakyat berjumpe dengan president nye??"
hehee takan sbb die ada name islam ianya terus di labelkan ade unsur negatif

pape pun
"IM PROUD IM MUSLIM"

Sunday, January 17, 2010

picisan: ketika cinta bertasbih..

Assalamualaikum...

ketika cinta bertasbih seolah-olah dah jadi satu cerita yang seolah-olah membawa wabak dalam industri seni...(cerita ini dulu tak menjadi minat aku... kerana masih takde hati lagi nak tgk tapi apabile tergerak hati pehh 5 star)
malah mungkin kurang cerita-cerita islamik yang sebegini menjadikan negara kite malaysia seolah tertunggu cerita sebegini menjadi salah satu cerita wajib tonton bagi kita semua...
dan mungkin kita suke dengan cerita dulu contoh nye ayat-ayat cinta yang mungkin di anggap satu cerita yang payah untuk mendapat sambutan tapi akhirnye menjadi sebutan ramai..

melakuakn sedikit analisis dengan cerita-cerita sebegini pasti kite di lengkapi dengan dunia perkahwinan atau lebih tepat lagi dengan adenye konsep jodoh.. takdir yang telah di tetapkan... dan berbanding dengan cerita ayat-ayat cinta cerita ini lebih tidak menonjolkan poligami.. jika di malaysia.. jarang kita jumpe kisah poligami yang positif tapi lebih di jadikan bahan lawak abagi sesetengah pihak.. tapi kita mule membuka minda dengan adenya cerita seperti Nur kasih dan pelbagai drama yang mula berbentuk islamik yang seolah-olah di nantikan oleh penonton di malaysia...

ape yang menarik nye dgn KCB ini adalah pelakon yang melakonkan watak utama yang sudah sedia maklum memang bertudung... dan itu jelas terpampang keislaman nye.. cerita berdua atas katil juga tidak terlalu keterlaluan masih ade batas walaupun dalam berlakon..
banyak perkataan atau ayat yang sebenarnye betul menyentap diri.. contoh ayat sewaktu anna memberi syarat untk bakal suaminye ketiak bernikah dengan nye...


pape pun cerita ini menarik untuk di tonton oleh semua.. dan menjadikan kita selangkah lagi untuk mendalami lagi islam.. walaupun kita memang di antaranye... insya-ALlah

Monday, August 3, 2009

tranformasi berakhir dan ini hasilnya

assalamualaikum..

dan ini adalah hasilnya

sebelum ......

Photobucket

selepas....

Photobucket
bahagian sisi rumah

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket

Friday, July 31, 2009

memori tantoi

memori tantoi

pic tantoi....

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

saya rindu kan kucing saya...

Sunday, July 19, 2009

meremang bulu roma aku

assalamualaikum..
relevan kah care kite dgn care kite meletupkan bom di tempat awam??
adekah itu tersebut di dalam islam...

selamat pengantin baru untuk pasangan ... alamak den lupe la..
ngeh.. hurmm beliau adalah salah sorang ank datuk di malaysia... siyes tak kenal sgt datuk tuh..
tapi bisnes die sgt mengancam.. ngeh2x.. anak sume pandai2 doktor pakar bius..
ala sebenar bukan ade kena mengena pown cume makcik aku keje dengan die. so mkcik aku takde kawan nak pi.. die ajak la aku.. ngeh mule2x malas nk pi.. tapi kecian kat mkcik pi jugak la..

smpai2 pukul 12.30 lokasi di banting.. dgr bunyi kompang.. mak ai.. awalnye dah berarak...
relevannye>> kebanyakkan pengantin kat malaysia ni.. kalau bleh tgh2x azan zuhur tuh la time tuh la nak bersanding..

ngah makan...
tetibe...
dgr lagu.... di mulakan dengan bismillah.. di sudahi dengan alhmdullilah..

siyesly first time aku pegi kenduri kawin.. ade lagu nasyid..
muke aku terus merah... bulu roma dah naik...
bagus betul la kenduri kawin kat sini...
takde pelamin.. pengantin terus pegi makan..
save bajet...

huhuh.. pape pown...selamat la pada pengantin...
moga2x kekal hingga ke akhir hayat...

Wednesday, April 22, 2009

jalan-jalan cari makan dan exam

Perut dah lapar dah ni kita nk makan kat mane?? hurmm ala mcm bese la mkan kat 223 jela abes cite.. ok la aku on je tak kisah so jom la..

aku nak makan ape hari ni.. mcm bese nya makan nasi campur tapi rase mcm boring la plak asyik makan benda same.. baik kite ubah menu hari ini dengan makan makanan lain sket iaitu heheh nasi ayam..
hurm kat 223 ade la salah satu kedai mapley yang agak meriah pada waktu malam. tapi hari tuh kami singgah untuk makan tengah hari.. so kalau makan tengah hari kena la datang bukan time lunch sbb ramai sgt yang kuar.. selalu pekedai2 kat sini agak agresif sket.. untuk amik order pada first time dtg mmg agak tak selesa tapi bagi yang bese takde hal la...
hehehe..
hari ni aku ngan teman2 pilih kedai belakang sket sbb tak ramai orang dan kedai tuh nmpak nya mcm baru bukak. so beli la nasi ayam...
tengah duk tunggu datang la plak sowang dak kecik keturunan mamak agak manis muke nya. tanya aku ngan membe nk air ape.. aku pown confident jawab aku nak air milo tabur.. sekali budak tuh tak paham ape itu milo tabur buat aku gelak
Photobucket

hurmm esk mula la aku akan menjawab kertas peperiksaan akhir pada sem ini.. heheh
cuak sgt maklum la aku ni ssh betul nak stdy terutama dalam subjek berunsur ekonomi..
doa kan aku moga berjaya ye..

Photobucket
Related Posts with Thumbnails