Friday, August 15, 2008

bile aku boleh kata kan pahitnya...di situ...

YA Alllah jauh kan diri hambamu ini dari sifat kurang sabar...sifat membalas dendam...malah jauh kan la aku menitiskan air mata pada perkara yang sia-sia..tetapkan iman ku hanya pada-Mu...
jauhkanla perkara yang dapat membuka aibku...hanya padaMU ku memohon..
itu adalah ayat yang terpacul keluar dari mulut aku...
tidak tahu mana silapnya...susah bagi aku menerimanya...tapi aku ini siapa untuk menghukum mereka...sedangkan aku sendiri mempunyai kesalahan yang belum tentu lagi boleh di terima taubatnya...atau apa yang berlaku hari ini adalah sebab kesalahan yang mungkin belum tentu di maafkan oleh Allah, lalu di kenakan hukuman dunia pada ku...
aku tidak boleh menahan air mata mungkin sebab aku malu..atau aku sedang menahan marah..
aku tahu aku silap..tidak belajar betul-betul malah ini bukan pertama kali aku mengambil subjek berkenaan..tapi kadang-kadang minda aku terfikir..adakah aku patut di hukum sebegitu di hadapan pelajar lain...
gela tawa sindiran dari orang lain...membuatkan aku terdiam..tertunduk..bukan orang lain yang mentertawakan..tetapi aku di perlakukan di depan 60 orang pelajar yang mejoriti nya adalah pelajar junior..
kalau ikutkan rasa binasa..ikut hati mati...ikut rasa marah...aku boleh jadi orang yang kurang sabar..aku biarkan keadaan itu...walaupun kata pedih pensyarah aku masih melekat di gendang telinga aku..."pasni awak boleh duduk relax.. dengan markah macam ini awak boleh tidak datang kelas"..hurmm aku tahu markah aku rendah serendah nya,..tapi bukan aku ingin mempertikaikan tindakannya..tapi cara perbuatannya..menunjukkan aku di layan seperti aku ini seorang pelajar sekolah..bukan minta di adili..cuma aku...ingin aku di layan dengan penuh rasa hormat seperti aku pelajar universiti..talk one by one..kalau boleh tanya segala masalah aku sampai aku memperoleh markah seperti itu..
jika aku buat begitu atas sebab aku malas..rasa nya aku ada cukup bukti untuk tunjukkan yang aku buat nota berkenaan dengan tajuk itu...tapi apekan daya
kata-kata rizal betul buat aku sedikit bertenang.."takpe fira sabar la...die tak tahu prinsip kita..."
tapi aku menjawab semula..."aku tak nak hilang hormat ngan dia...tegur la aku ngan cara bijaksana andai aku lalai..bukannya dengan keadaan yang amat memalukan"
memang aku mengambil dari sudut positifnya...tapi apa daya..aku hanya manusia biasa...aku betul-betul memerlukan masa...hendak kata kan tergurisnya hati aku ini hanya Allah sahaja yang tahu..dan aku mengucapkan syukur mungkin ini adalah jalan terbaik untuk aku berubah dan setiap antaranya mempunyai hikmah yang tidak ternilai harganya..

terima kasih lect atas layanan itu...terima kasih...

Related Posts by Categories



1 comment:

i'm not normal said...

ish3... x patut tul lec awk wat cam2.. kat dpan bdak2 junior lak 2.. sy tmpang smpati la awk.. sedih gak bce cite awk ni.. TABAHKAN DIRI TERUS BERUSAHA UNTUK MAJU KE HADAPAN.. buktikan yg awk ley wat.. YAKIN BOLEH.. GO..GO..GO...

Related Posts with Thumbnails