hati hanya bersuara.. dan mulutku cuba mengiyakan kata.. tangan ku mula melakarkan apa yang ada.. dan mula la aku bercerita PERHATIAN!! TEMPAHAN VCD USTAZ KAZIM DAN AZHAR DI BERHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU AKIBAT KEKANGAN KOMITMEN KERJA YANG LAIN.. ANDA BOLEH SINGGAH KE KEDAI KAMI DI TAMAN GREENWOOD GOMBAK (BAHARUDDIN BOOK STALL) PENJUAL BUKU, MAJALAH, VCD AGAMA.. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA (ANAK BELIAU -FIRA) UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MAAF ATAS KESULITAN YANG DI HADAPI
Sunday, April 25, 2010
boleh ke Zaid Ibrahim menang?? -hulu selangor
Thursday, April 30, 2009
apa yang baru kepada politik baru Malaysia? part two
Dari segi media pula, politik lama lebih berfokus kepada penggunaan media cetak seperti surat khabar dan juga segelintir media elektronik iaitu radia dan televisyen. Kesemua media ini menerima kawalan dari kerajaan secara mutlak pada satu ketika dahulu di mana pengurusan dan pelaksanaan media elektronik hanyalah oleh pihak kerajaan. Meskipun siaran RTM sehingga kini masih lagi di bawah kawalan Kementerian Penerangan Malaysia, namun perkembangan teknologi dan pendidikan rakyat Malaysia mewujudkan pelbagai alternatif lain seperti siaran dari Astro, TV3 dan saluran-saluran lain untuk mendapatkan berita. Perkembangan teknologi internet telah mendorong kelahiran media alternatif seperti blog-blog yang dipelopori oleh golongan muda dan professional yang masing-masing berpendidikan dan mampu menghasilkan perspektif yang lebih kritikal. Kelahiran blog ini dipercayai sebagai satu faktor kepada fenomena Tsunami Politik Malaysia menerusi Pilihanraya Umum 12 yang menyaksikan kegagalan parti Barisan Nasional mengekalkan 2/3 kerusi parlimen. Walau bagaimanapun, satu lagi persoalan yang harus kita tanya adakah ini cukup untuk mengatakan bahawa politik Malaysia benar-benar baru ditambah lagi dengan pembentukan kabinet baru oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan satu portfolio baru iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi,Keseniaan dan Kebudayaan yang diterajui oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dikatakan mampu mengawal kesemua media di Malaysia.
Secara teorinya, suasana masyarakat terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Native culture, plural culture, dan multi-culture. Native bersifat satu bangsa, melayu, bermain dalam kelompok kecil, bersifat colonial. Kemudian, Plural masyarakat campuran tetapi mempunyai unsur cauvanisme, perkauman. Masyarakat dan parti politik memainkan isu politik meliputi isu perlembagaan, bangsa dan budaya, Dasar Ekonomi Baru (DEB). Masalah yang berlaku sekarang ialah zaman telah ke peringkat multiculture, tetapi parti yang menjuarai zaman ‘Plural society’ iaitu UMNO tidak menyedari suasana masyarakat sebenarnya telah berubah. Dominasi wacana kaum telah mewujudkan dikotomi politik Melayu-Bukan Melayu yang agak ketara. Misalnya, ketika wacana kaum mendominasi politik negara dalam dekad 1980-an, Barisan Nasional paling berpengaruh di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu. DAP pula dilihat amat berpengaruh di kawasan-kawasan majoriti besar pengundi Cina. Manakala , multiculture pula dimana suasana masyarakat bersifat celik politik. Peringkat perubahan ini disebabkan suasana perubahan akibat modenisasi, liberalisasi dan globalisasi. Tidak timbul lagi soal bangsa. Zaman post-materialist dimana masyarakat bercakap tentang politik hampir setiap masa kerana mereka mempunyai keperluan atau kepentingan. Masyarakat juga tidak melihat lagi kepada model kepimpinan mengikut bangsa malah agama, tetapi kepada politik nilai, pembawaan nilai-nilai murni yang ada pada pemimpin.
Wednesday, April 29, 2009
apa yang baru kepada politik baru Malaysia? part one
In your opinion, what is really new in
Pada pandangan anda, apa yang baru kepada politik baru
kredit di berikan kepada khalida shabery.. and fahmi coursemate politic
Istilah politik baru merupakan satu istilah yang semakin mendapat tempat bagi masyarakat
Politik baru merupakan satu pendefinisian semula erti kata politik yang dari segi bahasanya bermaksud ‘kuasa’ atau satu proses pembuatan keputusan oleh sesebuah organisasi. Politik merupakan istilah yang menerangkan gelagat sesebuah organisasi dalam menentukan pentadbiran, polisi dan regulasi. Politik baru merupakan satu kesan daripada perkembangan ideologi masyarakat. Kebiasaannya, ianya tercetus akibat dari satu isu yang luar biasa sehingga mampu membuka mata dan minda betapa tidak berkesannya politik yang sebelum ini dalam menentukan nasib rakyat.
Terdapat pelbagai penanda aras yang boleh menentukan apa yang sebenarnya membezakan politik baru dan lama. Namun, pada hemat saya, politik baru bercirikan kebudayaan yang lebih demokrasi (cultural democracy) di mana ciri-ciri etnik kian hilang dalam rentak perjuangan politik. Jika suatu masa, mungkin lagi sehingga kini, perjuangan politik sering di sama ertikan dengn perjuangan bangsa, bukan sebenarnya perjuangan ideologi yang sering dilaung-laungkan oleh tokoh-tokoh politik nasional. Senario politik di negara masih lagi dipelopori oleh parti-parti yang berasaskan perjuangan perkauman seperti UMNO untuk kaum Melayu, MIC dan Gerakan yang rata-ratanya oleh kaum Cina serta MIC oleh kaum
Satu perkara yang semakin jelas kita lihat sejak kebelakangan ini, masyarakat mula menerima idea pembentukan parti politik yang lebih menjurus kepada kepelbagaian kaum, meskipun dilihat agak radikal dan agresif. Pembentukan Parti Keadilan contohnya oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekitar April 1999, bertujuan untuk memperjuangkan keadilan seorang individu iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyeleweng dan beberapan tuduhan liwat. Parti Keadilan Rakyat dilihat sebagai pelopor bagi pembentukan parti politik berwajah baru yang pertama kalinya melibatkan pelbagai kaum dan tidak lagi memperjuangkan perkara-perkara retorik yang sering diperjuankan oleh parti-parti sebelum ini seperti Islam oleh PAS,Melayu oleh UMNO dan Semangat 46 dan pelbagai parti-parti bangsa di Sabah dan
Beberapa kriteria boleh dibandingkan untuk kita mengukur sejauh mana politik baru benar-benar dipraktikkan di
Friday, March 27, 2009
buku zaid ibrahim pi la beli
Seperti yang tertulis dalam buku tersebut buku ini khas atau sesuai pada anak-anak muda yang nak mengetahui tentang perjalanan politik dalam Negara kita.
Lebih mudah untuk aku katakan buku ini adalah bukan hanya luahan rasa bagi beliau tetapi bagi aku juga terhadap budaya politik dalam Negara kita ini. Sayang sekali apabila ramai teman-teman aku tak kira la di myspace, frenster atau facebook malah di YM sekali pun tidak begitu berminat mengetahui nya. Aku tidak menyalahkan mereka. Mungkin mereka berminat tapi melihat kekotoran yang ada dalam politik ini terus membuatkan mereka mual untuk memperkatakanya. Tapi bagi aku yang amat meminatinya politik kerana ianya boleh menunjukkan budaya dalam masyarakat politik ini asam garam dalam hidup dan tak salah untuk mengetahui berkenaan dengannya. Bagaimana pemimpin menjadi harapan rakyat menjadi model pada mereka. Aku tidak bermaksud untuk memarahi sikap teman-teman yang sebegitu malah aku
Buku ini juga ada menceritakan bagaimana untuk membentuk melayu yang lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan sepenuhnya. Selain daripada banyak perkara yang sama dengan pikiran aku di terjemahkan dalam buku ini. Tiada niat di hati untuk mempersoalkan tentang DEB yang tamat pada tahun 1990 yang sekarang di kenali sebagai DPN tetapi rasional nya terhadap DPN seolah-olah tidak berkesan. Apa yang di lihat sekarang ianya lebih berbentuk perkauman. Semuannya terdapat dalam buku ini. Aku bukan tidak berkata DEB itu tidak bagus. Malah aku bersyukur dan boleh katakana DEB itu amat membantu terutama keluarga aku. Kalau tidak mungkin aku sekarang masih duduk di rumah setinggan. Tetapi kerasionalnya perlu di kaji semula. Kalau tak sampai bile kecekapan melayu dalam kemahiran kita nak perolehi.
Masalahnya dalam Negara kita ini banyak perkara-perkara telah kita takuti seperti “abisla kita kalau cina yang memerintah” padahal mereka itu adalah salah bangsa di dalam Malaysia mengapa perlu kita takut sepatutnya kita takut dengan pendatang asing yang belum tentu mempunyai kerakyatan dalam Negara kita. Mereka(org cina) bukan boleh kembali ke Negara mereka. Dan contoh yang paling baik dalam buku tersebut di mana beliau menyuruh kita bayangkan bahawa kita ini adalah pendatang tanah melayu yang duduk di Negara china selama 100 tahun lama nya. Adakah kita suka Negara kita mempunyai sifat perkauman dengan melebihkan sesetengah kaum sahaja. Rase nye kita juga akan memberontak.
Orang cina dan
Tiada niat untuk saya katakana melayu itu tidak baik, tetapi segelintirnya suka mengambil kesempatan. Saya dan keluarga pernah di tipu sewaktu mengubah suai rumah dengan orang melayu. Niat di hati nak Bantu bangsa sendiri tapi pulak kena Bantu diri sendiri. Bila orang tahu buat rumah kita pun sama nk buat rumah. Tapi bocor sane bocor sini pintu rumah tak siap tandas bocor. Atap bocor. Memang la harga adalah harga kawan-kawan tapi kos membaiki nya dan tahap keselesaan malah hal kepercayaan tak boleh di beli dengan kata harga kawan-kawan. Baru-baru ini kami membeli sebuah rumah lagi dah ingin mengubah suainya. Dan satu ayat mudah pada ayah saya. Pilihla orang yang boleh buat rumah ini dengan betul2 dan ada jaminan biar mahal sikit asal hati tak sakit.
Tuesday, March 17, 2009
permulaan krisis kewangan 2008 ( part two)
>seperti yang kita ketahui la kan bank adalah salah satu fungsi dalam keewangan. mereka ini akan ambil deposit ( ape yg kita simpan dalam bank) kemudian bank akan gunakan simpanan tersebut sebagai pinjaman pada peminjam untuk di gunakan sebagai pelaburan dan juga penggunaan (cth jd modal dan mcm pinjam nk buat rumah macam tuh la )
>bank juga nk dapat duit dia boleh juga buat pinjaman daripada bank2 lain so dorng dapat keuntungan berdasarkan perbezaan nk byar faedah tersebut
>masalah nya apabila tempoh matang yang pendek berbanding aset-aset bila tempoh matang dia pendek buat org tak percaya dan mudah untuk kuarkan wang mereka itu dengan serta merta
>bank juga ade masalah bila peminjam yang pinjam duit tak bayar duit so mereka skrg mcm dah takde duit da..
>masalah jugak timbul bila ade nya deposit dalam floating rate(yg leh sbb kan masalah kenaikan interest rate)
>misal nye kalau floating rate ni lebih tinggi dari pada fix rate, byk nilai bank akan hilang
ok kita masuk pada part two
fungsi2 bank pelaburan
>bantu firma kumpul wang dalam pasaran modal
>boleh jugak menasihati firma dalam pembiayai mereka.
>menjana jamin (mcm insurans) dalam sesetngah isu cth berpakat dengan bank lain dalam "sindiket" untuk beli sekuriti yg terjual
>nasihat dalam penggabungan dan dalam pemerolehan (boleh dapat untung sbb dorng di byar)
>glass steagall act - halang bank2 perdangangan daripada bagi pelaburan pada bank perkhidmatan
apa / siapa/ pelabur dalam institusi
>dorng ni mmg org yg banyak duit la
>terdiri daripada duit pencen, dana bersama (matual fund), syarikat-syarikat insurans
>dorng ni la yang akan kuasai pasaran sekuriti (stok, bon )
>jd dorng ade pengaruh dalam kewangan korporat
akan bersambung lagi....
ni belum sampai tahap mcm ne leh jd krisis ni pendahuluan ngah terangkan mcm ne leh berkait antara satu sama lain....
permulaan krisis kewangan 2008 ( part one)
ok kite mula kan dengan bank
operasi bank
>ambil wang sbgai deposit pada mereka yang membayar interest
>meminjamkannya pada peminjam untuk di gunakan sebagai pelaburan dan juga penggunaan
>bank juga buat pinjaman dari bank2 lain
>membuat keuntungan daripada perbezaan antara bayaran interest dan penerimaan
potensi masalah bank
>kebanyakan liabiliti bank mengalami tempoh matang yang pendek berbanding aset2 > ini akan membawa kepada kegagalan bank dan menyebabkan penyimpan-penyimpan mengeluarkan wang serta-merta
>risiko kredit> peminjam tak dapat nak bayar balik pinjaman yang di buat> lebih bahaya diwaktu buat pinjaman syarat2 nye telah di longgarkan
>risiko kadar faedah>deposit dalam keadaan terapung>pinjaman dalam kadar tetap> dan jika kadar terapung lebih dari fixed rate bank akan loses
tahap kritikal dalam sistem bank
>jika bank sediakan kredit dan operasi pembayaran- kegagalannya akan menyebabkan masalah dalam ekonomi akibat kejatuhan perniagaan lain
>oleh itu memerlukan peraturan daripada kerajaan
-keperluan rizab> memegang kadar deposit bank oleh bank pusat (crr)
-sesuaikan kadar aset berisiko dengan modal dalam bentuk ekuiti dan juga simpanan pendapatan
ok akan disambung pada masa akan datang ngah cuba untuk memahami nye heheheheheh
Friday, March 6, 2009
peranan media
macam yang telah di beritahu media adalah fungsi utama dalam penyampaian maklumat kepada orng lain. ini boleh di anggap sebagai medium penyampaian.
dalam pelajaran politic saya yang lepas kami di tekankan dengan pelbagai soalan oleh pensyarah kami, yang mendesak untuk kami jawabkan antaranya ialah berkenaan dengan " apakah keburukan yang di bawa oleh media prima( yang utama) pada pembangkang" dan kebanyakan kami trus menyatakan bahawa media2 di malaysia ini kebanyakan di dominasi untuk kepentingan sesetengah parti. dan bukan untuk kepentingan rakyat semata-mata. ada di antara cerita yang di ketengahkan di tapis dan rakyat hanya membaca sebahagian cerita sahaja dari cerita sepenuhnya. Dan persoalannya apakah kepentingan keadaan sedemikian. Melihat kepada persoalan tersebut lantas ada antara kami memberikan jawapan yang mungkin boleh di terima pakai antaranya.. Ketidaksamarataan antara berita yang di sampaikan oleh media adalah untuk memastikan kestabilan dalam perhubungan antara kaum dan untuk memastikan bahawa rakyat malaysia akan terus berpadu. apekah rasionalnya kenyataan ini keluar ini berbalik kepada kematangan rakyat kita di negara kita kita sendiri adakah kita boleh menerima cerita di sebaliknya atau kita memikirkan cara yang baik dalam menyelesaikan nya.. dan itu menjadi persoalannya.. bagaimana kita hendak mengira kematangan rakyat di negara kita.
JIka di lihat perbezaan keterbukaan di negara lain memang di akui di negara mereka memang lebih terbuka kerana rakyat nya juga lebih terbuka. tetapi keterbukaan mereka juga terbatas terutama jika kita membincang isu2 agama yang akan menyentuh sesetengah pihak masih ada relevan kah untuk kita katakan bahawa mereka ini masih terbuka.
dan persoalan kedua yang di tanya ialah "apa manfaat yang kerajaan dapat dalam mendominasi peranan media" kalau hendak jawab dengan mudah atau jawapan budak sekolah mesti la kita akan cakap dapat pengaruh rakyat. tapi apabila kita lihat kembali jawapan itu tidak lagi boleh di terima pakai seratus peratus. melihat kepada situasi sekarang rakyat sudah mula terfikir terutama lagi sejak tahun 1998 di mana satu isu besar telah melanda negara dan sejak itu rakyat mula terfikir akan peranan media yang melampui batas dalam menyalurkan berita dan sejak itu media yang di dominasi oleh kerajaan di jadikan bahan bandingan antara media dari pembankang dan juga dari alternatif lain.
sejak bila media di jadi kan propaganda dalam politik ini di lakukan oleh pemimpin yang lepas2 kerana melihat kepada keterbukaan media ini menjadi mereka seolah2 "besar kepala" sedangkan mereka di pimpin. jadi semenjak itu peranan media di ubah menjadi satu modul dalam mempengaruhi pemikiran rakyat pada umum nya.
tertarik dengan pertanyaan kawan saya bob di myspace. "melihat pada rancangan awani berkenaan dengan media cetak dan blog" dua-dua nya adalah media. tetapi pencetakan mungkin lebih besar di dominasi oleh parti politik. tetapi blog lebih terbuka penggunaannya. dan adakah sumber2 nya lebih berbentuk fitnah. jawapannya mudah ikut kepada pembaca. jika pembaca itu jenis yang suka bersikap rasional akan mencari fakta dan baru membuat keputusan dan kesimpulannya mana-mana media boleh mengada-ngadakan cerita dan nak percaya atau tidak terpulang kepada orang yang membaca.
selain daripada itu, jika kita lihat situasinya, adakah patut Harakah menyediakan satu ruang khas untuk meceritakan tentang kebaikan yang di buat oleh kerajaan??? mungkin ini adalah salah satu idea yang mungkin takan di terima pakai kerana itu la satunya bahan mencetak yang di buat oleh PAS sedangkan banyak bahan bacaan telah di dominasi oleh kerajaan kenapa perlu di letakkan ruangan berkenaan dengan kerajaan.???
jadi hal ini akan di lanjutkan lagi pada masa akan datang heheheheheeh
Saturday, January 31, 2009
berikan pendapat anda berkenaan dengan ini
apakah kekuatan dan juga kelemahan yang dapat di lihat daripada pembentukan kerjaan sedemikian dari pelbagai sudut..
kejersama anda amat di hargai
Wednesday, December 24, 2008
transformasi politik malaysia
.jpg)
ni antara cd terbaru....ni adalah forum...so pada mereka..yang mmg suke politik leh la..dapatkan dalam pasaran..byk persoalan telah di ungkapkan dalam..vcd ni..
banyak persoalan yang menarik minat aku...
nak di katakan mmg tak mengecewakan la..bila dapat dgr dan tgk vcd ni..
antara ahli panel nye adalah YB khairy jamaluddin and.. Husam Musa...
hurmm....antara isu yang di sentuh berkenaan dengan hukum hudud...Auku di univerisiti...dan macam2 lagi la..
satu perkara yang patut di puji sbb khairy begitu berani...hurmm pabile di ajak dtg ke kelantan untuk join this forum...
tapi tgk pada last soal jawab ade perkara menarik...sorng penyokong pas berbangsa cina..bertanye kan pendapat berkenaan dengan isu...orng cina menumpang di negara ini...
ape yang org cina tuh ckp..betul2 buat kite tak sedar mmg kita ni menumpang je di dunia ni..
die ade jugak ckp...org islam pasti tahu bhwe dunia ni bukan kekal dan ini sume adalah milik Allah dan kita sume bukan sahaja org cina..melayu india dan semua bangsa di dunia ini hanya la menumpang semata2...
pasal uitm pown di bangkitan jugak..ape yang di berikan jawapan nye..
yela.kate2 timbalan perdana menteri kita.pown nk mengkaji tentang perlaksanaan DEB so isu uitm ni dah jd mcm benda kecik..
dan salah satu ayat yg begitu berguna yang di berikan oleh husam musa...hukum hudud bukan tanggungjwab pas sahaja..tetapi perlaksanaan nye adalah melibat kan sume org islam..yup mmg betul ape yangd i katakan oleh husan musa...
so jika berminat leh la dapatkan ye....
Thursday, December 11, 2008
isu tanah runtuh banjir dan pelbagai bencana alam
ظهر الفساد فى البر البحر بما كسبت أيد الناس
Maksudnya : Berlakunya kemusnahan di darat dan di lautan adalah akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia.bukan niat di hati untuk nyatakan bahawa diri ini betul dan tiada salah nye.. tapi niat di hati untuk membetul kan pekara yang sama yang di lakukan..moga diri ini di beri petunjuk..dan moga diri ini sentiasa teringat akan azab seksaan setiap kesilapan yang di lakukan...insya-Allah..
pelbagai kemusnahan dapat dilihat pada waktu sekarang...kepanasan bumi....hujan yang tak menentu banjir...dan macam 2 lagi...
ade kah patut kita nyatakan bahawa itu cume hanye fonomena alam..atau di anggap sebagai salah satu pentanda bahawa kita ni lalai dalam hidup kita...tanpa memikirkan perkara yang berupa ibadat kepada Allah...
kita hanya mementingkan dunia....oleh sebab itu kita leka dengan pelbagai jenis pembangunan ...yang pada awal nye di anggap sebagai satu tempat pelindungan namun akhirnya..di sudahkan dengan peristiwa menyanyat hati..
adakah apabila terjadi nya sesuatu perkara kita menunding jari pada semua pihak..
atau kita perlu memuhasabah diri ngan ape yang berlaku..tertarik dengan isu tersebut...aku melayari youtube...dengan tujuan..untuk melihat ngan lebih dekat...tapi mata aku tak terpadang ngan video tetapi tertumpu pada komen para penonton...yang pasti ade antara mereka...suke menunding jari dan ade juga yang redha ngan ape yang berlaku..
yupx tidak di akui ini di sebabkan oleh kecuaian manusia..yang taksub dengan pembangunan..lantas ape kah perkara ini patut di politik kan tanpa ade jalan penyelesaian atau pemimpin mengambil iktibar..
atau ini adalah salah satu pentanda..adalah perlu pemimpin bagi rakyat bersatu hati... melaksana kan dan membuat pemantauan...atau ini salah satu pentanda menyuruh rakyat lebih bersatu hati....dan terutama orang islam,,....tiada pecahan..malah bersatu hati...
kita lihat pada bencana ynag pernah melanda di negara juiran ksita.tsunami...
mengapakah ini terjadi yup pada kajian sainz....di sbb kan gempa tp pada kita yang beragama islam...apakah punca nya..ini di sebab kan kita lalai dalam semua bnda..kita mmg mempunyai kekuatan dalam mental... bijak dalam byk benda...tapi adakah akal fikiran yang di ciptakan oleh ALLah kita ni mampu melawan setiap kekuasaanNya.....
kita mmg idupngn aman sentosa..tiada kekerapan berlaku nye bencana alam..tp adakah kita mampu jika kita di turun kan bala yang lebih berat dari ini di sebba kan kita tidak membuka mata...tp hanya membuta..taksub ngan dunia...
renung2 kan la..moga kite di beri pentunjuk insya-Allah
Thursday, August 14, 2008
ptptn
hurmm sebaiknya tidak membebankan mereka untuk membayar semula...
tapi....perlu di ingatkan pada pelajar....jangan la mengambil peluang atas penurunan caj itu untuk kita lupa...ape yang patut kita lakukan di kampus....atau untuk belajar....
hurmm guna kan la duit tuh sebaik nya...
n jangan pikir bile caj dah turun....aku boleh belajar main2...belum tentu lagi pas abes balaja kita akan dapat pekerjaan...pape pown focus la pada stdy insya-Allah...kita akan berjaya....
Caj PTPTN 1 peratus - Kadar baru berkuat kuasa 1 Jun lalu ringankan beban sejuta pelajar
dan SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
PUTRAJAYA 13 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan kadar caj Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus berkuat kuasa 1 Jun lalu – satu langkah yang menggembirakan lebih 1.04 juta peminjam PTPTN yang kini akan membuat bayaran balik yang lebih rendah.
Sebelum ini, caj perkhidmatan pinjaman PTPTN adalah tiga peratus bagi pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda manakala peminjam pembiayaan peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran dikenakan caj sebanyak lima peratus.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah PTPTN tersebut dijangka mampu meningkatkan semula jumlah kutipan pinjaman perbadanan itu berbanding sebelum ini.
Menurut beliau, keputusan menurunkan kadar caj perkhidmatan itu dipersetujui oleh Jemaah Menteri minggu lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga mengesahkan ia tidak bertentangan dengan syariah.
“Kadar baru caj satu peratus itu adalah berdasarkan kadar rata ke atas semua pinjaman peringkat pengajian melibatkan semua bakal peminjam yang akan diproses melalui sistem baru bermula Disember ini.
“Ia juga meliputi peminjam sedia ada dan peminjam yang telah tamat belajar tetapi belum menyelesaikan bayaran pinjaman mereka,” kata Mohamed Khaled pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet kementeriannya di sini.
Angka terkini peminjam PTPTN peringkat diploma dan ijazah sarjana muda adalah sebanyak 1.04 juta manakala 2,473 lagi merupakan peminjam ijazah sarjana dan kedoktoran dengan nilai pinjaman keseluruhan mencecah RM23 bilion.
Sejak beberapa tahun lalu, persatuan-persatuan pelajar telah meminta kerajaan mengkaji semula kadar caj perkhidmatan pinjaman PTPTN yang dianggap membebankan selain dikaitkan dengan unsur riba.
Bagaimanapun, pada 28 Julai lalu, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan itu tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar caj tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.
Sebelum ini, caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus berasaskan baki yang berkurangan.
Para pelajar diberikan tempoh antara lima hingga 20 tahun bagi membayar semula pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman yang diperoleh.
Bagaimanapun, sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.
Menurut Mohamed Khaled, permohonan pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru itu dilaksanakan akan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dengan pelarasan dilakukan sebaik sahaja sistem baru siap dibangunkan menjelang hujung tahun ini.
Beliau berkata, bagi peminjam sedia ada dan mereka yang telah tamat pengajian, kaedah pengiraan bayaran pinjaman ialah jumlah terhutang selepas 1 Jun akan didarabkan dengan satu peratus atas baki tempoh bayaran balik.
Sejajar dengan keputusan tersebut, katanya, dokumen surat tawaran perjanjian baru akan diedarkan kepada para peminjam sedia ada dan mereka yang telah tamat pengajian pada tahun lepas.
“Mereka diberikan tempoh selama sebulan dari tarikh surat tawaran untuk melengkapkan dokumen perjanjian baru dan memulangkan semula kepada PTPTN sebelum kadar baru dilaksanakan.
“Kalau mereka tidak menandatangani surat perjanjian baru itu, mereka akan terus dikenakan caj perkhidmatan mengikut kadar sedia ada,” katanya.
Mohamed Khaled memberitahu, peminjam yang tidak pernah membuat pembayaran balik pula akan dikenakan denda sebanyak satu peratus berdasarkan jumlah hutang tertunggak sebelum pelarasan dibuat bermula Jun lalu melibatkan kadar caj baru sebanyak satu peratus.
“Ekoran keputusan menurunkan kadar caj kepada satu peratus, kerajaan juga sedang mengkaji kemungkinan untuk menumpukan pembiayaan pendidikan di peringkat sarjana, doktor falsafah dan profesional dalam bidang-bidang strategik sahaja,'' katanya.
sumber dari utusan online...
Wednesday, August 13, 2008
ulasan PM isu UiTM

Khalid perlu mohon maaf
Oleh Azman Zakaria, Nurul Farina Nazlan dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
PM bidas cadangan buka UiTM untuk bukan Bumiputera
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mencadangkan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera, terutama Melayu, dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.
Pada masa yang sama, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.
Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di Serdang, menegaskan perkara berkaitan pengambilan pelajar UiTM bukan dalam bidang kuasa Khalid.
Khalid Ibrahim |
"Itu bukan dia punya kuasa. Hal berkaitan pengambilan adalah hal berkaitan institusi pengajian berkenaan. Mereka yang tentukan dasar," katanya.
Ahad lalu, Khalid mencadangkan sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin kelmarin menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor itu sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu.
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar, ketika dihubungi Berita Harian semalam pula berkata, cadangan Khalid jelas menunjukkan PKR tidak menghiraukan hak orang Melayu.
"Kami melihat cadangan Khalid hanya merugikan orang Melayu dan BBPM berharap kerajaan akan mempertahankan UiTM," katanya.
Osman berkata, pihaknya tidak berniat untuk menyekat peluang pelajar bukan Bumiputera, tetapi mereka mempunyai peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam lain.
Presiden Persatuan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Ahmad, turut membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu, yang menurutnya bukan saja tidak membantu bangsa sendiri, malah akan menyusahkan lagi orang Melayu.
"UiTM sebenarnya adalah peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera miskin untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Kini Khalid mencadangkan supaya 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera. Saya merasakan cadangan ini sungguh tidak logik," katanya.
Zulkifli berkata, Menteri Besar Selangor itu perlu sedar tidak semua ibu bapa di kalangan orang Melayu mampu menghantar anak mereka ke luar negara untuk menyambung pengajian.
Katanya, selama ini UiTM menjadi tempat pelajar miskin Melayu melanjutkan pengajian dan perkara itu perlu dipertahankan.
Khalid hina UiTM, orang Melayu’
PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.
“Dia (Abdul Khalid) bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing.
“Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.
“Kalau dia (Abdul Khalid) kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.
Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera.
Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.
“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.
Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.
“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti.
“Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.
Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya.
Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain.
Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.
“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.
=petikan dari pada utusan malaysia 12 ogos....