Thursday, April 30, 2009

apa yang baru kepada politik baru Malaysia? part two

Aspek kedua ialah berkenaan dengan isu yang dipermainkan dalam kedua-dua era ini. Dalam politik lama, seperti yang telah disebutkan di awal perbincangan , topik yang disinonimkan adalah lebih cenderung ke arah pembangunan kaum manakala dari segi teorinya, politik baru lebih membincangkan isu-isu universal yang turut melanda seluruh dunia. Isu-isu hak asasi manusia lebih hebat diperdebatkan sejak kebelakangan ini kerana masyarakat Malaysia terpengaruh dengan senario politik dunia yang membantah sekatan hak asasi manusia yang seterusnya membangkitkan persoalan adakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih lagi relevan atau hanya untuk melindungi hak politik dan kepentingan sesetengah pihak. Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) begitu menarik perhatian masyarakat kerana buat pertama kalinya, polisi kerajaan menerima tentangan sedemikian. Mungkin perdebatan ini membunyai agenda lain disebaliknya, tetapi kita harus akur bahawa masyarakat semakin beralih kerana satu ideologi politik yang baru di mana mereka semakin berani mempersoalkan keputusan kerajaan.

Dari segi media pula, politik lama lebih berfokus kepada penggunaan media cetak seperti surat khabar dan juga segelintir media elektronik iaitu radia dan televisyen. Kesemua media ini menerima kawalan dari kerajaan secara mutlak pada satu ketika dahulu di mana pengurusan dan pelaksanaan media elektronik hanyalah oleh pihak kerajaan. Meskipun siaran RTM sehingga kini masih lagi di bawah kawalan Kementerian Penerangan Malaysia, namun perkembangan teknologi dan pendidikan rakyat Malaysia mewujudkan pelbagai alternatif lain seperti siaran dari Astro, TV3 dan saluran-saluran lain untuk mendapatkan berita. Perkembangan teknologi internet telah mendorong kelahiran media alternatif seperti blog-blog yang dipelopori oleh golongan muda dan professional yang masing-masing berpendidikan dan mampu menghasilkan perspektif yang lebih kritikal. Kelahiran blog ini dipercayai sebagai satu faktor kepada fenomena Tsunami Politik Malaysia menerusi Pilihanraya Umum 12 yang menyaksikan kegagalan parti Barisan Nasional mengekalkan 2/3 kerusi parlimen. Walau bagaimanapun, satu lagi persoalan yang harus kita tanya adakah ini cukup untuk mengatakan bahawa politik Malaysia benar-benar baru ditambah lagi dengan pembentukan kabinet baru oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan satu portfolio baru iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi,Keseniaan dan Kebudayaan yang diterajui oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dikatakan mampu mengawal kesemua media di Malaysia.

Secara teorinya, suasana masyarakat terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Native culture, plural culture, dan multi-culture. Native bersifat satu bangsa, melayu, bermain dalam kelompok kecil, bersifat colonial. Kemudian, Plural masyarakat campuran tetapi mempunyai unsur cauvanisme, perkauman. Masyarakat dan parti politik memainkan isu politik meliputi isu perlembagaan, bangsa dan budaya, Dasar Ekonomi Baru (DEB). Masalah yang berlaku sekarang ialah zaman telah ke peringkat multiculture, tetapi parti yang menjuarai zaman ‘Plural society’ iaitu UMNO tidak menyedari suasana masyarakat sebenarnya telah berubah. Dominasi wacana kaum telah mewujudkan dikotomi politik Melayu-Bukan Melayu yang agak ketara. Misalnya, ketika wacana kaum mendominasi politik negara dalam dekad 1980-an, Barisan Nasional paling berpengaruh di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu. DAP pula dilihat amat berpengaruh di kawasan-kawasan majoriti besar pengundi Cina. Manakala , multiculture pula dimana suasana masyarakat bersifat celik politik. Peringkat perubahan ini disebabkan suasana perubahan akibat modenisasi, liberalisasi dan globalisasi. Tidak timbul lagi soal bangsa. Zaman post-materialist dimana masyarakat bercakap tentang politik hampir setiap masa kerana mereka mempunyai keperluan atau kepentingan. Masyarakat juga tidak melihat lagi kepada model kepimpinan mengikut bangsa malah agama, tetapi kepada politik nilai, pembawaan nilai-nilai murni yang ada pada pemimpin.

Related Posts by Categories



No comments:

Related Posts with Thumbnails