bukan tujuan untuk anti sape2 tapi hanye sekadar berkongsi pengalaman.. dan berborak konsong.. smbil mengeluarkan lawak2x yang kadang2 itu tidak dapat di terima oleh sesetengah pihak....
mungkin banyak yang perlu di perbetulkan atau banyak perkara yang menjadi sejarah yang aku sendiri tidak kaji di forum berkenaan tetapi aku enjoy yela.. bile jumpe geng2x yang seakan2 satu kepale dengan kita... so benda tak lawak pown leh buat kite ketawa.. tapi bukan semuanya manusia mempunyai perangai atau dengan ganas lagi satu kepale ngan kita...
tidak ade yang patut di salah kan.. kadang2 sifat itu semulajadi dan kadang2 di pengaruhi oleh persekitaran dan juga pengalaman yang lepas...
begitu juga aku.. aku rase aku ni boleh meneriam pendapat orang di sbbkan pengalaman aku yang lepas.. berchating di chat room.. betul2 mengubah diri aku.. daripada orang yang agak tidak terbuka pemikiran kepada yang lain..dan jika dulu aku merasakan diri seolah2 hebat.. akhirnya.. menjadi seorang yang suka mengalah.... dengan niat berfakta.. mcm ne tuh... hehehee.....
kadang-kadang kita tak sedar bukan semua nya orang boleh terima apa yang kita sedang katakan.. jika anda seorang pemarah ape agaknya anda akan buat... heheh marah balik kan.. sound balik.. tapi adakah itu cara terbaik untuk meletakkan diri anda dalam situasi.. jwapan nye tidak...api itu perlu di simbah ngan air.. baru la boleh redha api nya.. bahang nye pown leh kurang...
ego, perasan hebat, perasan ilmu di dada penuh, nak tunjuk lebih islamik.. hehehe.... mmg senang kita nk tgk... ntah2 aku pown ade termasuk di antara ciri2 di atas..
tapi ape yang perlu kita buat bile nmpak orang mcm ni..
hehhehe berbalik la pada agama....kerana agama telah byk mendidik kita.. antara kita nk mempelajari dan mengaplikasikan nye.. aje..
tidak salah menegur orang lain atas sbb nya.. tapi bagaimana cara nya... mesti la dengan bijaksana seperti ayat dari artikal ini
http://www.sabah.gov.my/jheains/SAMBUT%20TAHUN%20BARU.htm
"Sibuk meneliti aib atau kekurangan sendiri bermaksud sentiasa
memperbetul kelemahan dan kesalahan diri sendiri lalu insaf dan bertaubat,
kemudian segera membuat perubahan, iaitu berubah daripada bersifat buruk atau
kurang baik kepada sifat yang lebih baik dan terpuji, di samping sentiasa
terbuka menerima nasihat serta teguran yang baik. Ia adalah sifat yang sangat
mulia dan terpuji kerana ia sunnah Rasulullah s.a.w. dan merupakan amalan
salihin dan mukmin sejati.
Diriwayatkan bahawa dalam satu wasiat Saidina Umar Al-Khattab,
beliau berkata: “Jika anda
menemukan cela (kekurangan) pada seseorang dan anda mahu mencacinya, maka
cacilah dirimu (sendiri), kerana celamu (kekuranganmu) lebih banyak darinya”.
Ini kerana dengan menginsafi yang kekurangannya lebih banyak daripada orang
lain, tentulah akan mematahkan hasratnya untuk mencela orang lain.
Sungguhpun demikian, ini bukanlah bererti yang seseorang
Muslim itu tidak boleh menegur ataupun memperingatkan saudara seagamanya yang
melakukan perbuatan tercela agar kembali ke pangkal jalan, malahan itu adalah di
antara sifat yang mulia dan sangat dianjurkan oleh agama. Akan tetapi, setiap
teguran yang diberikan hendaklah dilakukan secara bijaksana, dan bukannya dengan
cara mencari-cari kesalahan orang lain sehingga aib sendiri tidak disedari atau
dilupakan. Harus diingat bahawa adalah lebih buruk dan keji lagi jika perbuatan
mencari-cari atau meneliti salah serta aib orang lain itu dijadikan sebagai
budaya hidup."
kita ni hidup bukan sekadar perlu menjaga hubungan antara kita yang Allah tapi perlu juga menjaga hubgan dengan manusia.. baru la kita hidup dengan tenang insya-Allah
No comments:
Post a Comment