Wednesday, April 29, 2009

apa yang baru kepada politik baru Malaysia? part one

In your opinion, what is really new in Malaysia’s new politics?
Pada pandangan anda, apa yang baru kepada politik baru Malaysia?


kredit di berikan kepada khalida shabery.. and fahmi coursemate politic



Istilah politik baru merupakan satu istilah yang semakin mendapat tempat bagi masyarakat Malaysia, tidak mengira sejauh mana mereka berminat dengan politik di Malaysia. Sedar atau tidak, meskipun tidak semua ahli masyarakat terlibat sebagai penentu dalam suasana politik, tetapi setiap rakyat dalam negara yang mengisytiharkan dirinya sebagai negara demokrasi mempunyai kuasa dalam menentukan corak politik itu sendiri.

Politik baru merupakan satu pendefinisian semula erti kata politik yang dari segi bahasanya bermaksud ‘kuasa’ atau satu proses pembuatan keputusan oleh sesebuah organisasi. Politik merupakan istilah yang menerangkan gelagat sesebuah organisasi dalam menentukan pentadbiran, polisi dan regulasi. Politik baru merupakan satu kesan daripada perkembangan ideologi masyarakat. Kebiasaannya, ianya tercetus akibat dari satu isu yang luar biasa sehingga mampu membuka mata dan minda betapa tidak berkesannya politik yang sebelum ini dalam menentukan nasib rakyat.

Terdapat pelbagai penanda aras yang boleh menentukan apa yang sebenarnya membezakan politik baru dan lama. Namun, pada hemat saya, politik baru bercirikan kebudayaan yang lebih demokrasi (cultural democracy) di mana ciri-ciri etnik kian hilang dalam rentak perjuangan politik. Jika suatu masa, mungkin lagi sehingga kini, perjuangan politik sering di sama ertikan dengn perjuangan bangsa, bukan sebenarnya perjuangan ideologi yang sering dilaung-laungkan oleh tokoh-tokoh politik nasional. Senario politik di negara masih lagi dipelopori oleh parti-parti yang berasaskan perjuangan perkauman seperti UMNO untuk kaum Melayu, MIC dan Gerakan yang rata-ratanya oleh kaum Cina serta MIC oleh kaum India.

Satu perkara yang semakin jelas kita lihat sejak kebelakangan ini, masyarakat mula menerima idea pembentukan parti politik yang lebih menjurus kepada kepelbagaian kaum, meskipun dilihat agak radikal dan agresif. Pembentukan Parti Keadilan contohnya oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekitar April 1999, bertujuan untuk memperjuangkan keadilan seorang individu iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyeleweng dan beberapan tuduhan liwat. Parti Keadilan Rakyat dilihat sebagai pelopor bagi pembentukan parti politik berwajah baru yang pertama kalinya melibatkan pelbagai kaum dan tidak lagi memperjuangkan perkara-perkara retorik yang sering diperjuankan oleh parti-parti sebelum ini seperti Islam oleh PAS,Melayu oleh UMNO dan Semangat 46 dan pelbagai parti-parti bangsa di Sabah dan Sarawak.

Beberapa kriteria boleh dibandingkan untuk kita mengukur sejauh mana politik baru benar-benar dipraktikkan di Malaysia. Aspek pertama ialah kepimpinan. Politik lama menyaksikan penumpuan kesetiaan kepada sesetengah ikon seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tuan Guru Nik Mat. Kedua-dua ikon ini dilihat sebagai contoh bagaimana sesebuah parti politik itu menjadikan pemerintahan atau kepimpinan mereka ini sebagai asas pergerakan parti-parti tersebut. Dalam politik baru pula,merupakan satu evolusi yang menuju ke arah kelahiran beberapa tokoh yang diketengahkan atas dasar kredibiliti bukan lagi atas dasar kroni atau yang didakwa sebagai kesinambungan sesebuah kepimpinan.Politik baru memperlihatkan kelahiran tokoh-tokoh politik sebagai Datuk Shahrir Samad yang merupakan antara suara lantang yang membidas isu-isu di parlimen. Di pihak pembangkang pula, setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari proksi kerajaan, beliau sering dilihat sebagai suara yang sering mendapat perhatian dalam mempersoalkan dasar-dasar kerajaan. Namun persoalan yang kita perlu tanya dari aspek ini, adakah politik baru ini benar-benar baru kerana masyarakat seperti terpaksa menerima kepimpinan yang telah dirancang dan masih lagi memperjuangkan soal etnisiti dan perkauman.

Related Posts by Categories



No comments:

Related Posts with Thumbnails