Friday, March 27, 2009

buku zaid ibrahim pi la beli

Pada pukul 6.49 p.m 27.03 lengkap 311 muka surat dari buku Zaid Ibrahim telah aku baca. Buku yang bertajuk ‘saya pun melayu’ baru sahaja di lancarkan oleh beliau. Buku ini juga telah di sarankan oleh pensyarah bagi subjek politik aku. Pada awalnya aku cuba-cuba bertanya pada kedai ayah aku (siapa belum tahu ayah aku ada kedai buku) tetapi sayang sekali buku tersebut masih belum terdapat di kedai ayah. Kecewa juga, kalau beli dengan ayah mungkin dapat sedikit murah, mesti la anak tauke.

Seperti yang tertulis dalam buku tersebut buku ini khas atau sesuai pada anak-anak muda yang nak mengetahui tentang perjalanan politik dalam Negara kita. Ada perkara yang mungkin kita tidak tahu pada tahun-tahun yang lepas mungkin lebih mudah di fahami dengan adanya buku seperti ini. Bagi aku yang lebih dua sem mengikuti subjek politik termasuk falsafah-falsafah lama. Banyak juga di sentuh didalam buku ini dah menjadikan aku lebih minat untuk terus membaca. Seolah-olah aku membaca satu novel cinta yang tak boleh di tinggal sebegitu sahaja.

Lebih mudah untuk aku katakan buku ini adalah bukan hanya luahan rasa bagi beliau tetapi bagi aku juga terhadap budaya politik dalam Negara kita ini. Sayang sekali apabila ramai teman-teman aku tak kira la di myspace, frenster atau facebook malah di YM sekali pun tidak begitu berminat mengetahui nya. Aku tidak menyalahkan mereka. Mungkin mereka berminat tapi melihat kekotoran yang ada dalam politik ini terus membuatkan mereka mual untuk memperkatakanya. Tapi bagi aku yang amat meminatinya politik kerana ianya boleh menunjukkan budaya dalam masyarakat politik ini asam garam dalam hidup dan tak salah untuk mengetahui berkenaan dengannya. Bagaimana pemimpin menjadi harapan rakyat menjadi model pada mereka. Aku tidak bermaksud untuk memarahi sikap teman-teman yang sebegitu malah aku cuba untuk bersikap terbuka tetapi sedih di hati tetap ada kerana seolah-olah mereka tidak mahu ambil tahu tentang kepincangan Negara. Seolah mereka berkata ‘dorng tak kaco idup aku nape aku nk kaco hidup mereka’ asalkan duit masuk dalam poket sudahla. Mungkin itu yang dapat aku gambarkan.

Buku ini juga ada menceritakan bagaimana untuk membentuk melayu yang lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan sepenuhnya. Selain daripada banyak perkara yang sama dengan pikiran aku di terjemahkan dalam buku ini. Tiada niat di hati untuk mempersoalkan tentang DEB yang tamat pada tahun 1990 yang sekarang di kenali sebagai DPN tetapi rasional nya terhadap DPN seolah-olah tidak berkesan. Apa yang di lihat sekarang ianya lebih berbentuk perkauman. Semuannya terdapat dalam buku ini. Aku bukan tidak berkata DEB itu tidak bagus. Malah aku bersyukur dan boleh katakana DEB itu amat membantu terutama keluarga aku. Kalau tidak mungkin aku sekarang masih duduk di rumah setinggan. Tetapi kerasionalnya perlu di kaji semula. Kalau tak sampai bile kecekapan melayu dalam kemahiran kita nak perolehi.

Masalahnya dalam Negara kita ini banyak perkara-perkara telah kita takuti seperti “abisla kita kalau cina yang memerintah” padahal mereka itu adalah salah bangsa di dalam Malaysia mengapa perlu kita takut sepatutnya kita takut dengan pendatang asing yang belum tentu mempunyai kerakyatan dalam Negara kita. Mereka(org cina) bukan boleh kembali ke Negara mereka. Dan contoh yang paling baik dalam buku tersebut di mana beliau menyuruh kita bayangkan bahawa kita ini adalah pendatang tanah melayu yang duduk di Negara china selama 100 tahun lama nya. Adakah kita suka Negara kita mempunyai sifat perkauman dengan melebihkan sesetengah kaum sahaja. Rase nye kita juga akan memberontak.

Orang cina dan India mereka ini baik dan boleh jadi rakan kongsi yang baik jika kita tahu menjaga tolenrasi dengan mereka. Tak perlu saya ambil contoh yang payah-payah cukupla bisnes ayah saya di jadikan contoh. Ayah saya mempunyai kawan yang terdiri daripada supply buku-buku dan surat khabar. Mereka ialah orang cina dan India. Dalam berkerja mereka tip top malah Uncle Solai lama dah menghantar surat khabar kepada ayah saya. Malah rumah yang saya duduki ini ayah saya beli dari pada beliau kerana beliau kesempitan duit pada masa itu kerana masalah anaknya yang suka bermain judi. Ayah membantunya kerana ayah kata die adalah rakan kongsi yang baik sebab dia banyak membantu menaikkan bisnes ayah. Malah kami selalu menukar-tukar hamper apabile musim perayaan begitu juga dengan seorang lagi rakan ayah yang saya selalu panggik ‘komik cina’ sbb dia supplu komik dan berbangsa cina. Malah sejak saya kecil sampai skrg kami masih baik dan die kerap bagi duit raya bila tiba hari tahun baru cina.

Tiada niat untuk saya katakana melayu itu tidak baik, tetapi segelintirnya suka mengambil kesempatan. Saya dan keluarga pernah di tipu sewaktu mengubah suai rumah dengan orang melayu. Niat di hati nak Bantu bangsa sendiri tapi pulak kena Bantu diri sendiri. Bila orang tahu buat rumah kita pun sama nk buat rumah. Tapi bocor sane bocor sini pintu rumah tak siap tandas bocor. Atap bocor. Memang la harga adalah harga kawan-kawan tapi kos membaiki nya dan tahap keselesaan malah hal kepercayaan tak boleh di beli dengan kata harga kawan-kawan. Baru-baru ini kami membeli sebuah rumah lagi dah ingin mengubah suainya. Dan satu ayat mudah pada ayah saya. Pilihla orang yang boleh buat rumah ini dengan betul2 dan ada jaminan biar mahal sikit asal hati tak sakit.

Related Posts by Categories



No comments:

Related Posts with Thumbnails