Sunday, April 25, 2010

boleh ke Zaid Ibrahim menang?? -hulu selangor

tidak di nafikan isu sensitif di pergunakan untuk pilihanraya kali ini.
Terpandang pada isu-isu yang memang menjadi sensitif terutama bagi golongan melayu yang inginkan pemimpin yang 0 dari mane-mane isu sensitif.
Kelemahan rakyat seolah boleh di gunakan. Jadi mahu tidak mahu pihak PKR berhadapan dengan satu isu mencabar.

Hal peribadi Zaid memang tidak patut menjadi usul dalam pilihanraya. Tapi kita tak boleh menidakkan bahawa PKR juga pernah memainkan isu-isu peribadi dalam pilihanraya untuk meraih undi. Tapi sejak aku selalu lalu dekat hulu selangor ini banyak benda yang buat aku terpikir.
Siapakah yang akan jadi penyelamat dalam isu Zaid Ibrahim ini dan bolehkan zaid ibrahim masuk kedalam parlimen sedangkan itu adalah motif utama mereka memandang Zaid antara peguam yang hebat. dengan firma guaman yang terbesar di Malaysia.

Aku walaupun bukan antara bakal pengundi di hulu selangor. Kalau isu sensitif di mainkan juga. aku akan pilih Zaid ibrahim keran ketrampilan dia dalam menyuarakan pendapat dia. Jadi walaupun ada perkara dalam bab akhlak yang patut di lihat jika dia sudah bertaubat aku doakan yang terbaik buat dia.

Gud luck datuk!

Monday, April 19, 2010

Maaf saya tidak berminat...

Adakah musim sekarang ini musim orang mencari income atau berkejar untuk menjadi kaya??
Tapi bagi aku jawapan nya adalah YAAAA.. ramai yang sedang berusaha mencari part time income. Aku pun sama juga. Cari part time income dengan buat biz online. Jual apa?? Jual VCD...
bukan keahlian mana-mana product.

Kalau buka mana-mana account blog pasti ada orang promote tentang side income dia. Hari-hari dapat 100.. Macam mana nak jadi kaya??... dan macam-macam lagi.

tapi best sangat ke bila dah jadi kaya?? dah fikir betul-betul?? eh.. itu kalau betul jadi kayanya.. tapi kalau tak berkat duitnya?? tak sampai kemana kayanya...
paling tahan 2, 3 tahun lepas itu kita jadi malas dah..
takut jadi bertambah teruk

tapi nak minta maaf dulu dekat kawan-kawan yang join dengan benda-benda side income ini. Aku tahu u all semua ada sebab tersendiri. So aku tak blame kan korang

Tapi aku tak berminat dengan apa yang cuba u all iklankan. Bukan apa. Aku ada satu prinsip. Kalau sesuatu syarikat nak jual barang juallah product dia keluarkan bukan jual keahlian nya. Sebab bila dah jual keahlian kemana peginya penjualan product pun tak tahu la.

iTU bagi yang buat macam tu la yang tak buat takpa teruskan.

but jangan show off duit kata dah kaya dah macam-macam2 nak bantu orang jadi kaya dan sebagainya.
kalau nk bantu orang lain tak hidup susah sedekahkan duit yang korang ada itu

Saturday, April 17, 2010

Tips Cinta: Terima kasih MY EX!! kau berikan kecewaan dan aku capai kebahagiaan..

Kalau boleh aku nak lupakan semuanya. Dari mana kami bermula dari mana kami berakhir. Tapi aku akui itu la benda yang paling susah dan pasti tidak berhasil untuk melupakannya. Biar pun aku bukan dengan dia lagi tetapi kadang-kadang perasaan hampa itu tiba-tiba menyelinap dalam diri. Kenapa, bagaimana, dan semua persoalan tertujah dalam minda aku. Walaupun dah bertahun tapi aku masih susah untuk lupa perbuatan dia pada aku. Biar pun CINTA dia pada aku sudah lama lupus tapi perasaan TERLUKA yang aku hadapi walaupun di cari ubatnya parutnya masih ada lagi.

Aku tahu kesedihan yang aku alami adalah di sebabkan oleh harapan yang menggunung yang pernah aku bagi pada dia. Harapan yang menggunung dan berakhir dengan kemusnahan dan akhirnya memusnahkan sekeping hati yang selama ini cuba untuk memberi terbaik terhadap dia. Adakah aku patut di perlakukan sedemikian?? Adakah kekecewaan yang perlu aku dapat?? Adakah kesedihan yang patut aku terima??

DENDAM tiada lagi, yang tinggal ialah aku cuba memandang diri aku. Kenapa.. apa punca nya dan dari situ aku cuba mencari mana-mana sifat yang lemah yang membuat aku di tolak mentah-mentah oleh orang yang aku harapkan. BANGUN aku bukan melihat kekecewaan lagi tetapi aku cuba memperlajari dari sesuatu yang indah dari kekecewaan yang lepas. Dan aku pastikan kekecewaan yang lepas akan membawa kebahagian yang betul-betul hakiki dengan insan aku sayang kini.

Jika insan aku sayang kini masih tidak nampak tentang keluhuran cintaku pada dia, biarlah keluhuran cinta ku ini membuat kan dia bahagia walaupun aku akan kecewa satu hari nanti. Tapi aku puas untuk memberikan mereka bahagia walaupun seketika.

TERIMA KASIH MY EX!! KAU BERIKAN KEKECEWAAN AKU CAPAI KEBAHAGIAN!!!

Friday, April 16, 2010

OST Asmaradana - Keyla - Yang Terluka


LIRIK

Cuba lihatlah di samping mu beribu tangan terangkat

Cuba lihatkanlah hati mu beri ia harapan

Walau sedikit yang kau beri mungkin bererti untuknya

Bergelut di jalanan untuk menyambung hidup

Menyambung hidup

Dan lihatlah mereka terluka meski tanpa tersenyum

Dan lihatlah mereka menangis meski penuh tawa

Walau sedekit yang kau beri mungkin bererti untuknya

Bergelut di jalanan untuk menyambung hidup

Menyambung hidup

Dan lihatlah mereka terluka meski tanpa tersenyum

Dan lihatlah mereka menangis meski penuh tawa

Oooooo oh...oooo

Dan lihatlah mereka terluka meski tanpa tersenyum

Dan lihatlah mereka menangis meski penuh tawa


Thursday, April 15, 2010

Tips Cinta: pilihla pasangan kerana agamanya

Apakah yang menjadi kiteria utama dalam mencari pasangan sebagai teman hidup dan menjadikan yang haram di pegang menjadi halal???

Adakah kerana hartanya??


apabila harta menjadi ciri-ciri utama untuk memilih pasangan. Nescaya kita tidak akan memperoleh nikmat dari harta yang di ingini. Terutama lelaki yang mencari pasangan untuk di jadikan isteri atas kekayaan isteri.

Adakah dari rupa parasanya??

Apabila rupa paras menjadi ukuran untuk memilih pasangan. Nescaya kita tidak akan memperoleh nikmat dari rupa paras pasangan tadi. Resah, risau dengan kelebihan yang ada pada pasangan .

Jadi apakah patut ciri yang menjadikan keutamaan dalam mencari pasangan ialah agamanya.
Seorang yang mempunyai didikan agama pasti dirinya lebih lembut, bertanggungjawab, amanah, dan redha dengan ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah.

insya-Allah moga kita menjadi salah seorang yang bukan sahaja mempunyai agama tetapi juga mendalami agama yang menjadi kewajiban kita.



Tuesday, April 13, 2010

VCD ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias (sedia untuk tempahan)

p/s: saya tak boleh confirm kan bahawa semua tajuk ceramah beliau masih dalam stock atau tidak. Walaubagaimanapun tempahan yang di buat kami akan confirmkan dahulu berkenaan dengan stock.

p/s: untuk lebih jelas bagi melihat tajuk VCD beliau, anda semua di galakkan untuk "download" gambar yang di "upload" kemudian zoom kan gambar tersebut untuk lebih jelas lagi.







Senarai Vcd Dalam kategori Kuliah Umum (masih dalam stok)

  1. Fitnah
  2. Generasi Al-Quran vol 1&2
  3. Memberi maaf membawa ke syurga vol 1&2
  4. Di gigit jin
  5. Dinasour
  6. Rasulullah pemuda yang amanah
  7. Artis
  8. Bulan purnama penuh
  9. Hukum zakat, Cerai dan edah
  10. Peniaga penipu vol 1&2
  11. Hukum dan adab bersalam (keluarga 96 vol 1&2)
  12. Kemerduan Al-quran vol 1&2
  13. Dari batu kurau ke kampung potong tangan
  14. Marah tabiat anak adam
  15. Ibu mertua vol 1&2
  16. Godaan syaitan vol 1&2
  17. Ibadat tuhan
  18. Rahsia
  19. Bila kita ada ayah dan ibu
  20. Ilmu dan kepentingannya vol 1&2
  21. Mengutamakan ilmu
  22. Kelahiran nabi s.a.w vol 1&2
  23. 6 jahanam 2 vol 1&2
  24. Akhlak yang baik vol 1&2
  25. Ketinnggian darjat vol 1&2
  26. Panduan solat & bertayamun bagi pesakit vol 1 & 2
  27. Mimpi laila vol 1&2
  28. Rendahkan suara dengan rasulullah
  29. Kerana lidah vol 1&2
  30. Memandai-mandai mengubah hukum hak ciptaan Allah
  31. Fasiq
  32. Siasat sebelum sah fasiq

senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab MUINUL MUBIN

  1. Bersuci dari hadas
  2. Makanan yang dikira bangkai
  3. Najis mukhafafah, mutawasitah dan mughallazah
  4. Niat berwuduk
  5. Cara-cara berwuduk
  6. Membasuk tangan, kepala dan kaki
  7. Sunat-sunat berwuduk
  8. Bersugi
  9. Hilang akal
  10. Perkara yang membatalkan wuduk
  11. Mandi junub
  12. Fardhu fardhu mandi
  13. Jenis-jenis mandi sunat
  14. Cara sembahyang ketika peperagan dan bertayammum
  15. Darah haid

senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab IHFAZILLAH YAHFAZKA

  1. Riak dalam ibadat
  2. Membudayakan Al-Quran
  3. Seruling Nabi Daud
  4. Zuhud
  5. Hamba dunia
  6. Bersangka baik
  7. Bida’ah
  8. Ciptaan Allah
  9. Al-baqarah penyembuh penyakit
  10. 6 jahanam
  11. Hidayah
  12. Ciri-ciri taqwa
  13. Beriman kepada yang ghaib
  14. Bersedekah
  15. 3 golongan yang awal masuk neraka
  16. Mengenal sifat wali Allah
  17. Benci dan sayang kerana Allah
  18. Tidak menyimpan perasaan hasad (dengki)
  19. Menyempurnakan ibadat wajib dan sunat
  20. Mencegah kemungkaran
  21. Mencintai kaum muslimin
  22. Bercakap benar
  23. Orang2x yang bertaqwa dan sengsara
  24. Nabi Ibrahim berhujah dengan Namrud
  25. Otak namrud di serang serangga
  26. Nabi Musa & Firaun
  27. Berlemah lembut dalam berdakwah
  28. Makanan pertama ahli syurga
  29. Nabi palsu
  30. Mati dalam keadaan baik
  31. Siapa wali Allah
  32. Iman sayidina abu bakar

Senarai VCD ustaz kazim dalam kategori KITAB MUHIMMAH

  1. 10 golongan yang tidak di terima solatnya
  2. Aurat wanita
  3. Isi neraka
  4. Dosa wanita
  5. Syurga untuk wanita yang mentaati suami
  6. Hubungan suami isteri
  7. Menjaga adab bertandang kerumah
  8. Kebinasaan pada laki-laki yang berkahwin
  9. Pilih laki-laki yang beragama
  10. Adinda kekanda
  11. Isteriku sayang
  12. Cemburu
  13. Mata yang di bakar
  14. Lelaki dayus
  15. 18 golongan yang tidak di terima amalannya
  16. Bomoh
  17. Mengadu domba
  18. Doa anak yang soleh
  19. Pimpinlah tanga ibu bapa masuk ke syurga
  20. Seronoknya berkahwin
  21. Tackle hati isteri
  22. Sabar dengan kerenah isteri
  23. Kahwinlah perempuan kerana agamanya
  24. 8 golongan perempuan yang jangan di jadikan isteri
  25. Beristeri dua
  26. Menyambung hubungan kekeluargaan

senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab Hidayatul Mutafakkirin (tauhid)

1. Sifat-sifat Allah

2. Doa hizbul a’zam

3. Hukum Allah

4. Menyekutukan Allah

5. Qudrat tuhan

6. Iradat tuhan

7. Ilmu Allah

8. Hidupnya Allah dengna ilmu

9. Bagaimana yahudi menakluki kita

10. Kekuasaan Allah

11. 6 cara jin merosakkan manusia

12. Kalam nafsi kalam lafzi

13. Punca kesesatan

14. Mendakwa melihat Allah hukumnya kafir

15. Kesombongan jahiliyah

16. Harus bagi Allah

17. Mumkinat (fitrah)


senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab Bahrul madzi jilid 15

1. Pemimpin yang zalim

2. Harta BM 15-02

3. Fithah wanita

4. Ulama bisu

5. 6 nikmat dnia

6. Marah tabiat anak adam

7. Gengam bara api

8. Peristiwa selepas kewafatan Rasullulah

9. Pagi-pagi beriman petang-petang kafir

10. Bala turun darpada bumbung

11. Berbuat ibadat semasa dalam keadaan huru-hara

12. Tanda-tanda qiamat

13. Zina

14. Arak

15. Mengikut hawa nafsu isteri

16. Derhakan ibu dan ayah mustahil turun bala

17. Perempuan joget

18. Cari redha Allah

19. Kiamat hampir tiba

20. Dajjal

21. 100 tahun dari kurun ke kurun

22. Daulat tuanku

23. Jaga kalam Allah

24. Politik

25. Imam-iman yang menyesatkan

26. Imam Mahdi

27. Turunnya nabi Allah isa

28. Zahirnya dajjal

Bagi yang berminat untuk membeli

bole isi order form yang tertera di atas blog http://firainblink.blogspot.com/ dan klik submit

atau bole emailkan kepada rwe_gsh@yahoo.com

atau boleh PM inbox facebook saya Fira Gujiwa

atau hubungi secara langsung pada saya di 0172215837 (sms sahaja)

sila masukkan nama anda, alamat,email address, no telifon (untuk urusan pos), dan senarai VCD yang di ingini.

harga (tidak termasuk postage)

a)1-10 RM 5

b)11 ke atas RM 5 dan diskaun 10%

harga bagi postage (MENGGUNAKAN POS EKPRESS)

a) 1-4 keping = RM4.50

b)5-8 keping = RM 6.00

c) 9-16 atau 17 (bergantung)=RM 7.00

-ANDA DI LARANG KERAS UNTUK MEMBUAT SALINAN VCD YANG TELAH DI BELI

-VCD INI ADALAH ORIGINAL YANG DI AMBIL TERUS DARI SUPPLIER ALLIASSALAM

-SELAMAT MEMBELI, MENDENGAR DAN MENDERMA

p/s: bagi VCD yang tiada dalam kedai kami dan jika pelanggan berminat untuk menunggu kami akan cuba dapatkan dari supplier.. jadi mungkin ambil 1 atau dua hari pengesahan utk stock dari supplier (aliassalam)



Monday, April 12, 2010

zoo negara (masa untuk merehatkan minda)


depan pintu masuk



p/s: terlalu rugi sebab aku tak bawak lensa untuk jarak jauh so... sangat sayang!!!!!!!


Dah agak lama juga aku tak dapat luangkan masa untuk tengok-tengok binatang dekat zoo negara. Jadi kesempatan yang ada sebelum exam aku pun meluangkan sedikit masa untuk melihat binatang yang menjadi salah satu medium dalam ekosistem kite (hihihhihihi sains la pulak). Dari situ kita akan menilai bertapa besarnya kekuasaan Allah mencipta pelbagai mahluk di muka bumi ini.

Banyak juga benda yang dah bertukar kat zoo ni.. dan 2 jam adalah masa yang sangat sedikit paling kurang 4jam dan lebih adalah masa berbaloi untuk melawat sebab kalau melawat sahaja tanpa ade pengetahuan atau kite pelajari sesuatu kat itu tuh.. rase nye macam takde pulangan. Jadi ambil inisiatif sendiri round seleruh zoo negara amik maklumat yang telah di sediakan kat situ.


ini adalah haiwan yang agak jinak. Kuda pendek. Die ada kawan sekor lagi tapi nyuruk.
Ini dekat dengan children world. Mmg banyak binatang yang kecik dan comel


Ini lake kedua khas untuk burung-burung yang berhijrah. Flamingo dan macam2x jenis angsa dan burung yang ada kat sini




Binatang yang boleh di buat korban. Unta tempat die takde la di pagar sangat. Mungkin unta ini tidaklah bahaya kepada orang ramai. Tapi kita di larang untuk melapasi pagar yang rendah tuh.




Binatang yang menerujakan harimau. Actualy ada tiga spesis harimau yang dah pupus kat dunia
dan di Malaysia sahaja kita cume ada 500 ekor lagi harimau di seluruh Malaysia.
Sikit sangat.


alamak terlupa pulak binatang ini name dia ape. Tapi tgk dari maklumat gigitan dia boleh menyebab kesakitan yang teramat. Dia seakan di asingkan mungkin untuk mengelakkan dari kawan-kawan dia mungkin dia ni terlebih liar kot.




dua-dua tempat ini adalah akuarium khas untuk ikan-ikan. Kite leh tgk ikan dan panguin.
Tapi panguin memang cumil gile.



Tu dia. UHuk kura-kura gergasi. Berat dia boleh capai sehingga 120kg.
Bahagian reptilia ini ada juga biawak, buaya, ular, katak dan iguana.

Pendapat aku tentang zoo negara. Nice place dan patut ada tambah lagi binatang yang pelik2x mungkin yang kita sendiri tak pernah tgk. Ada ruangan baru khas untuk serangga dan butterfly tapi nak masuk kena bayar extra price. Parking lot zoo pun dah di tambah.

Program anak angkat dan sponsor dari mane2x syarikat adalah satu tujuan yang baik. Yela kebanyakkan binantang kat sini di jaga mengikut piawaan mereka sendiri. Pendidikan tentang binatang pun di sediakan terutama untuk mereka yang di bawa khas dari rombongan sekola. Tapi adalah lebih baik kalau ade pemandu pelancong kira penerangan lebih baik dari mulut untuk nampak lebih feel tapi perlu ingat benda itu semua boleh meningkatkan kos.

Kebanyakan haiwan ini aktif bila waktu malam. Tapi kalau bukak zoo pada waktu malam payah plak nak tgk binatang. Pertunjukkan untuk singa laut dan burung kakak tua sepatutnya di lakukan pada weekend lebih baik 3 sesi kesian orang yang terlepas and promotion berkenaan dengan pertunjukkan itu harus la di letak di pintu utama so orang ramai boleh tahu kan??

walaupun banyak benda yang perlu di bayar tapi kami tahu tujuaan nya untuk apa.
tapi pastikan apa yang kami bayar dapat juga pulangan nya. Inisiatip meletakkan derma untuk binatang sepatutnya letak tong besar kat pintu sebelum nak keluar ini letak kat tempat yang kami tak nampak.

p/s: tgk abg coz temankan..

Thursday, April 8, 2010

perpustakaan negara

KENAPA bila kita nak cari bahan atau sudah hampir dengan peperiksaan bangunan perpustakaan menjadi pilihan jawapan nya cuma satu iaitu kita ingin kan ketenangan dalam study dan juga kita tahu tempat perpustakaan adalah tempat di mana orang tahu kita "kena diam" buat-buat bisu, handphone kena silent. Kalau nak cakap dengan member-member kena berbisik kalau boleh taknak ganggu gugat orang lain yang sibuk hendak focus dengan bahan bacaan mereka.

Aku pun tidak melepaskan peluang ambil kesempatan berkunjung ke perpustakaan negara yang dah berkurun aku tak pergi dan jemu dengan library yang ada kat UM tambah lagi kalau jumpe member kat situ langsung tak jadi nak study.

Agak berbeza sedikit dari dulu dan sekarang systme mycard betul2x di praktikkan ape guna ada kad pintar tapi tak pandai yang gunakan.





beroperasi dari 9-am sampai 7 pm setiap hari selasa hingga Ahad (tak bape confirm) dan cuti pada hari isnin memang waktu yang agak pratical tapi kalau lanjutkan sampai 10 malam lagi baik kan..(hehehe)

penggunaan teknology internet free dan juga komputer di sedia kan menarik pelajar-pelajar (yang malas nak pegi cybercafe) lepak kat perpustakaan (rasanye lebih baik)


seperti biasa bila dah habis keliah aku akan bergegas ke PNM ini untuk menelaah pelajaran. (hehehe poyo abes). Setakat 2 hari yang aku pergi cuma hari ini yang masuk hari ketiga tiba-tiba aku rasa ada gangguan kat situ.

Sekumpulan student U kot yang buat discussion kuat-kuat kat situ sedangkan yang lain sedang sibuk menelaah. Bukan tak bagi buat discussion kat situ. Tapi name pun perbincangan wajib la bercakap jadi pilih lah tempat yang bersesuaian jangan ganggu orang lain punya focus. Kita kena tahu kenapa orang datang library bkn hanya sbb kat situ banyak buku tapi sebab kita nk focus dengan bahan bacaan kita.

tapi bila ada segelintir macam ni mungkin perlu pengawasan yang lebih kot. Suwuh makcik guard tegur ke lagi baik. (siap ketawa berdekah-dekah dalam tuh)

Pape pun ade sign tulis kat situ. SENYAP ITU MEMBANTU DALAM PROSES PEMBELAJARAN. kalau nk bising2x pegi study corner.. kat situ boleh buat discussion yang memekik dan borak2x.

Wednesday, April 7, 2010

Tips Cinta: kita lepaskan berlian dan kita memilih kaca

Tiada apa yang mampu di duga dalam realitinya. Malah percintaan itu sendiri aku anggap sebagai risiko si penerima dan pemberi cinta. Jadi bersedia atau tidak redah sahaja apa yang akan berlaku nanti. Tetapi adakah kita mampu melakukannya dan adakah kita mampu menjadi kuat untuk hadapi nya, itu la perkara pokok yang harus kita ambil dan fikirkan sebelum kita membuat keputusan.

Ingat cinta bukan hanya untuk mengisi kesepian.
Cinta juga bukan untuk menjadikan mereka yang konon-kononnya hero menjadi pasangan
Cinta juga bukan untuk di permainkan atau jadi medium untuk membalas dendam

tapi jadikan cinta itu sebagai salah satu benda yang membangkit semangat kita, "menjujurkan" diri kita dan sesuatu yang mampu untuk kita angkat sebagai medium motivasi setiap perlakuan kita.

jadi mana satu definisi cinta yang kita harapkan kita sendiri yang boleh menentukan.

kadang-kadang itu dalam menentukan keputusan sendiri kita seolah-olah tersalah langkah atau sengaja ambil risiko yang di jamin kita boleh rugi sendiri. Tapi atas kehendak, kita hanya lakukan mengikut tahap kepuasan kita sendiri.

"kita dah tahu badan kita besar tapi kenapa kita perlu membeli baju yang bersaiz M atau S"
itu lah di namakan kita sanggup mengambil risiko yang kita memang tahu kita kan rugi. Dengan bahase kasarnya kita ni kurang bijak dalam buat keputusan di tambah keputusan di buat adalah apabila kita dalam keadaan emosi.....

jadi mudahla kita melepaskan kebahagian yang memang lame di bina kemudian masuk ke alam yang belum tentu bahagia.

"aku tinggalkan die hanya untuk cinta pada kamu tapi akhirnya ini yg aku terima"

Senang, itu la balasan yang mampu atau patut kita rasa. Sebelum kita buat keputusan adakah kita benar-benar memikirkan impak dan bagaimana kesan negative pada orang lain. Pedih, sedih, sepi dan kecil hati dan sebagainya pada kita?? tidak!! yang kita tahu tujuan dan matlamat kita tercapai dan kita biarkan mereka yang mengharap masih meratap merayu pada kita. Jadi mungkin apabila kita sudah tersalah langkah kita kena pikir balik tentang perbuatan orang lain pada kita dan baru la kita boleh mengomel dengan tindakan orang lain pada kita..

kita mungkin boleh jadi dewasa apabila kita mampu untuk memikirkan buruk baik setiap tindakan yang kita lakukan bukan hanya dalam membuat keputusa even nak mandi sekali pun kita boleh pikir tentang buruk baik dari mandi itu.



Tuesday, April 6, 2010

me with camera (latest)

My Photos | shoot (canon video cam) | fira_gujiwa



cemburu


Cemburu kadang-kadang itu kita akan terpikir dimana sudut positive nya cemburu ini.
Apa yang pasti kalau kita sering mengatakan kita cemburu sudah pasti pemikiran orang yang mendengarnya kearah negative.

Begitu juga dalam perhubungan tiadak kiralah samada di kalangan kawan-kawan atau kekasih sendiri cemburu itu tidak asing lagi. Jadi tidak mustahil kita dengar kata-kata yang membawa cemburu itu ke arah positive

"takpe kau cemburu.. cemburu tu tanda sayang."

"u tahu kan i jealous ngan u sbb i sayangkan u"

tapi sejauh mana perasaan cemburu itu betul-betul membawa kepada "sayang" yang di katakan tadi??

memandangkan aku insan biasa, dan pernah melalui perasaan yang begitu susah untuk di control dan susah untuk di nyorokkan, kadang-kadang perhubungan aku dengan si dia seolah-olah menjadi 'kurang baik' akibat perasaan cemburu ini.

tapi dari mana datangnya cemburu ini

pertama bile di selidiki perasaan cemburu ini hadir kerana kita kurang percaya dengan pasangan kita.

"kenapa dia layan gurl tuh lebih dari die layan i"

kenapa kita kurang percaya dengan pasangan kita??? sebab kita belum mengenali sepenuhnya pasangan kita.. adekah die betul-betul akan berlaku curang dengan kita atau tidak?? kita tidak atau belum mengenalinya.

tapi bagaimana jika pasangan kita yang cemburu dengan kita??
suka?? atau rimas??

aku percaya pada awalnya kita akan suka dengan tindakan pasnagan kita. Yelah cemburu tanda sayang... tapi kalau tiap-tiap hari berjumpe berkata benda yang sama.. adakah kita 'terlebih suka?' kita kena pikir balik.

"kalau cemburu itu tandanya sayang.. abes kalau tak cemburu tak sayang ke??"

Monday, April 5, 2010

kahwin part 2

sebelum ni aku pernah post tentang beberapa perkara yang membuatkan seseorang itu rasa dirinya perlu berkahwin..

tengah-tengah aku bawak kereta menuju ke ampang untuk pegi kedai TM tetibe aku terpikir tentang tujuan hidup aku ni...

dulu pernah aku terbaca salah satu post kawan aku di facebook

"mak.... boleh tak taknak belajar.. nak kawin... nk duduk rumah" kemudian post tersebut di susuli dengan beberapa komen tapi ade salah satu komen dalam post tersebut menarik minat aku..

"ala...penat study beberapa tahun takkan nk kawin terus.. keje dulu woit"

dan aku terus terpikir betul ke tindakan aku untuk menamatkan zaman bujang aku tak lama lagi.

dan adakah aku mampu memikul tanggungjawab aku pada suami.. dan adakah aku mampu untuk tidak mengingkari kehendak suami..dan adakah aku mampu untuk melakukan semua kerja jika aku sudah mempunyai anak..dan yang paling penting cukup ke masa yang aku berikan untuk kedua ibu bapa aku..

dan aku mula terpikir adakah aku dah cukup enjoy sebelum kawin.. adakah aku betul2x matang untuk merasai gelora di alam rumah tangga... dan adakah aku cukup untuk melalui semuanya dalam waktu itu...
dengan perkataan simple.. adekah aku cukup ready dan kuat???

aku sendiri masih keliru.. kehendak kawin itu senantiasa ada.. tapi aku makin takot.

aku betul-betul serius dalam bab ni...
dan kami betul-betul meracang startegi untuk bersama dengan keadaan share is caring and win win situation..

tapi aku sedar KALAU ADE JODOH ADE LA NANTI

Friday, April 2, 2010

PIC BARU YANG PATUT JD PROFILE PIC


HAHAHAHA TAK LEH BUAT PE DA.. BILE PSWRD BETUL2X DA DI TUKAR KAT FB
KEMPUNAN AKU NAK UPLOAD INI PIC ADESSS

PAPE PUN AKU UPLOAD LA KAT BLOG
Related Posts with Thumbnails