link alamat sahabat itu adalah myadha.blogspot
Salam..kita sume dalam bulan Muharram pelbagai peristiwa terjadi dalam bulan muharram terutama nya pada 10 muharram...
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk
renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali
dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
jadi amat di galakkan bagi umat islam untuk berpuasa pada 10 muharram ini...
antara dalil nya
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .
(متفق عليه)
Maksudnya :
Diriwayatkan
daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada
hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ،
صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن
اليوم التاسع
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w :
Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu
dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram
sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.
Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :
Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.
insya-Allah semoga kita mendapat manfaat daripada nya
No comments:
Post a Comment