Kau dan aku
Kematian idrus betul-betul buat hatinye di rundum sedih. Di matikan sekejap kehidupan dirinya dan sedaya upaya membangkitkan semula kehidupannya.
Jika dulu dia hanya melihat orang lain boleh bermain gitar tapi kini dengan hanya berbekalkan satu tahun selepas permegian insan tersayang akhirnya dia berjaya mempelajari apa yang di impikan..
Begitu juga dengan badannya, akibat dari rasa sedih yang terlampau sehingga waktu makan pun Dina mula lupa. Akhirnya badannya kurus melidi sesuai dengan imejnya.
Bukan itu sahaja kenangan kebahagian yang lepas menjadi sandaran pada dia untuk bangkit, hari-hari dia akan membaca sms terakhir dari tunangnya yang selama ini sering memberi motivasi padanya. Malah itu menjadi rutin hariannya.
Kadang-kadang apabila dia terasa rindu dia akan cuba mendail nombor arwah tunangnya. Maka berbunyi la telipon yang tersemat di dalam laci mejanya. Pemberian keluarga arwah tunangnya untuk memastikan Dina tidak terlalu merindui tunangnya. Tapi dalam hati Dina.. hati kecilnya selalu meronta mengharap rindu yang selama ini terpendam mampu di luahkan.. Kadang-kadang die sendirian menghantar SMS “Dina sayang abang.. rindu akan abang tapi abang dah jauh tinggalkan Dina” dan akhirnya air matanya menjadi peneman tidurnya.
Hari ini Dina masuk pertama kekelas music yang sengaja di ambil dalam usia 25 nak memasuki 26 tahun Dina masih tidak mahu bekerja sedangkan sebelum ini di pernah mengambil ijazah tapi tekad dia, dia mahu belajar music. Keluarga Dina tidak pernah menghalang, kerana mereka tahu itu lah salah satu cara untuk Dina melupakan arwah tunangnya. Jari manisnya tidak pernah tertinggal untuk memakai cincin pemberian arwah tunangnya sebagai ingatan yang sentiasa tersemat di dalam hatinya.
Dina gadis lincah menyimpan seribu tanda tanya buat pemuda-pemuda di kolejnya. Watak lincah bersahaja menarik ramai lelaki mendekatinya. Tapi Dina Cuma membalas dengan senyuman. Memadaila, hatinya belum terbuka untuk mendekati mana-mana lelaki. Tapi hatinya terusik dengan satu kejadian yang mungkin membuatkan dirinya menjadi yang lincah menjadi lebih ganas, hatinya yang dulu lembut menjadi lebih panas apabila dia berkenalan dengan seorang pemuda bernama Farid. Pemuda yang menjadi kegilaan gadis-gadis di kolej mereka. Seorang pemuda kaya, kacak, playgirl dan jika ada senarai negative semuanya ada dalam pemuda berkenaan. Perkenalan mereka bermula di Cafe kolej
“Kak bagi air sirap bandung satu” kata Dina lembut, “Kak, saya pun nak sirap bandung juga kasi cepat sikit.. awek cun saya tengah tunggu” arah Farid dengan sombong. Dina memandang dengan penuh rasa menyampah, meluat dengan sikap lelaki terover DIVA tapi dia tidak mahu menunjukkan apa-apa reaksi sehingga la. “Dik ni air adik..” kata pelayan perempuan itu.. belum sempat Dina mencapai air bandung nya itu air tersebut sudah di capai oleh Farid, Dina memandang keras pada Farid, seakan-akan harimau yang mahu menterkam mangsanya. Hanya menggunakan isyarat mata Dina cuba untuk memberitahu rasa kurang senangnya dengan apa yang di lakukan oleh Farid. Namun Farid hanya memandang dan kata “ apa kau pandang aku ada hutang dengan kau”.. Dina rasa tercabar dia merampas semula air bandung tersebut sehingga la ada aksi rampas merampas dan berakhir dengan air tersebut tertumpah ke dua-dua baju Dina dan Farid. Dina rasa begitu geram lalu menampar muka Farid dan berlalu dari situ sambil memesan pada Farid, “ ni balasan untuk orang muka hensem tapi kurang ajar” dan Dina berlalu pergi. Tapi Farid mengetap bibirnya seolah-olah tidak berpuas hati tapi dia mendiamkan dirinya.
No comments:
Post a Comment