Tuesday, May 31, 2011

Kau dan Aku (cerpen bersiri) part 2

“Gila kau Dina, kau boleh tampar muka farid kat depan cafe!!!” jerit Ayu... “ntah.. aku pun tak tahu mana datangnya kekuatan aku nak tampar dia, aku rasa macam dia terlalu over cari pasal dengan aku, apa dia ingat aku ni macam gadis-gadis yang dia try ke??.. memang dia silap orang huh..” jawab Dina sambil menyedut ice blended mocha kegemarannya..

Hari ini dia dan Ayu ke KLCC, hendak release tensen dengan keje kolej yang belambak, lagipun waktu-waktu macam ni la best lepak KLCC snap pic! Kalau jumpe orang bergaya memang tak terpaku matanya memandang. Bukannya miang! Cume teruja dengan orang sekeliling dan mensyukuri nikmat yang ada. Baju kotak-kotak warna pink menjadi pilihan hatinya. Hadiah dari tunangnya Idrus.. seluar jeans lusuh dia sarungkan. Walaupun baju yang dia pakai agak besar sebab dulu badannya agak bulat.. dan kini die kelihatan sedikit selekeh dengan gaya sebegitu. Tapi Dina tidak pernah merungut dengan apa yang dia ada.. Walaupun Dina begitu dirinya tetap nampak cantik beberapa juga lelaki cuba mengoratnya. Tapi hatinya pada arwah tunangnya... Idrus... ‘Dina sayangkan abang sampai bila-bila’

“cantik...”..... “apa en. Amran?? Cantik?? Sapa cantik??” kata Said.. “eh.. takda apa-apa.. saya Cuma melalut.. so kita berbalik pada discussion saya tadi” cover Amran. Padahal matanya tersentuh pada satu wajah lembut, lincah, tegas, sopan dan cantik. Hatinya berdetik ingin berkenalan dengan gadis berbaju kotak pink itu. “en. Amran, kalau takda apa-apa lagi, nanti saya akan hantar dokumen yang en. Amran hendak dari company kami itu ke pejabat en. Amran.” Kata Said.. “hoh.. ok baiklah, nanti you just make appointment with my secretary and thank you” mengakhir perjumpaan dengan client berkenaan dengan bisnes keluarganya. Kakinya laju melangkah ke tempat gadis itu berborak dengan rakannya.. Tapi apabila hampir sampai ke tempat yang di tuju die seolah-olah segan, malu dan tetiba rasa gugup. Jantung rasa hendak pecah berdebar-debar. Eh pesal aku boleh rasa macam ni?? Nape dengan perempuan tu.. cantik.. memang dia cantik.. tapi kenapa aku pula beriya ni?? Aku jatuh cinta ke?? Aku dah mula suka kat perempuan ni ke??

“Encik.. hello encik..eh cik abang oiii... sakit ke??” Dina garu-garukan kepala “En.. abang oiiiiiiiiii!!!” kali ini suara Dina menengking.. “eh kenapa?? Apa dah jadi.. ??” Amran terpinga-pinga.. “huh sedar pun ingatkan dah kena rasuk ke apa tetibe terjegat depan kitorang ni” Dina mencebir dan cepat menarik tangan Ayu beredar dari situ.. dan Amran seolah terpinga dan mula mengejar gadis tersebut.. “cik.. cik.. baju pink... eh cik... kejap boleh saya bercakap sebentar” kaki Amran terhenti.. bila gadis itu mula berhenti dan menoleh memandangnya... “hurmm.. ada apa?? Kalau nak mengorat saya.. mintak maap.. saya janda anak 6, memang Nampak saya muda tapi saya dah nak masuk 35 tahun...” confident.. tapi kawannya Ayu tak mampu nak menahan ketawa.. berdekah-dekah ketawanya.. di depan pintu KLCC itu. Hampeh punya Ayu.. lakonan aku dah tip top dah boleh pulak dia ketawa.. tapi mamat ni hensem boleh tahan..ala lelaki bukan boleh caya sangat.. “hahahaha.. ok baik cik janda anak 6.. saya bukannya nak cakap.. Cuma nk pulangkan ni hah.. beg gitar cik janda anak 6 ni tertinggal tadi” jawab Amran sambil menyindir.. “erk... hehehe maapkan saya.. by the way terima kasih.. and sebagai balasan sudi2x la tengok saya main guitar waktu launch nanti kat depan luar legar KLCC..ada event.. and saya Dina.. encik??”.. malu! Malu aku!!! “saya Amran.. hoh kalau ada kelapangan saya akan tengok, and ini card saya.. Assalamualaikum”... “walaaikumusalam” jawab Dina melihat Amran berlalu pergi.

Related Posts by Categories



1 comment:

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Kegagalan tidak seharusnya membuat kita rapuh .,.
tapi justru itulah cambuk kita menuju kesuksesan.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Related Posts with Thumbnails