Friday, March 6, 2009

peranan media

apa yang mungkin kita akan faham berkenaan dengan media. mungkin yang terlintas dalam fikiran kita media adalah satu platform untuk penyampaian maklumat. mungkin dari satu pihak kepada pihak yang lain. dan media ni mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah media elektronik yang terdiri daripada rancangan di TV, selain itu media cetak itu adalah antaranya ialah surat khabar buku dan sebagai nya..
macam yang telah di beritahu media adalah fungsi utama dalam penyampaian maklumat kepada orng lain. ini boleh di anggap sebagai medium penyampaian.
dalam pelajaran politic saya yang lepas kami di tekankan dengan pelbagai soalan oleh pensyarah kami, yang mendesak untuk kami jawabkan antaranya ialah berkenaan dengan " apakah keburukan yang di bawa oleh media prima( yang utama) pada pembangkang" dan kebanyakan kami trus menyatakan bahawa media2 di malaysia ini kebanyakan di dominasi untuk kepentingan sesetengah parti. dan bukan untuk kepentingan rakyat semata-mata. ada di antara cerita yang di ketengahkan di tapis dan rakyat hanya membaca sebahagian cerita sahaja dari cerita sepenuhnya. Dan persoalannya apakah kepentingan keadaan sedemikian. Melihat kepada persoalan tersebut lantas ada antara kami memberikan jawapan yang mungkin boleh di terima pakai antaranya.. Ketidaksamarataan antara berita yang di sampaikan oleh media adalah untuk memastikan kestabilan dalam perhubungan antara kaum dan untuk memastikan bahawa rakyat malaysia akan terus berpadu. apekah rasionalnya kenyataan ini keluar ini berbalik kepada kematangan rakyat kita di negara kita kita sendiri adakah kita boleh menerima cerita di sebaliknya atau kita memikirkan cara yang baik dalam menyelesaikan nya.. dan itu menjadi persoalannya.. bagaimana kita hendak mengira kematangan rakyat di negara kita.
JIka di lihat perbezaan keterbukaan di negara lain memang di akui di negara mereka memang lebih terbuka kerana rakyat nya juga lebih terbuka. tetapi keterbukaan mereka juga terbatas terutama jika kita membincang isu2 agama yang akan menyentuh sesetengah pihak masih ada relevan kah untuk kita katakan bahawa mereka ini masih terbuka.
dan persoalan kedua yang di tanya ialah "apa manfaat yang kerajaan dapat dalam mendominasi peranan media" kalau hendak jawab dengan mudah atau jawapan budak sekolah mesti la kita akan cakap dapat pengaruh rakyat. tapi apabila kita lihat kembali jawapan itu tidak lagi boleh di terima pakai seratus peratus. melihat kepada situasi sekarang rakyat sudah mula terfikir terutama lagi sejak tahun 1998 di mana satu isu besar telah melanda negara dan sejak itu rakyat mula terfikir akan peranan media yang melampui batas dalam menyalurkan berita dan sejak itu media yang di dominasi oleh kerajaan di jadikan bahan bandingan antara media dari pembankang dan juga dari alternatif lain.
sejak bila media di jadi kan propaganda dalam politik ini di lakukan oleh pemimpin yang lepas2 kerana melihat kepada keterbukaan media ini menjadi mereka seolah2 "besar kepala" sedangkan mereka di pimpin. jadi semenjak itu peranan media di ubah menjadi satu modul dalam mempengaruhi pemikiran rakyat pada umum nya.
tertarik dengan pertanyaan kawan saya bob di myspace. "melihat pada rancangan awani berkenaan dengan media cetak dan blog" dua-dua nya adalah media. tetapi pencetakan mungkin lebih besar di dominasi oleh parti politik. tetapi blog lebih terbuka penggunaannya. dan adakah sumber2 nya lebih berbentuk fitnah. jawapannya mudah ikut kepada pembaca. jika pembaca itu jenis yang suka bersikap rasional akan mencari fakta dan baru membuat keputusan dan kesimpulannya mana-mana media boleh mengada-ngadakan cerita dan nak percaya atau tidak terpulang kepada orang yang membaca.
selain daripada itu, jika kita lihat situasinya, adakah patut Harakah menyediakan satu ruang khas untuk meceritakan tentang kebaikan yang di buat oleh kerajaan??? mungkin ini adalah salah satu idea yang mungkin takan di terima pakai kerana itu la satunya bahan mencetak yang di buat oleh PAS sedangkan banyak bahan bacaan telah di dominasi oleh kerajaan kenapa perlu di letakkan ruangan berkenaan dengan kerajaan.???

jadi hal ini akan di lanjutkan lagi pada masa akan datang heheheheheeh

Related Posts by Categories



3 comments:

muSHANG said...
This comment has been removed by the author.
muSHANG said...

uiks ambik sains politik lur kamo br sesuai eh

fira gujiwa said...

erk mmg amik major politic pown

Related Posts with Thumbnails