Seperti yang tertulis dalam buku tersebut buku ini khas atau sesuai pada anak-anak muda yang nak mengetahui tentang perjalanan politik dalam Negara kita.
Lebih mudah untuk aku katakan buku ini adalah bukan hanya luahan rasa bagi beliau tetapi bagi aku juga terhadap budaya politik dalam Negara kita ini. Sayang sekali apabila ramai teman-teman aku tak kira la di myspace, frenster atau facebook malah di YM sekali pun tidak begitu berminat mengetahui nya. Aku tidak menyalahkan mereka. Mungkin mereka berminat tapi melihat kekotoran yang ada dalam politik ini terus membuatkan mereka mual untuk memperkatakanya. Tapi bagi aku yang amat meminatinya politik kerana ianya boleh menunjukkan budaya dalam masyarakat politik ini asam garam dalam hidup dan tak salah untuk mengetahui berkenaan dengannya. Bagaimana pemimpin menjadi harapan rakyat menjadi model pada mereka. Aku tidak bermaksud untuk memarahi sikap teman-teman yang sebegitu malah aku
Buku ini juga ada menceritakan bagaimana untuk membentuk melayu yang lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan sepenuhnya. Selain daripada banyak perkara yang sama dengan pikiran aku di terjemahkan dalam buku ini. Tiada niat di hati untuk mempersoalkan tentang DEB yang tamat pada tahun 1990 yang sekarang di kenali sebagai DPN tetapi rasional nya terhadap DPN seolah-olah tidak berkesan. Apa yang di lihat sekarang ianya lebih berbentuk perkauman. Semuannya terdapat dalam buku ini. Aku bukan tidak berkata DEB itu tidak bagus. Malah aku bersyukur dan boleh katakana DEB itu amat membantu terutama keluarga aku. Kalau tidak mungkin aku sekarang masih duduk di rumah setinggan. Tetapi kerasionalnya perlu di kaji semula. Kalau tak sampai bile kecekapan melayu dalam kemahiran kita nak perolehi.
Masalahnya dalam Negara kita ini banyak perkara-perkara telah kita takuti seperti “abisla kita kalau cina yang memerintah” padahal mereka itu adalah salah bangsa di dalam Malaysia mengapa perlu kita takut sepatutnya kita takut dengan pendatang asing yang belum tentu mempunyai kerakyatan dalam Negara kita. Mereka(org cina) bukan boleh kembali ke Negara mereka. Dan contoh yang paling baik dalam buku tersebut di mana beliau menyuruh kita bayangkan bahawa kita ini adalah pendatang tanah melayu yang duduk di Negara china selama 100 tahun lama nya. Adakah kita suka Negara kita mempunyai sifat perkauman dengan melebihkan sesetengah kaum sahaja. Rase nye kita juga akan memberontak.
Orang cina dan
Tiada niat untuk saya katakana melayu itu tidak baik, tetapi segelintirnya suka mengambil kesempatan. Saya dan keluarga pernah di tipu sewaktu mengubah suai rumah dengan orang melayu. Niat di hati nak Bantu bangsa sendiri tapi pulak kena Bantu diri sendiri. Bila orang tahu buat rumah kita pun sama nk buat rumah. Tapi bocor sane bocor sini pintu rumah tak siap tandas bocor. Atap bocor. Memang la harga adalah harga kawan-kawan tapi kos membaiki nya dan tahap keselesaan malah hal kepercayaan tak boleh di beli dengan kata harga kawan-kawan. Baru-baru ini kami membeli sebuah rumah lagi dah ingin mengubah suainya. Dan satu ayat mudah pada ayah saya. Pilihla orang yang boleh buat rumah ini dengan betul2 dan ada jaminan biar mahal sikit asal hati tak sakit.