hati hanya bersuara.. dan mulutku cuba mengiyakan kata.. tangan ku mula melakarkan apa yang ada.. dan mula la aku bercerita PERHATIAN!! TEMPAHAN VCD USTAZ KAZIM DAN AZHAR DI BERHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU AKIBAT KEKANGAN KOMITMEN KERJA YANG LAIN.. ANDA BOLEH SINGGAH KE KEDAI KAMI DI TAMAN GREENWOOD GOMBAK (BAHARUDDIN BOOK STALL) PENJUAL BUKU, MAJALAH, VCD AGAMA.. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA (ANAK BELIAU -FIRA) UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MAAF ATAS KESULITAN YANG DI HADAPI
Tuesday, March 22, 2011
aku adalah aku
Saturday, March 19, 2011
peristiwa Chernobyl 1986
Chernobyl (disebut /tʃɚˈnoʊbəl/ chur-NOBLE; Rusia: Чернобыль, Templat:IPARus;[1] Bahasa Ukraine: Чорнобиль IPA: [tʃɔrˈnɔbɪlʲ]) merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine dalam provinsi Kiev, berdekatan sempadan Belarus (51°16′N, 30°13′E). Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 tercemar di dunia.[2]
Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia,Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.
Loji Nuklear Chernobyl terletak di daerah Chernobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandarPrypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.
Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka. Sebelum ditinggalkan, bandar ini didiami oleh sekitar 55,000 penduduk.
Sejarah
Chernobyl mula dicatat pada 1193 sebagai tempat pemburuan dan bangsal pembalak oleh Putera Rostislavich. Ia menjadi kampung diraja bagi pemerintah Lithuania pada abad ke-13. Bandar ini dianugerahkan sebagai fiefdom kepada Filon Kmita, kapten dalam kalvari di-Raja, pada 1566. Daerah yang mengandungi Chernobyl dipindahkan ke Kerajaan Poland pada 1569, dan kemudiannya diserap oleh Empayar Rusia pada 1793. [3] Sebelum abad ke-20 Chernobyl diduduki oleh petani Ruthenian dan Poland, dan sejumlah besar masyarakat Yahudi.
Chernobyl mempunyai sejarah keagamaan yang kaya. Kaum Yahudi dibawa masuk oleh Filon Kmita semasa kempen koloni Poland, termasuk Hasidim termasuk juga Yahudi Ortodoks yang lain. Petani Ukraine Kristian Ortodoks Timur daerah ini kebanyakannya dipaksa oleh Rusia untuk menganut Katolik Greek selepas 1596, dan kembali ke Ortodoks Rusia hanya selepas penyatuan Ukraine dengan Rusia.
Gereja dan biara jurusan Dominican diasaskan pada 1626 oleh Lukasz Sapieha, pada kemuncak reformasi-balas (Counter-reformation). Terdapat sekumpulan Katolik Tua, yang menentang dekri Council of Trent. Biara Dominican diambil alih pada 1832, dan gereja Katolik Tua dibubarkan pada 1892.
Semenjak 1892, Chernobyl melalui turun naik. Pada 1898 Chernobyl mempunyai penduduk seramai 10,800, termasuk 7,200 Yahudi. Semasa Perang Dunia I kampung ini dijajah dan selepas itu melalui Perang Saudara antara Bolshevik dan Ukrainian. Semasa Perang Poland-Soviet 1919-1920, ia pada mulanya ditawan oleh Tentera Poland kemudian oleh kalvari Askar Merah. Semenjak 1921, ia dimasukkan kedalam SSR Ukraine[3].
Dalam tempoh 1929–33 Chernobyl banyak menderita akibat pembunuhan beramai-ramai semasa kempen pengumpulan Stalin, dan kebuluran Holodomor yang berikutnya. Masyarakat Poland Chernobyl dipindahkan ke Kazakhstan pada 1936 semasa Pencucian Sempadan (Frontier Clearances). Masyarakat Yahudi pupus semasa penjajahan Jerman 1941–44.[3] Dua belas tahun berikutnya, kawasan ini dipilih sabagai tapak stesen nuklear pertama di Padang Rumput Ukraine.
Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, Chernobyl menjadi sebahagian Ukraine, negara merdeka.
Malapetaka reaktor nuklear Chernobyl
Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.
Masaalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya, kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer dibut semula gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.
Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan, yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu, dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sejauh sehingga Belarus.
Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu tercemar dipersalahkan bagi penyakit kanak-kanak seluruh Eropah.
Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Logi Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.
sumber dari wikipedia..
huhu bukan malas nk buat hasil sendiri nanti penerangan jadi lain plak.. hehehe :)
ada satu blog tuh die senaraikan antara gambar2x yang di ambil setelah 25 tahun kejadian tersebut..
SOURCE : http://totallycoolpix.com/2011/0 ... ars-later/#more-417
25 Years ago Chernobyl was headline news. On April 26th 1986 at 1:23 A.M. reactor number four at the Chernobyl nuclear power plant, near the town of Pripyat, ruptured a vessel during several extreme power spikes. Several explosions followed and these caused the graphite moderator components of the reactor to be exposed to air, setting them on fire. The fire sent a plume of radioactive fallout into the atmosphere. It drifted over large parts of the Sovjet Union and Western Europe.
50 People died as a direct result of the disaster and it is thought up to 4000 people have died as a result of being exposed to the radioactive materials which entered the atmosphere. Over 350.000 were evacuated from contaminated areas around Russia, Ukraine and Belarus. In 2011, 25 years later, the area surrounding Chernobyl still looks like a ghost town.
Fan of TotallyCoolPix David Schindler went to Chernobyl and took these amazing photos which will take you right back into time to 1986.
Photos by David Schindler.
so korang kalau rajin leh la jengah2x bencana yang berlaku akibat daripada nuklear..
ada spekulasi menyatakan pembinaan nya tidak ikut prosedur.. papepun tenaga nuklear mmg membawa manfaat terutama dalam jana tenaga elektrik.. tapi boleh juga bawa bencana yang besar terutama jika seperti berlaku di jepun dan juga atas kesilapan teknikal kita sendiri..