Thursday, December 12, 2013

"bersalin awal" 18weeks 5 days single pregnancy (cervical incompetence- rahim lemah)- PART 3

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani..

bersambung semula..

Actually bukan mudah untuk face it kehilangan..
kadang-kadang bila perut meletup sbb angin rasa mcam baby kick..
dan mula air jernih mengalir..

and paling teruk bila tahu my sister in law lepas bersalin.
I hold my husband hand.. and cakap let try.. fira nak baby sangat.. and menangis..

Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa kami.. lepas 2 cycle period aku di sahkan lagi pregnant which is EDD sepatutnya nov 2013..
jaga betul.. ikut nasihat.. suruh pergi hosptal swasta.. yes aku pergi..
cuma aku tak pergi kat KK..

ubat kuatkan rahim semua nya makan...
tapi satu benda yang aku tak tahu aku tak leh jalan banyak..

nak di jadikan cerita aku kan keje dalam industri oil and gas..
so tetiba tahun ni ada confrence dekat KLCC.. oke company dah pindah tempat dari bangsar ke jalan ampang..
so dari jalan ampang nak ke KLCC convention centre tak la jauh jalan kaki mmg lepas...
dan itu silap aku..
aku gigih jalan kaki....

gigih sangat... sampai la aku rasa bawah belah kiri aku mencucuk bila balik dari keje..
3 hari confrence tapi aku pegi 2 hari je..

lepas tuh bertembung plak kenduri sedara of coz la kena duduk lama umah sedara
and last...
hari selasa malam.. aku rasa lain mcm

tak tahu la kenapa teringin sangat nak makan eskrem kelapa beriya mak metua aku cari eskrem kelapa

dalam pukul 4.00 pagi.. aku tersentak.. sbb rasa nak kencing yang tak mampu nk tahan..
lepas tuh aku rasa mcm sengugut...

and mcm ada darah sket kat underware..
aku kejutkan husband kata something wrong.. ktorng pun bergegas ke GMC tempat ktorng checkup bulan2x..
kebetulan doc takde..
so call gmc.. and dorng kata tak leh terima any case kalau tak cukup bulan..

last2x ktorng pegi hospital selayang..
and fast treat.. rasa nak kencing lagi.. and aku pun kencing..
kat fast treat ni doc tekan kat bahagian kiri.. "sakit tak.." doc tanya...
"sakit doc..sakit"

terus warded.. husband setia menanti..
waktu itu husband still masih bole buat aku ketawa.. lepas naik atas wad 11... mmg contraction makin kuat. 5 minit.. less than that... tapi aku mampu bertahan.. mungkin dah pernah merasa seblum ni

masuk dalam treatment room.. untuk check.. doc scan..
rahim dah kosong.. baby dah kuar sepenuhnya..
actually aku duk atas katil.. aku terus tanya doc mcm ne nak stop contraction.. hope baby mampu bertahan..
sbb tuh doc bg jawapan suruh tgk scan..
and tgk baby dah takde kat rahim

so anytime aku baby bole kuar.. contraction makin kuat.
and aku naik wheel chair sbb doc nak bg katil..
tetiba.. aku rasa mcm nak terkencing.. and tak dapat nk tahan.. and.. aku jerit panggil doc.. kate aku dah terkencing.. actually tuh bukan kencing tapi darah..
terlalu banyak..

doc berlari bawak aku balik kat treatment room..
doc pakar datang.. berlari.. and banyak doc cuba membantu..

and 2 kali push baby aku keluar...
still breathing.. aku dah menangis... menangis sekuatnya..
doc tanya nak tengok tak.. aku tak mampu nk tahan air mata lagi kuat aku menangis...
"saya tak sampai hati doc.. tak sampai hati.."

doc panggil husband.. untuk tgk baby.. baby still breathing..
doc sedaya upaya keluarkan uri...
and lepas dah keluarkan uri aku request nak tgk baby..

doc hulur baby..
and tanya "baby puan lelaki ke perempuan"
"lelaki" aku cuba pegang dia.. kulit dia lembut masih nampak salur darah urat2x merah kat kulit dia..
air mata aku tak mampu bertahan lagi... aku menangis... "maap mak ye sayang... rahim mak tak kuat"
(aku ngah taip ni pun menangis)

kami terima dengan redha..
lepas investigate janin takde pape masalah...(takde jangkitan kuman dan sebagainya)
so doctor conclude kan aku sebagai cervical incompetence..

sepanjang duduk di wad.. bila malam tiba.. husband takde..
aku menangis.. aku bukan orang yang kuat...
aku tanya.. ape yang tak kena dengan diri ini.. apa puncanya.. segala peristiwa bermain di kepala..
sampai la ada doc datang amik darah nampak aku nangis..

"puan sabar la puan.. insha-Allah ada rezeki lagi ye"

esknya doctor lain plak yang datang...

"puan oke.."

soalan mcm tuh pun boleh buat aku menangis..

"doc sya dah tak mampu dah... kenapa dengan saya.. saya sedih sangat doc"

doc pegang tangan... cuba untuk tenangkan aku..

"puan.. sabar la puan.. lepas ni kita akan pantau puan.. mmg la sedih anak kan puan.. puan jangan dengar cakap orang.. lepas ni puan bole pregnant balik.. anytime.. lepas tuh cepat2x datang hospital supaya kita boleh pantau keadaaan puan.."

aku amik kata2x doc tuh sebagai kata2x semangat untuk ber TTC lagi...

kami cuba... dan cuba...

















Tuesday, December 10, 2013

"bersalin awal" 25 weeks kembar (twin) - Abbas dan arshad (cervical incompetence- rahim lemah)- PART 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani..

Hampir 4 bulan blog ni tiada kunjungan..

Alhamdulillah.. Allah beri kami rezeki lagi.. kini kandungan kami mencecah 20 weeks 3 days..

insha-Allah...

sambungan kisah yang lepas...

Abbas mampu bertahan 2 jam lepas di lahirkan.. hasil perbincangan dengan doc pakar kanak-kanak.. mereka tak mampu nak tambah dos ubat lagi kepada abbas..
pergila nak...Mak redha..

Arshad mampu bertahan sehingga 1 hari..
esknya tengahari Arshad meninggalkan kami. sempat juga melihat kakinya bergerak di akubator..
Kami redha..

Mereka disemadikan di kubur sebelah menyebelah..

berpantang seperti biasa.. doc takde ckp ape2x terlalu awal untuk buat ramalan..

so berpantang la sehingga 2 bulan.. and januari 2013 masuk kerja semula..

andddd we start to TTC again.. never give up....

Wednesday, August 21, 2013

"bersalin awal" 25 weeks kembar (twin) - Abbas dan arshad (cervical incompetence- rahim lemah)- PART 1

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

Bila tahu diri ni pregnant serious happy.. happy sangat..
Kalau balik kerja naik kereta tuh selalu usap perut borak2x.. and yang best bila rasa first kick baby.. tapi time tuh tak pernah terfikir baby kembar..

Bila scan mesti nampak sorang je.. 2-3 kali scan nampak sorang je..

tapi bila 20 weeks di masukkan ke hospital sbb leaking or tak sedar itu air kencing bermula la tahu rupa-rupanya kembar...

20 weeks admit hospital

Actualy hari tuh balik kerja macam biasa.. bawak kereta lepas je raya tak larat nak naik lrt tercungap2x naik jejantas tuh
last2x decide bawak la kete even kena bangun awal pagi smpai office awal siap bole solat subuh kat office lagi and tidor... tapi sbb taknak la pouch card ni jadi merah.. kita pun datang awal.

Balik rumah borak-borak dengan mak tetiba rasa ada air mengalir.. mintak izin mak nak naik bilik and tgk tak smpai ke blik air mengalir je..
Husband balik and mengadu husband.. tapi decide tak pergi pun hospital bila jam dah pukul 4 pagi this happen again time ni terus jerit kat husband and terus ke ward kecemasan..

Masuk dalam ward,, pagi tuh dalam pukul 8 baru la ada details check up dari pakar o n g

doc "ape masalah awak ni"
"ntah tak tahu leaking kot doc"
doc "hoh baby twin"
"hah?? twin?? tak la.. sorang jela.. scan pun sorang"
doc "twin la... bape kali awak scan.."
"eh doc betul la single.. 3 kali scan nmpak single je"
doc " tak percaya pula... ni hah.. meh sini tgk two head kat tempat scan ni... ni baby satu ni baby dua"
"hah?? eh betul ke doc.. betul ke.. oke ke baby saya.. oke ke?"
doc " eh sabar.. excited ek?? nanti kita tgk satu2x"

perasaan time tuh Allah je yang tahu.. mmg mulut ni and suami tak pernah lepas kata anak kami kembar.. kembar dan kembar.. bile awal2x mengandung.. Allah makbulkan juga

waktu minggu di hari kejadian saya bersalin awal

25 weeks

deman.. batuk.. tuh dah salah satu sign yang tak brape bagus.. muntah saat 25 weeks mmg menyakitkan..
Jumaat plak dapat tahu husband kena heart attack.. nak cari husband satu hospital selayang tuh tak dapat...
menangis saya kat kecemasan tuh..sbb dengan tekanan kat perut Allah je tahu and nak cari husband lagi..

And sabtu tuh...
saya cakap ngan husband saya tak tahan la.. nak pegi kinik.. badan seram sejuk.. yes husband bawak pegi klinik tapi saya tak sempat nk scan sbb tgk doc lelaki..
time tuh firasat saya dah lain sbb perut rasa mcm keras semacam.. should be perut rasa soft bila pegang even kita pregnant...tapi kali ni tak
petang tuh makan ubat , dengan tak dinner saya terus tidor.. and bagun pukul 9 malam lebih kurang..
turun bawah rumah tgk mak metua simpankan saya 3 ulas durian.. saya makan 3 ulas durian tuh rezeki abbas and arshad..

tiba-tiba kaki jadi seram sejuk.. sejuk yang tahap menngigil.. saya panggil husband request bawakkan selimut tebal.. tak mampu bertahan mengigil sya thap tak leh nk berjalan and pegang barang.. dengan gigi pun mengigil.. sya baring kat kusyen...

tetibe jadi badan jadi panas.. sye ckp ngan husband... abg badan panas.. husband setia menanti kat sblh..
amik cooler fever letak kan dahi.. amik kain sejuk letak tak perut.. time kain letak kat perut rasa mcm sepuluh pisau tusuk ke dalam badan sbb terlampau panas tak sanggup nk rasa sejuk...
keadaan ni berlanjutan sehinggai esknya..

husband mandikan saya setelah di paksa.. saya menangis dalam toilet tak tahan saya sejuk.. sejuk Ya Allah.. tak tahan saya..
akhirnya cotraction itu datang... beberapa hari seblm tuh husband ada ckp "kak fida dulu nak branak rasa mcm nak buang air besar tapi tak keluar"
yes itu yang saya rasa.. nk buang air besar tapi bukan nak buang air.. rasa sengugut semakin menjadi2x.. husband bgtau... mentua.. and we rush tuh klinik berdekatan utk confirmkan ini contraction or perasaan demam je

Yes.. doc sahkan ni contraction.. husband rush pegi hospital selayang..

dalam perjalanan.. saya tak henti2x menangis .. sakit bersalin, first time seperti tak di sangka.. dan tak di jangka..
"mak.. sakit mak.. ayah.. sakit ayah"
itu ayat yang keluar selain "Allah.. Allah.. Allah"
sampai kat hospital terus ke tempat bersalin..

Kat situ husband bertekak pulak dengan nurse sbb tiada buku merah.. tapi saya masih bawak kad putih utk check up pakar selayang..
sampai nurse tuh kena tengking baru di benarkan..

sampai kat tingkat 5.. fast treat mmg ada doc india... and nurse.(tgh mengandung juga) mintak saya kencing untuk amik sample..
sempat juga ke toilet..

will sambung.. nextt....


Wednesday, August 14, 2013

TERDETIK BERCERITA SEMULA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi yang Maha Mengasihani..

Niat.. niat sesangat... Al kisah.. tengah busy duk melayan kerenah company oil and gas malaysia ni.. (biasa la.. documentation.. MTC and bla.. bla,, ) terdetik pulak naik taip google search Aku Mula Bercerita..

Eh.. baru perasan dah lama tak update.. tengok belah kanan..tgk siapa yang rajin jengah..

Faham,.. sefahamnya.. sure la orang nak cari vcd kan..
tapi sayang.. blog saya di jengah tapi saya tak dapat nak bg komitmen jualan.. Alahaiiii sayangnya...

Alhamdullilah.. lepas berhenti dengan sonoco saya beralih arah pulak kerja di SBN Industries. Salah satu maufacturing company utk support oil and gas industries..

Kerja nampak mudah.. tapi awalnya.. nampak susah.. eh macam mane tuh..

Yerla kerja buat quotation.. price dalam system yang nayanya.. bila kita salah bagi atau offer barang.. mmg bole mengundang bahaya! dan kerugian..
Kerugian takpe lagi.. yang bahaya tuh tak semua orang mampu bertanggungjawab..

Ok.. stop pasal kerja...

Alhamdullilah saya selamat bernikah pada 26 Mei 2012, dan di kurniakan 3 orang anak syurga.. first pregnancy dengan twin (04 Nov 2012).. kedua2xnya lelaki.. dan second pregnancy single (12 June 2013).. boy juga..

syukur sangat pencapaian yang ada takat ni..

Insya-Allah saya akan sambung what happen dengan anak-anak syurga saya..

Insha-Allah mereka di syurga sekarang

Arshad, abbas dan daniel..







bila dah kahwin

Assalammualaikum...

Maaf di pinta.. hampir 2 tahun juga tak jengah blog yang sedia ada ni.

Ya Allah.. terasa diri begitu busy dengan kerja di SBN INDUSTRIES sebagai sales. Plus tahun 2012 berkahwin memang kekangan waktu itu seolah2x di buat..

Salah sendiri sebenarnya.. at least 10 minit pun mampu untuk update blog.. tapi diri tak mampu nak mencuri masa..
Salahkan masa lagi.. alahai fira!!!

Terima macam- macam sms order vcd.. tapi tak mampu nak tunaikan.. tempat kerja tak berapa dekat dengan pej pos jadi tak boleh nak bg komitmen buat penghantaraan..

Ada juga tanya alamat ustaz kazim.. saya jawap tak berhubung secara langsung..

Alhamdullilah.. reset password dapat la berblog semula..

macam2x cerita..
tapi biar la saya mulakan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani...


Related Posts with Thumbnails