Monday, April 12, 2010

zoo negara (masa untuk merehatkan minda)


depan pintu masuk



p/s: terlalu rugi sebab aku tak bawak lensa untuk jarak jauh so... sangat sayang!!!!!!!


Dah agak lama juga aku tak dapat luangkan masa untuk tengok-tengok binatang dekat zoo negara. Jadi kesempatan yang ada sebelum exam aku pun meluangkan sedikit masa untuk melihat binatang yang menjadi salah satu medium dalam ekosistem kite (hihihhihihi sains la pulak). Dari situ kita akan menilai bertapa besarnya kekuasaan Allah mencipta pelbagai mahluk di muka bumi ini.

Banyak juga benda yang dah bertukar kat zoo ni.. dan 2 jam adalah masa yang sangat sedikit paling kurang 4jam dan lebih adalah masa berbaloi untuk melawat sebab kalau melawat sahaja tanpa ade pengetahuan atau kite pelajari sesuatu kat itu tuh.. rase nye macam takde pulangan. Jadi ambil inisiatif sendiri round seleruh zoo negara amik maklumat yang telah di sediakan kat situ.


ini adalah haiwan yang agak jinak. Kuda pendek. Die ada kawan sekor lagi tapi nyuruk.
Ini dekat dengan children world. Mmg banyak binatang yang kecik dan comel


Ini lake kedua khas untuk burung-burung yang berhijrah. Flamingo dan macam2x jenis angsa dan burung yang ada kat sini




Binatang yang boleh di buat korban. Unta tempat die takde la di pagar sangat. Mungkin unta ini tidaklah bahaya kepada orang ramai. Tapi kita di larang untuk melapasi pagar yang rendah tuh.




Binatang yang menerujakan harimau. Actualy ada tiga spesis harimau yang dah pupus kat dunia
dan di Malaysia sahaja kita cume ada 500 ekor lagi harimau di seluruh Malaysia.
Sikit sangat.


alamak terlupa pulak binatang ini name dia ape. Tapi tgk dari maklumat gigitan dia boleh menyebab kesakitan yang teramat. Dia seakan di asingkan mungkin untuk mengelakkan dari kawan-kawan dia mungkin dia ni terlebih liar kot.




dua-dua tempat ini adalah akuarium khas untuk ikan-ikan. Kite leh tgk ikan dan panguin.
Tapi panguin memang cumil gile.



Tu dia. UHuk kura-kura gergasi. Berat dia boleh capai sehingga 120kg.
Bahagian reptilia ini ada juga biawak, buaya, ular, katak dan iguana.

Pendapat aku tentang zoo negara. Nice place dan patut ada tambah lagi binatang yang pelik2x mungkin yang kita sendiri tak pernah tgk. Ada ruangan baru khas untuk serangga dan butterfly tapi nak masuk kena bayar extra price. Parking lot zoo pun dah di tambah.

Program anak angkat dan sponsor dari mane2x syarikat adalah satu tujuan yang baik. Yela kebanyakkan binantang kat sini di jaga mengikut piawaan mereka sendiri. Pendidikan tentang binatang pun di sediakan terutama untuk mereka yang di bawa khas dari rombongan sekola. Tapi adalah lebih baik kalau ade pemandu pelancong kira penerangan lebih baik dari mulut untuk nampak lebih feel tapi perlu ingat benda itu semua boleh meningkatkan kos.

Kebanyakan haiwan ini aktif bila waktu malam. Tapi kalau bukak zoo pada waktu malam payah plak nak tgk binatang. Pertunjukkan untuk singa laut dan burung kakak tua sepatutnya di lakukan pada weekend lebih baik 3 sesi kesian orang yang terlepas and promotion berkenaan dengan pertunjukkan itu harus la di letak di pintu utama so orang ramai boleh tahu kan??

walaupun banyak benda yang perlu di bayar tapi kami tahu tujuaan nya untuk apa.
tapi pastikan apa yang kami bayar dapat juga pulangan nya. Inisiatip meletakkan derma untuk binatang sepatutnya letak tong besar kat pintu sebelum nak keluar ini letak kat tempat yang kami tak nampak.

p/s: tgk abg coz temankan..

Related Posts by Categories



No comments:

Related Posts with Thumbnails