Showing posts with label CINTA DAN PERHUBUNGAN. Show all posts
Showing posts with label CINTA DAN PERHUBUNGAN. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

the first step (part 1)

waktu tu aku tak tahu kenapa dengan mood aku..

angin, panas baran.. sampai semua benda aku pertikaikan.. satu persatu.. bab sensitif atau pun tidak.. aku main langgar yang penting aku dapat luahkan..

and last "abg tahu macam nak mula.. dan jangan la mendesak"

ok.. lepas tu aku diam tak tanya apa2x.. tapi... bila bergaduh aku akan tanya benda yang sama

"abg serius ke tak ngan fira ni??, kalau nak memain tak yah la mcm ni"

tahun 2008 adalah tahun permulaan.. tahun 2009 tahun dugaan... tahun 2010 tahun dugaan plus keseriusan...

akhirnya.. tahun 2010 first time aku tunjuk dia dekat famly aku time kenduri cukur jambul anak buah aku...
sebelum ni takde. bukan aku tak serius tapi aku tak nak la mak ayah aku cakap bukan2x pulak.. lepas sorang lelaki ke lelaki yang lain.
time raya.. die datang juga kat rumah itu pun setelah di paksa.. nasihat percuma lelaki mmg paling benci kalau di paksa.. tapi dorng ni mmg suke main2x..

bile tgk mak aku.. dan ayah aku ok.. (sbb aku paling takot ayah aku.. sbb dulu ada kes ayah aku check hp aku.. meraung aku time tuh baru abis spm.. sejak tuh aku tak brani nk bukak sound hp kuat2x.. heheh trauma!!!)

lepas tu en azhar ada suruh aku inform kat mak n ayah aku yang time raya haji die nk bincang something
nak di jadikan cerita time raya haji bole plak en azhar lepak rumah acu (adik perempuan ayah aku)..
tahu tak acu aku ckp ape (first time tgk aku bawak someone jumpe die) so nampak sgt la en azhar ni seorang yang special bagi aku..
but acu aku kata aku ni cepat moody.. aku bkn nye apa.. kadang2x tuh aku kena bersikap tegas memandangkan budak2x ssh nk hormat org tua. kadang2x aku lebih suka jadi garang biar orang tahu sket.. nk kata aku ni mak tiri ke ape ke aku tak penah kisah sbb aku tak nak orang mengata pasal ank2x buah aku.. sepupu sepapat aku punye perangai buruk.. so.. biar aku garang kalau mane tak berkenan tuh aku cubit je....

hari kristmas hari tuh en azhar bawa famly die datang umah aku..
nak kata upacara merisik mungkin juga la.. sbb kita duk kenal antara satu sama lain tapi yang kelakar sbb kita terlalu formal.. so mak en azhar ni agak segan.. aku pun same segan sbb yg datang adik beradik je tapi nampak macam ramai

akhirya we decide yang 19.02.2011 adalah tarikah pertunangan kami..

kisahnya.
aku terus sms seorang kawan aku.
tetibe aku berbelah bagi dengan perasaan aku..
tetibe aku tertnya pada diri aku sendiri adakah aku bersedia.. dan semuanya...

alhamdullilah aku sendiri kena atasinya.. sekarang semuanya aku berserah pada Allah..

insya-Allah (nantikan part 2 conflict seblum pertunangang)

Thursday, December 2, 2010

Just think!

layu..

apa yang dia lakukan semuanya layu.. longlai lemah dari segala sudut..
duduk rasa sakit.
berdiri rasa pedih
kekiri kekanan rasa perit

hatinya sakit terasa seperti di cucuk dengan seribu pisau lipat di badannya
kesakitan di alami tidak mampu di zahirkan

satu penyelesaian
BUNUH DIRI

dia kuatkan langkahnya berjalan menghampiri jendela..
satu persatu kenangan yang indah mula di bayangkannya...

iye bersama si dia.. orang yang dia sayang

tapi kenangan itu berlalu
tiba-tiba beralih pula dengan kucupan mesra seorang ibu pada anaknya.. seorang ayah memberikan mainan pada anaknya

dan dia mula terduduk..
kenapa perlu dia fikir sehingga merugikan orang2x yang dia sayang..??

dalam keadaan sakit pedih bagaimana pun kita
perkara pertama yang perlu di buat ialah rasional.
kita bukan takat hanya boleh memikirkan tentang sakit cinta kita

tapi kesakitan yang bakal orang lain terima akibat tindakan kurang bijak kita

JUST THINK!

Sunday, November 21, 2010

Tips Cinta: perkara biasa apabila bercinta

antara habit yang biasa berlaku apabila bercinta

1) senyum simpul- hal ni selalu berlaku pada mereka yang baru bercinta. Yela sume nampak cantik nampak bahagian kan? mana nak nampak yang buruk. Ini di katakan dalam kategori bahagia.. heeheh dah biasa??? mmg biasa la! tambah lagi kalau baru bercinta

2) tabiat hp mesti tak jauh dari kita- haish ni lagi satu tabiat ketika bercinta. Hp tak pernah renggang kadang-kadang sampai bawak ke toilet takut kekasih hati telifon tak dapat maklum la tengah bahagia.. kdang-kadang tuh sms kuar bertalu2x.. jawap pun kemain cepat!
3)bil telifon- time bercinta la mana ingat bil telifon tinggi.. (padahal baru jumpa tadi.. tak puas bercakap nk juga call) kalau call 5 jam rasa mcm 5 minit! jadi no wonder la bil telifon mencecah ke angka yang selama ni tak tercapai pun! tapi pesanan ringkash jangan lupe bayo!

4)Yahoo Messenger dan skype- kalau dulu YM dan skype ni available untuk sapa2x pun tak kisah sape tegor bole je layan tapi bila dah mula bercinta. semua nk invisible nak YM dengan buah hati sorang je orang lain malas layan. yela dunia untuk 2 orang je

5)ayat facebook- kalau dulu status kat facebook biasa2x stock ganas2x tapi kali ni lebih kepada hati ada taman. ayat nk bunga2x. pastu nk pulak ada app yang ukur tentang cinta itu.. kalau bole hari2x nk try.. hehhe mcm2x hal!

Tuesday, November 9, 2010

Tips Cinta:i have reason when i asking u why...

aku rasa semua orang ada sebab tertentu nak tahu satu benda dan yang pasti apabila mereka rasa yang mereka ingin tahu pasti mereka akan "keep trying to ask" sampai dorng berpuas hati.

banyak lelaki tak suka kalau perempuan asyik bertanya and yang pasti kalau dah dapat jawapan perempuan akan terus bertanya..

contoh la.. dis gurl tanya kat boyfren die..

"u dah makan?"
"i dah makan da"
"u makan apa...??"
"makan nasi"
"lauk apa?"
"lauk ikan"
"ikan apa"

dan belarutan laa... smpai la kadang- kadang orang lelaki akan jawab "awat duk tanya i mcm u ni police"
tak tahu la nak cakap benda ni sebagai salah satu nak amik berat?? atau nak menyakat?? atau dah memang takda keje lain nak buat smpai selalu tanye soalan yang boleh di katakan ntah papentah

tapi kadang-kadang tuh perempuan tanya macam-macam mungkin ada sebab tertentu..

aku ada satu kisah ni kawan aku punya cerita
"dia ni mmg ada bf... die sayang gila kat bf die.. trust gila. satu hari die jumpe something kat hp bf die.. terus dia rasa nak marah.. and then bile jumpe je dia akan tanya benda yang sama setiap kali berjumpe.. dan bf die akan bg jawapan yang sama setiap kali gf dia tanya soalan yang sama... "
sama gak dengan situation my relative..
husband dia kawin lagi satu.. she always asking why... "ape salah dia.. apa dia dah buat. kenapa kawin lain.. kenapa pilih perempuan tuh" dan soalan itu akan di tanya berkali-kali..

uhurm mungkin kita tak bapa nak paham kenapa dorng selalu begitu tetapi dari pengalaman aku.. itu nak show off ketidak puashatian terhadap pasangan..

kalau aku pun aku akan tanya benda yang sama berulang kali sbb mungkin kita rasa dikhianati dengan mereka yang kita percaya bagai nak gila..
tapi adakah itu jalan penyelesaian yang baik.. bagi aku jawapan nya mudah..

noooooo!!!

itu bkn penyelesaian tapi itu membawa kepada kepincangan.
bagi aku patut juga kalau kita just tanya sekali.. and got the answer kita patut close the old book and open the new one.
bukan apa.. bila selalu sangat mengadap benda sama je.. aiyyark sure la boring beb!..

yup people always make mistake. tapi dorng layak untuk di beri peluang kedua selagi dorng hargai peluang yang kita bagi apa kate kite forget it!!

memang susah tapi.. u should try. tuh pun kalau u sayang ur bf/gf la.. kalau tak.. apa lagi angkat kaki cari yang baru heheheeh

Friday, October 29, 2010

hampir seminggu di hospital


lama juga tak dapat nak update blog akibat kekangan waktu yang terlampau hebat.
minggu lepas pada tarikh 20 hb bersamaan pada pukul 5 pagi aku dapat satu sms daripada si dia yang mengatakan bahawa dia telah di masukkan ke wad hospital sungai buluh akibat daripada masalah migrainnya yang tak mampu di bendung lagi

so bila dapat sms tuh aku tak pikir apa-apa da. tapi aku tetap jalankan kehidupan aku seperti biasa dan melawat dia pada belah tengah hari. doctor decide untuk amik air tulang belakang dia...


ni baru lepas amik air tulang belakang
first day at hospital


aku mula rasa sedih tengok keadaan dia mcam tuh. tapi die tetap mampu ketawa. cuma aku risau aku kan kehilangan ketawa yang selama ini aku lihat..

beli dah check suma doctor sah kan yang semua pemeriksaan menunjukkan yang die normal takde pape yang mencurigakan tapi kenapa di masih lagi rasa sakit.. akhirnya doctor bagi satu surat untuk dia rujuk kebahagia hospital kuala lumpur bahagian neurology untuk check bahagian saraf

so pada hari isnin 25 hb dia dah di benarkan keluar hospital la. memang patut kuar pun coz aku tgk semakin ramai plak nurse2x pelatih yg makin lama makin kenal dia

heheheh sapa tak jeles kan?
so next apptment bulan 11 ni dan bulan 1 next year die kena bedah idung dia sbb bahagian atas idung dia sedikit sempit






Sunday, October 24, 2010

Mimpi buruk.

malam tadi aku mimpi buruk tapi aku masih memerlukan masa menceritakannya.
Baiklah
semalam aku tido mcm bese pastu aku mesti akn terbgn pada pukul 4am. Aku check fb si dia post new status aku pun reply dan die pun terkejut sbb aku blum tido lagi padahal aku dah tido da.
Habis tu.. Aku rase ngantuk balik aku tido la balik time tu la aku mimpi aku ngah on fb tetibe aku ternmpak satu pic si dia dengan gurl lain kat ward. Aku mcm tak leh terima aku terus cntct and jumpe die. Pastu die mengaku yg tuh gf die yg no dua. Aku tnpa pikir pnjang lagi terus hentak kepale die kat dinding tanpa belas kasihan huhuhu

aku ngah taip blog kat hspital dgn guna hp hahaha aku cite bnda tuh kat si dia. Pastu die kate sampai hati buat die mcm tuh. Huhuhu

Monday, October 11, 2010

10.10.2010

actually aku taip blog ni coz baru terbaca berita sedih tentang kemalangan yang meragut nyawa 12 orang. Kemalangan yang berlaku pada petang semalam dan melibat beberapa buah kenderaan dan berhampiran dengan tol simpang empat (tol nak masuk kampung den tuh). Salam tahziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat moga mereka tabah dalam menghadapi ujian.

hari ni aku pegi open house rumah terbuka member sekolah aku azrin. TQ for invite and sori la kalau aku nampak kelahap gile mkan hahahaahaha.. and also thanx to my syg coz ade mase nk melayan kerenah aku.. (aku segan gila nak pegi sorang-sorang) so aku ajak la dia temankan kebetulan dia pun nak pergi umah sedara die.. so apa kate kite bersama-sama... Pelbagai makanan di sajikan kat umab si bob ni! heheheh laksa la.. soto la.. hehehehehe and mak die tak abes2x ajak makan lagi.. kire suruh rase semua yang ada kat situ... heheh kalau nak ikutka hati nak je bawak bungkus sume tu makcik hahahahaha

siyesly aku agak segan nak jumpa sedara-mara sidia. tambah lagi aku takde pun sebarang tali pengikat antara aku ngan dia. bila dah bawak jumpe fam pun dah segan apetah lagi sedara2x makcik2x die plak.. haish.. tapi aku ni beranikan diri juga la. and heheheh aku ni bole tahan peramah juga. mula2x tuh susah gak biasakan diri pastu dah boleh borak2x mcm bese.. tapi siyes la.. makcik2x dia.. uhurmm mcm umo nenek2x aku.. hehehehe tapi nak buat mcm ne.. kite ade jarak umur yang terpakse di terima.

aku bawak camera tapi tak tersnap pun pic hahahha.. ntah la malas plak rasenya nak amik pic. so just wanna say that i love u syg




Saturday, October 9, 2010

Tips cinta: biar bahagia itu menyelubungi kebencian

aku bukan.. uhurm mungkin bukan orang pertama yang bertahta di hatinya..
dan semestinya dia bukan orang yang pertama yang bertahta di hati ku...

bukan nombor atau sape yang dahulu yang meraih cinta adalah pemenang..
tapi yang mengukur percintaan itu adalah selama mana kita boleh bertahan dan selama mana kita mampu mengharungi segala dugaan yang datang..

pahit, manis, gempik gempita dan sebagainya kita mampu rasai bersama..

saat aku lihat kau tersenyum bila di samping aku.. aku begitu bahagia.. seronok dan bangga.. kerana aku mampu membuat orang lain bahagia..
ketika kau marah pada aku... dan aku menitiskan air mata. jauh sudut hati aku.. aku harap kemarahan itu tidak menginjak sehingga kata 'putus' biarla kemarahan itu berlalu seperti angin yang selalu melempar ketika awan sudah tidak mampu menampung titisan hujan.. dan akhirnya berakhir apabila matahari menampakkan sinarnya..

apabila aku menunjukkan rajuk di hati, kau mula memujuk dan mampu membuat aku mula tersenyum kembali..
indah... dan bahagia.. dan dalam jiwa aku.. sentiasa berharap biarla ianya di akhiri dengan sesuatu yang mampu untuk semua ingati......

ketika itu tiada satu perasaan benci menapak dalam diri.. dan bahagia itu selalu berlegar di mata ku..

dan aku harap perasaan benci itu di jauhkan walaupun akan datang nanti tiada lagi bahagia dalam diri kite.. tiada lagi senyuman dan pujuk rayu yang selalunye menjadi ubat keriangan dalam hati ini..aku harap kenangan yang sentiasa manis itu akan tetap menjadi manis walaupun cuba di cantas oleh rasa benci..

kerana kenangan itu tetap dan masih lagi bertahta di hati

terima kasih sayang...


-admin Fira Gujiwa (takde kena mengena ngan sesape ye)

Sunday, October 3, 2010

gaduh?

takde satu hubungan pun yang takan takde pergaduhan...
aku dengan sidia pun banyak kali bergaduh...

kadang-kadang itu aku sendiri rimas dengan sakatan die.. (memang aku ni selalu sangat kena sakat ngan ayah, dua orang abg aku selalu aku je kena buli)

so kadang-kadang itu secara automatik aku akan jadi marah, bengang, geram nk marah semua nya ada...


tapi itu bab sakat... tapi bila lama-lama sakat dia boleh jadi gaduh tambah lagi bila benda yang di sakat tuh benda yang sama...
obvious aku sakat.. die mesti marah... hahahhahah kenapa ek? so selalu kalau aku nk pulihkan balik hubungan aku just cakap benda simple je "ape rasa kena sakat? besh tak" pastu dia akan terdiam.

gaduh dalam bab lain memang banyak.. kalau nak cite satu persatu aku pun naik penin nak cakap yang mana...
tapi paling penting pelis la.. kalau korang gaduh cakap je terus terang apa yang korang tak berapa gemar pasangan korang buat.. apa yang korang nk pasangan korang cuba elakkan selalunya bila tengah gaduh kedua-duanya senang nk terima pendapat...
ITU PUN KALAU KORANG JENIS SENANG NK DENGAR PENDAPAT...

dan aku tahu mesti semua orang rasa syok kalau merajuk... (tapi sakit hati kalau korang merajuk orang tak pujuk) so pandai-pandaila nk merajuk... tambah plak kalau pasangan korang tuh jenis malas nk amik port bab merajuk2x ni.. dorng akan buat tak tahu je...
tapi aku rasa benda-benda simple mcm ni.. tak perlu di ajar lagi.. kecuali korang baru nk bercinta atau korang masih lum dalam situasi mcm ni


apa yang korang dapat bila korang bergaduh...

antara benda yang paling aku belajar bila bergaduh dengan pasangan...kita mesti tahu apa yang dia suka apa yang jadi pantang bagi dia.. macam tuh juga dia (tuh pun kalau korang berterus terang)
kalau rase hubungan di hujung tanduk itu memang alasan yang paling besh!
rase sedih menyampah!
tambah sayang bila dia berjaya pujuk kita!
hehehe kadang-kadang dapat makan free sbb merajuk!
benda-benda macam ni leh perbaiki hubungan korang... kalau sentiasa ok je! busan gak beb!

tapi jgn selalu gaduh weiii...
aku pun tak nak selalu sangat layan perasaan sedih je sentiasa ni!

Sunday, August 22, 2010

sesi buka puasa bersama si dia

sebenar buka puasa hari ni takde la di rancang sangat.. die terus je ajak..
die kata after work dia amik aku...

hurmm first step.. i need to ask my mother first... if i get green light!! yuhuuuu ok! aku boleh kuar.. but if red light!!! sorry dear mybe next time...
but... my mum said "uhurmm ok! tapi jgn balik lambat"
and i promise with my mum to come back before 9.30 pm..

si dia ajak aku makan KFC tuh pun sebab dia dapat voucher from produa! so.. ape lagi menyantap la..
tapi aku ni bukan kuat makan mcm dulu!.. siyes aku fobia untuk makan byk! yela aku berusaha berminggu2x nk kuruskan badan dan 5 kilo dah ilang takan aku nak naikkan semula..
so aku just makan 1 ketul ayam and roti and milo! no soft drink! huhuh (kadang2x menyampah dengan diet)

aku and si dia decide nak pegi jusco setiawangsa.. no bad! bukan ramai orang pun so takde la bersesak2x nk pilih pakaian..
and u know! aku beli 2 pasang baju raya! and dua-dua baju kurung yang aku memang tak penah ada kaler mcm tuh! hahaha wane ape?? kena tunggu la nanti..

tapi tengah duk tunggu kat meja kfc ni.. aku ngan dia boleh plak bergado main-main.
ni bukan first time ktorng berbuka puasa kat KFC tahun lepas pun mcm tuh juga! dan sampai 10 minit dah berbuka masih tak dapat makanan lagi .. aku tak nak benda sama jadi.. aku paksa dia pegi beratur waktu tuh dah 6.50.. dia kate awal lagi.. aku kate dah boleh beratur... dia kata awal lagi..
aku dah siap bersungut2x smpai aku decide biar aku je baratur dengan muka aku yang agak berkerut menahan bengang aku tak sangka aksi kami ni.. menjadi ketawa orang di sebelah! last-last si dia gelak! and terus pegi beratur!! hahahahahahahaha

abes berbuka baru ktorng cari baju! heheheheehhe
thanx sayang spend time with me!.... heheheh =)

Saturday, August 21, 2010

tentang cinta

bila kita cuba berbicara tentangnya..
kadang-kadang kita tak sedar perlakuan kita seolah-olah bagai orang bodoh..
yang keras boleh jadi lembut..
yang ego boleh terlupa akan sifat semulajadinya.
dan yang bijak pula pura-pura bingung..

hahaha kita macam kena pukau.. hanya kerana

tapi itu ke yang kita cari??

aku suka membaca.. terutama bidang2x cinta ni. bukan untuk jadi dr cinta tapi nak selamatkan diri dari di tipu lagi...
antara blog yang selalu aku kunjung...

bagi aku blog dia santai.... dan cool...
dan bagi yang kadang-kadang keliru dengan perangai lelaki boleh faham sedikit berkenaan dengan pasangn yang berlainan jantina dengan kita..
itu lebih baik.. sekurangnya aku cuba untuk memperbaiki sesuatu.
tapi bukan semua masuk dalam hati....

kadang-kadang aku snediri tak boleh lari dari maksud "bodoh dalam bercinta"
sebab iya memang aku bercinta!!!! itu aje sebabnya...

aku selalu bergaduh kdang-kdang tuh pasal benda kecik bergado..
nak kata every time when talk on phone memang akan gaduh..
tuh belum jumpe lagi.. kalau jumpe pun kadang-kadang macam tuh. aku tak salahkan dia pun...
tapi mcm ada satu benda yang aku masih tak puas hati dengan dia..
tapi aku masih cari mana datangnya ketidakpuashatian tuh...

kemungkinan juga aku bandingkan dia dengan orang?? mungkin atau??
percintaan kami berbeza dengan orang lain??
atau.... mungkin aku nak lebih perhatian yang "di show off" depan orang... "hye tgklaaaa kami sedang bercinta ni"
mungkin??

apa-apa pun aku tetap sayangkan dia...
dan hampir 2 tahun kami bersama aku harap ianya akan berakhir dngan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kemanisan dalam perhubungan...
insya-Allah...




Monday, August 9, 2010

aik aku kuat mengongkong?

"kenapa syg abg ni dah lain.. dulu tak mcm ni pun?"

ntah.. aku pun pelik dulu nak jealous pun ada masa.. kadang2x tuh aku slow talk lagi. tapi sekarang dah takde slow talk aku terus rasa nak marah dan akhirnya si dia mengalah

"dah la malas abg nak gaduh dengan syg"

semua benda nampak tak kena. kadang2x tuh aku rase mcm dia lebih pentingkan orang lain dari aku padahal takda apa sangat nak di jeleskan.. mungkin dia da kurang luangkan masa dengan aku jadi aku lebih sensitif bila aku tngok dia layan orang lain.

takde niat pun nak mengongkong malah aku tak kisah tapi aku nakkan masa dia dengan aku... itu sahaja...

uhum dia keje sabtu ahad pun dia keje... tak caya?? tak mungkin sbb mak dia pun cakap benda yang sama dia keje..

jadi tak percaya yang macam mane?

kadang-kadang tuh tengah gado2x boleh plak ketawa sbb kelakar... die mmg pandai sangat amik hati aku tapi aku mcm tak pandai sangat nak amik hati dia. bukan ape 'aku ni pandai merajuk je tapi memujuk mmg failed'

tapi aku takut juga mana tahu satu hari nanti dia bosan dengan perangai aku yang mcm ni tak boleh nak fikir pasal dia?

and dengar cita dia nak pegi jepun.. lagi la aku rase sedih gila..
harap2x sangat dia ubah fikiran dia...
walaupun tak pegi bukan sebab aku sebab mak dia pun aku tak kisah asalkan dia tak jauh dari aku.

gila ke aku ni? ntah kadang2x...
"moga Allah makbulkan doa aku untuk bersama dengan satu hari nanti"


LIRIK LAGU KEKANDA ADINDA -- MONOLOQUE & ATILIA
Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?
Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya

credit lyric to http://www.indie.my/lirik-lagu-kekand...

Saturday, April 17, 2010

Tips Cinta: Terima kasih MY EX!! kau berikan kecewaan dan aku capai kebahagiaan..

Kalau boleh aku nak lupakan semuanya. Dari mana kami bermula dari mana kami berakhir. Tapi aku akui itu la benda yang paling susah dan pasti tidak berhasil untuk melupakannya. Biar pun aku bukan dengan dia lagi tetapi kadang-kadang perasaan hampa itu tiba-tiba menyelinap dalam diri. Kenapa, bagaimana, dan semua persoalan tertujah dalam minda aku. Walaupun dah bertahun tapi aku masih susah untuk lupa perbuatan dia pada aku. Biar pun CINTA dia pada aku sudah lama lupus tapi perasaan TERLUKA yang aku hadapi walaupun di cari ubatnya parutnya masih ada lagi.

Aku tahu kesedihan yang aku alami adalah di sebabkan oleh harapan yang menggunung yang pernah aku bagi pada dia. Harapan yang menggunung dan berakhir dengan kemusnahan dan akhirnya memusnahkan sekeping hati yang selama ini cuba untuk memberi terbaik terhadap dia. Adakah aku patut di perlakukan sedemikian?? Adakah kekecewaan yang perlu aku dapat?? Adakah kesedihan yang patut aku terima??

DENDAM tiada lagi, yang tinggal ialah aku cuba memandang diri aku. Kenapa.. apa punca nya dan dari situ aku cuba mencari mana-mana sifat yang lemah yang membuat aku di tolak mentah-mentah oleh orang yang aku harapkan. BANGUN aku bukan melihat kekecewaan lagi tetapi aku cuba memperlajari dari sesuatu yang indah dari kekecewaan yang lepas. Dan aku pastikan kekecewaan yang lepas akan membawa kebahagian yang betul-betul hakiki dengan insan aku sayang kini.

Jika insan aku sayang kini masih tidak nampak tentang keluhuran cintaku pada dia, biarlah keluhuran cinta ku ini membuat kan dia bahagia walaupun aku akan kecewa satu hari nanti. Tapi aku puas untuk memberikan mereka bahagia walaupun seketika.

TERIMA KASIH MY EX!! KAU BERIKAN KEKECEWAAN AKU CAPAI KEBAHAGIAN!!!

Thursday, April 15, 2010

Tips Cinta: pilihla pasangan kerana agamanya

Apakah yang menjadi kiteria utama dalam mencari pasangan sebagai teman hidup dan menjadikan yang haram di pegang menjadi halal???

Adakah kerana hartanya??


apabila harta menjadi ciri-ciri utama untuk memilih pasangan. Nescaya kita tidak akan memperoleh nikmat dari harta yang di ingini. Terutama lelaki yang mencari pasangan untuk di jadikan isteri atas kekayaan isteri.

Adakah dari rupa parasanya??

Apabila rupa paras menjadi ukuran untuk memilih pasangan. Nescaya kita tidak akan memperoleh nikmat dari rupa paras pasangan tadi. Resah, risau dengan kelebihan yang ada pada pasangan .

Jadi apakah patut ciri yang menjadikan keutamaan dalam mencari pasangan ialah agamanya.
Seorang yang mempunyai didikan agama pasti dirinya lebih lembut, bertanggungjawab, amanah, dan redha dengan ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah.

insya-Allah moga kita menjadi salah seorang yang bukan sahaja mempunyai agama tetapi juga mendalami agama yang menjadi kewajiban kita.



Tuesday, April 13, 2010

VCD ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias (sedia untuk tempahan)

p/s: saya tak boleh confirm kan bahawa semua tajuk ceramah beliau masih dalam stock atau tidak. Walaubagaimanapun tempahan yang di buat kami akan confirmkan dahulu berkenaan dengan stock.

p/s: untuk lebih jelas bagi melihat tajuk VCD beliau, anda semua di galakkan untuk "download" gambar yang di "upload" kemudian zoom kan gambar tersebut untuk lebih jelas lagi.







Senarai Vcd Dalam kategori Kuliah Umum (masih dalam stok)

  1. Fitnah
  2. Generasi Al-Quran vol 1&2
  3. Memberi maaf membawa ke syurga vol 1&2
  4. Di gigit jin
  5. Dinasour
  6. Rasulullah pemuda yang amanah
  7. Artis
  8. Bulan purnama penuh
  9. Hukum zakat, Cerai dan edah
  10. Peniaga penipu vol 1&2
  11. Hukum dan adab bersalam (keluarga 96 vol 1&2)
  12. Kemerduan Al-quran vol 1&2
  13. Dari batu kurau ke kampung potong tangan
  14. Marah tabiat anak adam
  15. Ibu mertua vol 1&2
  16. Godaan syaitan vol 1&2
  17. Ibadat tuhan
  18. Rahsia
  19. Bila kita ada ayah dan ibu
  20. Ilmu dan kepentingannya vol 1&2
  21. Mengutamakan ilmu
  22. Kelahiran nabi s.a.w vol 1&2
  23. 6 jahanam 2 vol 1&2
  24. Akhlak yang baik vol 1&2
  25. Ketinnggian darjat vol 1&2
  26. Panduan solat & bertayamun bagi pesakit vol 1 & 2
  27. Mimpi laila vol 1&2
  28. Rendahkan suara dengan rasulullah
  29. Kerana lidah vol 1&2
  30. Memandai-mandai mengubah hukum hak ciptaan Allah
  31. Fasiq
  32. Siasat sebelum sah fasiq

senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab MUINUL MUBIN

  1. Bersuci dari hadas
  2. Makanan yang dikira bangkai
  3. Najis mukhafafah, mutawasitah dan mughallazah
  4. Niat berwuduk
  5. Cara-cara berwuduk
  6. Membasuk tangan, kepala dan kaki
  7. Sunat-sunat berwuduk
  8. Bersugi
  9. Hilang akal
  10. Perkara yang membatalkan wuduk
  11. Mandi junub
  12. Fardhu fardhu mandi
  13. Jenis-jenis mandi sunat
  14. Cara sembahyang ketika peperagan dan bertayammum
  15. Darah haid

senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab IHFAZILLAH YAHFAZKA

  1. Riak dalam ibadat
  2. Membudayakan Al-Quran
  3. Seruling Nabi Daud
  4. Zuhud
  5. Hamba dunia
  6. Bersangka baik
  7. Bida’ah
  8. Ciptaan Allah
  9. Al-baqarah penyembuh penyakit
  10. 6 jahanam
  11. Hidayah
  12. Ciri-ciri taqwa
  13. Beriman kepada yang ghaib
  14. Bersedekah
  15. 3 golongan yang awal masuk neraka
  16. Mengenal sifat wali Allah
  17. Benci dan sayang kerana Allah
  18. Tidak menyimpan perasaan hasad (dengki)
  19. Menyempurnakan ibadat wajib dan sunat
  20. Mencegah kemungkaran
  21. Mencintai kaum muslimin
  22. Bercakap benar
  23. Orang2x yang bertaqwa dan sengsara
  24. Nabi Ibrahim berhujah dengan Namrud
  25. Otak namrud di serang serangga
  26. Nabi Musa & Firaun
  27. Berlemah lembut dalam berdakwah
  28. Makanan pertama ahli syurga
  29. Nabi palsu
  30. Mati dalam keadaan baik
  31. Siapa wali Allah
  32. Iman sayidina abu bakar

Senarai VCD ustaz kazim dalam kategori KITAB MUHIMMAH

  1. 10 golongan yang tidak di terima solatnya
  2. Aurat wanita
  3. Isi neraka
  4. Dosa wanita
  5. Syurga untuk wanita yang mentaati suami
  6. Hubungan suami isteri
  7. Menjaga adab bertandang kerumah
  8. Kebinasaan pada laki-laki yang berkahwin
  9. Pilih laki-laki yang beragama
  10. Adinda kekanda
  11. Isteriku sayang
  12. Cemburu
  13. Mata yang di bakar
  14. Lelaki dayus
  15. 18 golongan yang tidak di terima amalannya
  16. Bomoh
  17. Mengadu domba
  18. Doa anak yang soleh
  19. Pimpinlah tanga ibu bapa masuk ke syurga
  20. Seronoknya berkahwin
  21. Tackle hati isteri
  22. Sabar dengan kerenah isteri
  23. Kahwinlah perempuan kerana agamanya
  24. 8 golongan perempuan yang jangan di jadikan isteri
  25. Beristeri dua
  26. Menyambung hubungan kekeluargaan

senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab Hidayatul Mutafakkirin (tauhid)

1. Sifat-sifat Allah

2. Doa hizbul a’zam

3. Hukum Allah

4. Menyekutukan Allah

5. Qudrat tuhan

6. Iradat tuhan

7. Ilmu Allah

8. Hidupnya Allah dengna ilmu

9. Bagaimana yahudi menakluki kita

10. Kekuasaan Allah

11. 6 cara jin merosakkan manusia

12. Kalam nafsi kalam lafzi

13. Punca kesesatan

14. Mendakwa melihat Allah hukumnya kafir

15. Kesombongan jahiliyah

16. Harus bagi Allah

17. Mumkinat (fitrah)


senarai VCD ustaz kazim elias dalam huraian kitab Bahrul madzi jilid 15

1. Pemimpin yang zalim

2. Harta BM 15-02

3. Fithah wanita

4. Ulama bisu

5. 6 nikmat dnia

6. Marah tabiat anak adam

7. Gengam bara api

8. Peristiwa selepas kewafatan Rasullulah

9. Pagi-pagi beriman petang-petang kafir

10. Bala turun darpada bumbung

11. Berbuat ibadat semasa dalam keadaan huru-hara

12. Tanda-tanda qiamat

13. Zina

14. Arak

15. Mengikut hawa nafsu isteri

16. Derhakan ibu dan ayah mustahil turun bala

17. Perempuan joget

18. Cari redha Allah

19. Kiamat hampir tiba

20. Dajjal

21. 100 tahun dari kurun ke kurun

22. Daulat tuanku

23. Jaga kalam Allah

24. Politik

25. Imam-iman yang menyesatkan

26. Imam Mahdi

27. Turunnya nabi Allah isa

28. Zahirnya dajjal

Bagi yang berminat untuk membeli

bole isi order form yang tertera di atas blog http://firainblink.blogspot.com/ dan klik submit

atau bole emailkan kepada rwe_gsh@yahoo.com

atau boleh PM inbox facebook saya Fira Gujiwa

atau hubungi secara langsung pada saya di 0172215837 (sms sahaja)

sila masukkan nama anda, alamat,email address, no telifon (untuk urusan pos), dan senarai VCD yang di ingini.

harga (tidak termasuk postage)

a)1-10 RM 5

b)11 ke atas RM 5 dan diskaun 10%

harga bagi postage (MENGGUNAKAN POS EKPRESS)

a) 1-4 keping = RM4.50

b)5-8 keping = RM 6.00

c) 9-16 atau 17 (bergantung)=RM 7.00

-ANDA DI LARANG KERAS UNTUK MEMBUAT SALINAN VCD YANG TELAH DI BELI

-VCD INI ADALAH ORIGINAL YANG DI AMBIL TERUS DARI SUPPLIER ALLIASSALAM

-SELAMAT MEMBELI, MENDENGAR DAN MENDERMA

p/s: bagi VCD yang tiada dalam kedai kami dan jika pelanggan berminat untuk menunggu kami akan cuba dapatkan dari supplier.. jadi mungkin ambil 1 atau dua hari pengesahan utk stock dari supplier (aliassalam)



Wednesday, April 7, 2010

Tips Cinta: kita lepaskan berlian dan kita memilih kaca

Tiada apa yang mampu di duga dalam realitinya. Malah percintaan itu sendiri aku anggap sebagai risiko si penerima dan pemberi cinta. Jadi bersedia atau tidak redah sahaja apa yang akan berlaku nanti. Tetapi adakah kita mampu melakukannya dan adakah kita mampu menjadi kuat untuk hadapi nya, itu la perkara pokok yang harus kita ambil dan fikirkan sebelum kita membuat keputusan.

Ingat cinta bukan hanya untuk mengisi kesepian.
Cinta juga bukan untuk menjadikan mereka yang konon-kononnya hero menjadi pasangan
Cinta juga bukan untuk di permainkan atau jadi medium untuk membalas dendam

tapi jadikan cinta itu sebagai salah satu benda yang membangkit semangat kita, "menjujurkan" diri kita dan sesuatu yang mampu untuk kita angkat sebagai medium motivasi setiap perlakuan kita.

jadi mana satu definisi cinta yang kita harapkan kita sendiri yang boleh menentukan.

kadang-kadang itu dalam menentukan keputusan sendiri kita seolah-olah tersalah langkah atau sengaja ambil risiko yang di jamin kita boleh rugi sendiri. Tapi atas kehendak, kita hanya lakukan mengikut tahap kepuasan kita sendiri.

"kita dah tahu badan kita besar tapi kenapa kita perlu membeli baju yang bersaiz M atau S"
itu lah di namakan kita sanggup mengambil risiko yang kita memang tahu kita kan rugi. Dengan bahase kasarnya kita ni kurang bijak dalam buat keputusan di tambah keputusan di buat adalah apabila kita dalam keadaan emosi.....

jadi mudahla kita melepaskan kebahagian yang memang lame di bina kemudian masuk ke alam yang belum tentu bahagia.

"aku tinggalkan die hanya untuk cinta pada kamu tapi akhirnya ini yg aku terima"

Senang, itu la balasan yang mampu atau patut kita rasa. Sebelum kita buat keputusan adakah kita benar-benar memikirkan impak dan bagaimana kesan negative pada orang lain. Pedih, sedih, sepi dan kecil hati dan sebagainya pada kita?? tidak!! yang kita tahu tujuan dan matlamat kita tercapai dan kita biarkan mereka yang mengharap masih meratap merayu pada kita. Jadi mungkin apabila kita sudah tersalah langkah kita kena pikir balik tentang perbuatan orang lain pada kita dan baru la kita boleh mengomel dengan tindakan orang lain pada kita..

kita mungkin boleh jadi dewasa apabila kita mampu untuk memikirkan buruk baik setiap tindakan yang kita lakukan bukan hanya dalam membuat keputusa even nak mandi sekali pun kita boleh pikir tentang buruk baik dari mandi itu.



Tuesday, April 6, 2010

cemburu


Cemburu kadang-kadang itu kita akan terpikir dimana sudut positive nya cemburu ini.
Apa yang pasti kalau kita sering mengatakan kita cemburu sudah pasti pemikiran orang yang mendengarnya kearah negative.

Begitu juga dalam perhubungan tiadak kiralah samada di kalangan kawan-kawan atau kekasih sendiri cemburu itu tidak asing lagi. Jadi tidak mustahil kita dengar kata-kata yang membawa cemburu itu ke arah positive

"takpe kau cemburu.. cemburu tu tanda sayang."

"u tahu kan i jealous ngan u sbb i sayangkan u"

tapi sejauh mana perasaan cemburu itu betul-betul membawa kepada "sayang" yang di katakan tadi??

memandangkan aku insan biasa, dan pernah melalui perasaan yang begitu susah untuk di control dan susah untuk di nyorokkan, kadang-kadang perhubungan aku dengan si dia seolah-olah menjadi 'kurang baik' akibat perasaan cemburu ini.

tapi dari mana datangnya cemburu ini

pertama bile di selidiki perasaan cemburu ini hadir kerana kita kurang percaya dengan pasangan kita.

"kenapa dia layan gurl tuh lebih dari die layan i"

kenapa kita kurang percaya dengan pasangan kita??? sebab kita belum mengenali sepenuhnya pasangan kita.. adekah die betul-betul akan berlaku curang dengan kita atau tidak?? kita tidak atau belum mengenalinya.

tapi bagaimana jika pasangan kita yang cemburu dengan kita??
suka?? atau rimas??

aku percaya pada awalnya kita akan suka dengan tindakan pasnagan kita. Yelah cemburu tanda sayang... tapi kalau tiap-tiap hari berjumpe berkata benda yang sama.. adakah kita 'terlebih suka?' kita kena pikir balik.

"kalau cemburu itu tandanya sayang.. abes kalau tak cemburu tak sayang ke??"

Monday, April 5, 2010

kahwin part 2

sebelum ni aku pernah post tentang beberapa perkara yang membuatkan seseorang itu rasa dirinya perlu berkahwin..

tengah-tengah aku bawak kereta menuju ke ampang untuk pegi kedai TM tetibe aku terpikir tentang tujuan hidup aku ni...

dulu pernah aku terbaca salah satu post kawan aku di facebook

"mak.... boleh tak taknak belajar.. nak kawin... nk duduk rumah" kemudian post tersebut di susuli dengan beberapa komen tapi ade salah satu komen dalam post tersebut menarik minat aku..

"ala...penat study beberapa tahun takkan nk kawin terus.. keje dulu woit"

dan aku terus terpikir betul ke tindakan aku untuk menamatkan zaman bujang aku tak lama lagi.

dan adakah aku mampu memikul tanggungjawab aku pada suami.. dan adakah aku mampu untuk tidak mengingkari kehendak suami..dan adakah aku mampu untuk melakukan semua kerja jika aku sudah mempunyai anak..dan yang paling penting cukup ke masa yang aku berikan untuk kedua ibu bapa aku..

dan aku mula terpikir adakah aku dah cukup enjoy sebelum kawin.. adakah aku betul2x matang untuk merasai gelora di alam rumah tangga... dan adakah aku cukup untuk melalui semuanya dalam waktu itu...
dengan perkataan simple.. adekah aku cukup ready dan kuat???

aku sendiri masih keliru.. kehendak kawin itu senantiasa ada.. tapi aku makin takot.

aku betul-betul serius dalam bab ni...
dan kami betul-betul meracang startegi untuk bersama dengan keadaan share is caring and win win situation..

tapi aku sedar KALAU ADE JODOH ADE LA NANTI
Related Posts with Thumbnails