Adakah kerana hartanya??
apabila harta menjadi ciri-ciri utama untuk memilih pasangan. Nescaya kita tidak akan memperoleh nikmat dari harta yang di ingini. Terutama lelaki yang mencari pasangan untuk di jadikan isteri atas kekayaan isteri.
Adakah dari rupa parasanya??
Apabila rupa paras menjadi ukuran untuk memilih pasangan. Nescaya kita tidak akan memperoleh nikmat dari rupa paras pasangan tadi. Resah, risau dengan kelebihan yang ada pada pasangan .
Jadi apakah patut ciri yang menjadikan keutamaan dalam mencari pasangan ialah agamanya.
Seorang yang mempunyai didikan agama pasti dirinya lebih lembut, bertanggungjawab, amanah, dan redha dengan ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah.
insya-Allah moga kita menjadi salah seorang yang bukan sahaja mempunyai agama tetapi juga mendalami agama yang menjadi kewajiban kita.
No comments:
Post a Comment