KENAPA bila kita nak cari bahan atau sudah hampir dengan peperiksaan bangunan perpustakaan menjadi pilihan jawapan nya cuma satu iaitu kita ingin kan ketenangan dalam study dan juga kita tahu tempat perpustakaan adalah tempat di mana orang tahu kita "kena diam" buat-buat bisu, handphone kena silent. Kalau nak cakap dengan member-member kena berbisik kalau boleh taknak ganggu gugat orang lain yang sibuk hendak focus dengan bahan bacaan mereka.
Aku pun tidak melepaskan peluang ambil kesempatan berkunjung ke perpustakaan negara yang dah berkurun aku tak pergi dan jemu dengan library yang ada kat UM tambah lagi kalau jumpe member kat situ langsung tak jadi nak study.
Agak berbeza sedikit dari dulu dan sekarang systme mycard betul2x di praktikkan ape guna ada kad pintar tapi tak pandai yang gunakan.
beroperasi dari 9-am sampai 7 pm setiap hari selasa hingga Ahad (tak bape confirm) dan cuti pada hari isnin memang waktu yang agak pratical tapi kalau lanjutkan sampai 10 malam lagi baik kan..(hehehe)
penggunaan teknology internet free dan juga komputer di sedia kan menarik pelajar-pelajar (yang malas nak pegi cybercafe) lepak kat perpustakaan (rasanye lebih baik)
seperti biasa bila dah habis keliah aku akan bergegas ke PNM ini untuk menelaah pelajaran. (hehehe poyo abes). Setakat 2 hari yang aku pergi cuma hari ini yang masuk hari ketiga tiba-tiba aku rasa ada gangguan kat situ.
Sekumpulan student U kot yang buat discussion kuat-kuat kat situ sedangkan yang lain sedang sibuk menelaah. Bukan tak bagi buat discussion kat situ. Tapi name pun perbincangan wajib la bercakap jadi pilih lah tempat yang bersesuaian jangan ganggu orang lain punya focus. Kita kena tahu kenapa orang datang library bkn hanya sbb kat situ banyak buku tapi sebab kita nk focus dengan bahan bacaan kita.
tapi bila ada segelintir macam ni mungkin perlu pengawasan yang lebih kot. Suwuh makcik guard tegur ke lagi baik. (siap ketawa berdekah-dekah dalam tuh)
Pape pun ade sign tulis kat situ. SENYAP ITU MEMBANTU DALAM PROSES PEMBELAJARAN. kalau nk bising2x pegi study corner.. kat situ boleh buat discussion yang memekik dan borak2x.
No comments:
Post a Comment