Thursday, March 25, 2010

cinta bustop part 1


aku masih menanti. Menanti dengan penuh harapan. Berharap agar pintu itu berbunyi mengharap agar ade dirinya berdiri dengan senyuman. Tapi aku hanya mampu menahan rasa di hati. Harapan hanya tinggal harapan. Hubungan yang aku harapkan sampai ke jinjang pelamin berakhir dengan penuh rasa duka di hati. Apa yang menyebabkan aku masih menanti dia hadir dalam hidup aku. Tiada apa cuma rasa CINTA yang masih utuh untuk dia.

Senyuman dia, ketawa dia, layanan dia sentiasa menganggu benak fikiran ku. Walaupun kini dia sudah pun membina sebuah kehidupan berkeluarga dengan wanita lain tapi aku masih berharap agar cinta yang bermula hanya di sebuah bustop berakhir dengan kebahagian.

Gambar perkahwinan dia dengan gadis pilihan keluarganya seolah menjadi pisau membelah hati ku. Walaupun aku cuba selindung rasa duka di hati. Aku cuba untuk menghilangkan diri dari semua ini namun apa yang mampu ku lakukan kerana cinta dan hati ku hanya milik dia Zuan Irman. Dialah lelaki yang aku harapkan mampu memberikan sedikit rasa bahagia.

"Hai boleh saya duduk.. sebelah awak"... itu la ayat pertama perkenalan kami di bustop. Aku terus mengelamun mengenang kisah yang dulu. "eh.. uhurm dudukla.. memang bangku ni di sediakan untuk duduk"



"hurm awak nak pergi mana?? name sya zuan.. boleh panggil irman" sambil menghulurkan tangan nya. Walaupun berkali terserempak di tempat yang sama tapi ini la pertama kali aku dan dia bertegur sapa. "hoh.. uhurm saya BON.." sambil menyambut tangan yang di hulurkan. zuan tersenyum "BON tuh nama dalam IC ke? kenapa macam name lelaki je" dan bermulala dari situ aku dan dia menjadi rapat sehingga di gelar pasangan kekasih setelah hampir 3 bulan menjalinkan hubungan sebagai teman.

"Mar... weii Mar..... BONNNN!!" aku tersentak bila name ku di panggil.. Marlia Balqis name betulku tapi kawan -kawan selesa panggil name ku BON.. dan Mar adalah panggilan zuan pada ku dan teman-teman mula terikut... "eh kenapa" jawab aku sebaik nampak sahabatku Nita berdiri di sebelah.. "uhurm kau ni asyik termenung je kau pikir die lagi ke??" aku menggelengkan kepala "dah mar aku kenal kau... 5 tahun kau dengan die bercinta.. tapi aku tahu kau dan zuan tak salah cuma darjat yang pisah kan kau dengan dia.. sabar la mar.. kalau kau untuk dia.. die kemana pun kau pasti dengan dia" aku terharu dengan kata nita aku tak mampu menahan rase sedih.. aku peluk nita dalam tangisan yang menyakitkan hati ku.. Zuan aku rindukan kau.

Related Posts by Categories



1 comment:

insta: lea_na_nur_ said...

sedey cite nih kak...wat novel nages nih

Related Posts with Thumbnails