Monday, March 29, 2010

The Tao Fighter: Woochi


semalam aku dan azhar menghabiskan masa mencari dimane tempat
untuk aku dinner ari jumaat ni
jadi pas dah tahu kat mane location dinner aku pun amik keputusan
untuk lepak tgk wayang kat alamanda..

aku dengan jujur bgtau baru first time aku jejak kaki kat alamanda.
coz takde ape pun nak cari kat sana. so aku pun tgk cite korea ni
The Tao Fighter: Woochi

siyes agak kelakar.
tapi ade gak yang korang tak paham di tambah plak
dengan subtitle yang nampak dan tak nampak.. so
kalau rase nk buangkan rasa tensen tgk la cite ni.
huhuuhhuhu


Saturday, March 27, 2010

penipu

kenape kena menipu??

kenape kena tidak berlaku jujur??

kenape memperbodohkan diri untuk menipu??

dan lebih bodoh apabila penipuan itu dapat di detect.??

mane nak letak muka kalau aku lepaskan semua??

dan aku cakap yang ko ni tak leh percaya..

rasa seronok ke??

ke rasa happy bile orang pandang sinis sambil cakap "kau ni orang paling bodoh sebab menipu tapi tak pandai nak tipu.. nak menipu tapi tak pandai"

apesal?? kena langgar ke kalau kau berlaku jujur??

apesal?? kau kehilangan hidup kau ke kalau ko berlaku jujur??

apesal?? kau akan rugi ke kalau kau berlaku jujur??

aku malu la dengan kau.........................................

Friday, March 26, 2010

cinta bustop part 1

************************************************************************************

Zuan memandang keluar jendela. Memikirkan tindakan dia. 3 jarinya masih merah berinai. Baru tadi majlis resepsi di rumah pengantin perempuan berlangsung. Raja Safini Zaifin adalah perempuan yang terpaksa dia terima dalam hidupnya dan kerana perempuan itu juga dia kini seolah hilang separuh hidupnya kerana cintanya yang telah lama berputik akhirnya musnah akibat darjat.

"bonda.. bonda tak bolah buat Zuan macam ni bonda. Zuan cintakan orang lain bonda. Lame da kami bercinta. Takkan Zuan nak pergi macam tuh je bonda" rayu Zuan kepada bondanya Raja Rasliah. "ini keputusan muktamad bonda, kakak dan abang zuan sume boleh turut perintah bonda kenape tiadak pada zuan??"... "tapi bonda..." "takde tapi-tapi zuan... ini keputusan MUKTAMAD bonda!!!!! jangan derhaka!!!" tegas Raja Rasliah dan berlalu pergi....


"abg... abg...abg zuan" zuan terpisat2x. terkejut apabila isterinya yang baru dia kahwini memanggilnya. tiada apa yang kurang pada dia. cantik, lembut, baik, walaupun sedikit seksi tetapi die masih ada lagi sifat ketimurannya tapi hanya satu yang kurang Cinta. Sesungguhnya dirinya tidak mencintai perempuan yang berada di depannya... "abg ni termenung kenapa.. uhurmm... cantik tak baju fifi ni?" tanya fifi pada zuan. Zuan angguk lemah dan berlalu pergi meninggalkan Fifi dengan seribu tanda tanya tentang kemanisan yang patut dia kecapi sebagai isteri pada hari pertama dia dengan suami tetapi di berikan layanan hambar oleh suami.
"apa salah aku.. apa yang kurang.. aku siap pegi spa sebulan sebelum kawin.. tak cukup menggoda ke aku ni" getus Fifi dalam hati

Thursday, March 25, 2010

cinta bustop part 1


aku masih menanti. Menanti dengan penuh harapan. Berharap agar pintu itu berbunyi mengharap agar ade dirinya berdiri dengan senyuman. Tapi aku hanya mampu menahan rasa di hati. Harapan hanya tinggal harapan. Hubungan yang aku harapkan sampai ke jinjang pelamin berakhir dengan penuh rasa duka di hati. Apa yang menyebabkan aku masih menanti dia hadir dalam hidup aku. Tiada apa cuma rasa CINTA yang masih utuh untuk dia.

Senyuman dia, ketawa dia, layanan dia sentiasa menganggu benak fikiran ku. Walaupun kini dia sudah pun membina sebuah kehidupan berkeluarga dengan wanita lain tapi aku masih berharap agar cinta yang bermula hanya di sebuah bustop berakhir dengan kebahagian.

Gambar perkahwinan dia dengan gadis pilihan keluarganya seolah menjadi pisau membelah hati ku. Walaupun aku cuba selindung rasa duka di hati. Aku cuba untuk menghilangkan diri dari semua ini namun apa yang mampu ku lakukan kerana cinta dan hati ku hanya milik dia Zuan Irman. Dialah lelaki yang aku harapkan mampu memberikan sedikit rasa bahagia.

"Hai boleh saya duduk.. sebelah awak"... itu la ayat pertama perkenalan kami di bustop. Aku terus mengelamun mengenang kisah yang dulu. "eh.. uhurm dudukla.. memang bangku ni di sediakan untuk duduk"



"hurm awak nak pergi mana?? name sya zuan.. boleh panggil irman" sambil menghulurkan tangan nya. Walaupun berkali terserempak di tempat yang sama tapi ini la pertama kali aku dan dia bertegur sapa. "hoh.. uhurm saya BON.." sambil menyambut tangan yang di hulurkan. zuan tersenyum "BON tuh nama dalam IC ke? kenapa macam name lelaki je" dan bermulala dari situ aku dan dia menjadi rapat sehingga di gelar pasangan kekasih setelah hampir 3 bulan menjalinkan hubungan sebagai teman.

"Mar... weii Mar..... BONNNN!!" aku tersentak bila name ku di panggil.. Marlia Balqis name betulku tapi kawan -kawan selesa panggil name ku BON.. dan Mar adalah panggilan zuan pada ku dan teman-teman mula terikut... "eh kenapa" jawab aku sebaik nampak sahabatku Nita berdiri di sebelah.. "uhurm kau ni asyik termenung je kau pikir die lagi ke??" aku menggelengkan kepala "dah mar aku kenal kau... 5 tahun kau dengan die bercinta.. tapi aku tahu kau dan zuan tak salah cuma darjat yang pisah kan kau dengan dia.. sabar la mar.. kalau kau untuk dia.. die kemana pun kau pasti dengan dia" aku terharu dengan kata nita aku tak mampu menahan rase sedih.. aku peluk nita dalam tangisan yang menyakitkan hati ku.. Zuan aku rindukan kau.

Wednesday, March 24, 2010

jangan menyerah


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi



Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

JANGAN MENYERAH

ikan baru.. new fren! welcome home

kisah aku dengan kucing dulu memang sebuah cerita yang sedih
dan kalau boleh aku nk akhirkan cerita sedih itu
dengan kebahagian lain pula.
walaupun aku ade kucing lagi tapi itu tak leh mematikan fikiran aku
untuk fikir tentang perihal kucing2x aku yang dulu
dimana mereka agaknya...

dan ini adalah teman baru ku... ikan puyu.
dan aku dah letak 2 ekor dalam rumah dan 4 ekor lagi di luar rumah

Tuesday, March 23, 2010

sejauhmanekah kite....2

dalam percintaan pergaduhan itu dah menjadi asam garam dalam perhubungan
malah ianya merupakan satu perkara yang membawa kite "lebih faham" akan kehendak pasangan kita..
pelbagai faktor yang boleh membawa kepada pergaduhan tetapi penerimaan kita kepada masalah perhubungan itu yang menjadi penentu..

couple fight Pictures, Images and Photos

adakah perhubungan itu harus di teruskan atau patut berakhir dengan peperangan...
sekali lagi kita yang membuat keputusan...

bagi aku.. aku cukup percaya dengan peluang....
malah telah banyak kali peluang diberikan bukan untuk mendesak tapi same-same membaiki kesilapan diri... terutama pada pihak yang pernah buat salah...

tapi tak bermakna menjadi kesalahan kalau kita hendakkan perpisahan menjadi jalan dalam perhubungan

my heart breaking Pictures, Images and Photos

tetapi yang menjadi kesalahan apabile kite membuat keputusan atas sebab ketidakpuashatian kita kepada pasangan kita...
dan ia bertambah buruk apabila perkara tersebut terjadi di sebabkan oleh sikap emosional kita.

jadi tindakan mereka yang suke "membakar" hati pasangan dengan "dendam posting" adelah perkara yang agak emosional.. agar diri kelihatan bermasalah dan juga meminta simpati dari mereka yang sepatutnye...
tapi bagaimana dengan pasangan kita???
adekah mereka suke dengan tindakan kita??
adekah mereka gembira dengan tindakan kita??
atau adakah mereka membalas atau respon dengan tindakan kita??

pasti kebanyakkan tidak... malah itu menjadikan kite lebih sakit hati??
jadi mane dari 50% sakit hati.. kemudian ditambah dengan 20% sakit hati sbb pasangan kita langsung tak ambil port dalam mana-mana post berunsur emotional kita itu....

jadi perkara pertama dalam menghadapi konflik ialah cuba berlaku tenang...
kemudian boleh menyebabkan kita lebih bertindak rasional

Rational Pictures, Images and Photos

dan akhirnya dengan ade ketenangan dalam diri.. kita akan sama-sama mencari solution...

bukan tidak elok untuk menghebohkan tentang masalah kita pada orang lain cume.. apabile ianya menjadi isu pada awalnye kecil akhirnye menjadi besar.. tetapi penyelesaiannya masih kurang nampak...

apabile orang lain sudah tahu masalah kita.. dan di tambah kita mempunyai ego yang tinnggi kita pasti menyalahkan pasangan kita dan tidak jumpa penyelesaian dalam perhubungan..
jadi bila hadapi konflik.. sedaya upaya untuk mencari solution sendiri.. sebelum hal itu di hebohkan kepada orang lain... agar keputusan yang di buat bukan atas nasihat orang ketiga yang kadang-kadang "berpura-pura menjadi hero dalam perhubungan kita"


Monday, March 22, 2010

penantian hidup by samsons

Kulewati dalam waktu
yang terus berjalan dan

clock Pictures, Images and Photos

takkan berbalik kusadari hidup ini akan indah bila bersamamu



Kuterbuai dalam mimpi
kan terus bersama hingga akhir hidup
ku mengerti ku pahami
kaulah yang terbaik yang takkan kumiliki

finger couple Pictures, Images and Photos



Semua...yang harus tetap terjaga
tak mudah menjadi nyata

kisah yang semestinya menjadi indah
kini tertutup abadi

waiting Pictures, Images and Photos

kaulah anugerah dalam setiap
nafas hidupku
penantian hidupku kian memaparkan
sgala baikmu
Kaulah anugerah di dalam hidupku
penantianku terhapuskan

Beach Loveeee. Pictures, Images and Photos

sejauhmanekah kite....1

aku sering melihat tingkah laku kawan-kawan aku.. diri aku sendiri dan juga mereka yang terdekat...
akhirnye menjadikan aku untuk berfikir secare kritikal...
memandangkan hobby aku ni suke bace blog orang lain (blog lebih matang).. jadi daya pemekiran mereka bukan hanya bercerita secara general tapi cuba mengupas mengapa bagaimana di mana terjadi...
jadi sambil membaca membuatkan kita lebih berfikir tentang mane silap kita... tak menunding kesilapan ke atas orang lain

tapi post aku kali ni takde kena mengenakan dengan ape aku cakap kan kat atas ni.. cume pelbagai persoalan timbul apabila pelbagai masalah mereka aku dapat perhatikan..
tiada kekuatan nak bertanya dengan lebih lanjut takot di kate busy body cukup la memerhatikan dengan keadaan mereka sendiri seolah "bebalas dendam" secara posting...
seorang begini postnye...
seorang lagi begitu pula postnye...
ade juga yang cuba untuk menutup cerita.. tapi sekali dah post itu dah tunjuk kita nk orang tahu tentang ape yang kita alami..
dan benda itu tak salah... yang salah.. bile kite da post... kite baik balik.. kite dah mencarut2x kita puji balik.. so mane satu hati kite?? ke nak jadi lalang.. kejap ok kite kate sayang kejap benci kite carut2x kan...

dalam usia percintaan macam2x benda kite leh tahu. macam-macam benda kite leh rse.
jangan sbb bercinta kite menjadi keanak-anakkan. sbb cinta itu kebanyakan menjadikan kite lebih dewasa.. dari tak kuat mengalah jadi penyabar.. dari panas baran idup dengan penuh tersenyum..

bersambung........






Saturday, March 20, 2010

kahwin

hari ni aku pulang ke kampung halaman kerana salah seorang sepupu ku bertunang..
(dalam keadaan menyindir diri sendiri kerana masih lagi tak "dipetik" orang. hehehe)

tapi sepupu ku yang bertunang ni sebenarnye adalah sepupu lelaki dan baru berusia 21 or 22 tahun...dan yang pasti die lebih muda dari aku...
rase tergugat??? sudah semesti aku rase tergugat.... walaupun kadang2x aku cube menidakkan tetapi aku tak boleh nak menipu rase sendiri yang jealous dengan mereka yang sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan...

tapi aku kadang2x terpikir terutama bile aku tengah drive atau sibuk berkhayal sebelum tidur....
tentang ape yang membawa diri ke gerbang perkahwinan..

1)cinta?? adakah benar2x apebile kite dah bercinta, kite akn terus di bawa ke gerbng perkahwinan... tapi aku dah banyak kali bercinta... masih lagi takde pintu gerbang nye.. jangan kate pintu... tingkap perkahwinan pun tak berjumpe lagi...

2)harta?.. hurm mereka yang kawin2x dekat ngan aku... aku rase tak la semewah mane.. org biasa.. yang perlu mencari duit untuk mengumpulkan "duit hantaran atau duit beban"

3) kerja? urmm aku rase ini ade separuh2x mengiyakan nye. orang yang dah berkerja ni.. lain sket pemikiran nye

4)umo?? beso atau kecik.. tapi klu umo tua sket orang takan membebel bile kite nk kawin.. jadi masalah bile umo kecik dah nk kawin...

antara faktor kat atas ni takde satu pun leh memuaskan hati aku kecuali dengan satu jawapan iaitu jodoh ku belum smpai...dan mereka yang kawin dulu semua nye sudah sampai jodoh mereka..
byk ilmu perkhwinan yang belum aku perolehi.. dan aku diberi masa untukmencari di mane ilmunye..
dan lebih besh nye aku di pakse oleh orang yang aku harapkan untuk menjadi pasangan idup aku.. mecari apa makna PERKahwinan.. dan aku masih belum jumpe lagi akan jawapan itu...

p/s: ibu bapa di galakkan kahwinkan anak-anaknye apabile mereka sudah merasakan anak-anaknye sudah ready sepenuhnye...
dan ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang mempercepatkan perkahwinan anaknye..

Related Posts with Thumbnails