Friday, March 27, 2009

buku zaid ibrahim pi la beli

Pada pukul 6.49 p.m 27.03 lengkap 311 muka surat dari buku Zaid Ibrahim telah aku baca. Buku yang bertajuk ‘saya pun melayu’ baru sahaja di lancarkan oleh beliau. Buku ini juga telah di sarankan oleh pensyarah bagi subjek politik aku. Pada awalnya aku cuba-cuba bertanya pada kedai ayah aku (siapa belum tahu ayah aku ada kedai buku) tetapi sayang sekali buku tersebut masih belum terdapat di kedai ayah. Kecewa juga, kalau beli dengan ayah mungkin dapat sedikit murah, mesti la anak tauke.

Seperti yang tertulis dalam buku tersebut buku ini khas atau sesuai pada anak-anak muda yang nak mengetahui tentang perjalanan politik dalam Negara kita. Ada perkara yang mungkin kita tidak tahu pada tahun-tahun yang lepas mungkin lebih mudah di fahami dengan adanya buku seperti ini. Bagi aku yang lebih dua sem mengikuti subjek politik termasuk falsafah-falsafah lama. Banyak juga di sentuh didalam buku ini dah menjadikan aku lebih minat untuk terus membaca. Seolah-olah aku membaca satu novel cinta yang tak boleh di tinggal sebegitu sahaja.

Lebih mudah untuk aku katakan buku ini adalah bukan hanya luahan rasa bagi beliau tetapi bagi aku juga terhadap budaya politik dalam Negara kita ini. Sayang sekali apabila ramai teman-teman aku tak kira la di myspace, frenster atau facebook malah di YM sekali pun tidak begitu berminat mengetahui nya. Aku tidak menyalahkan mereka. Mungkin mereka berminat tapi melihat kekotoran yang ada dalam politik ini terus membuatkan mereka mual untuk memperkatakanya. Tapi bagi aku yang amat meminatinya politik kerana ianya boleh menunjukkan budaya dalam masyarakat politik ini asam garam dalam hidup dan tak salah untuk mengetahui berkenaan dengannya. Bagaimana pemimpin menjadi harapan rakyat menjadi model pada mereka. Aku tidak bermaksud untuk memarahi sikap teman-teman yang sebegitu malah aku cuba untuk bersikap terbuka tetapi sedih di hati tetap ada kerana seolah-olah mereka tidak mahu ambil tahu tentang kepincangan Negara. Seolah mereka berkata ‘dorng tak kaco idup aku nape aku nk kaco hidup mereka’ asalkan duit masuk dalam poket sudahla. Mungkin itu yang dapat aku gambarkan.

Buku ini juga ada menceritakan bagaimana untuk membentuk melayu yang lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan sepenuhnya. Selain daripada banyak perkara yang sama dengan pikiran aku di terjemahkan dalam buku ini. Tiada niat di hati untuk mempersoalkan tentang DEB yang tamat pada tahun 1990 yang sekarang di kenali sebagai DPN tetapi rasional nya terhadap DPN seolah-olah tidak berkesan. Apa yang di lihat sekarang ianya lebih berbentuk perkauman. Semuannya terdapat dalam buku ini. Aku bukan tidak berkata DEB itu tidak bagus. Malah aku bersyukur dan boleh katakana DEB itu amat membantu terutama keluarga aku. Kalau tidak mungkin aku sekarang masih duduk di rumah setinggan. Tetapi kerasionalnya perlu di kaji semula. Kalau tak sampai bile kecekapan melayu dalam kemahiran kita nak perolehi.

Masalahnya dalam Negara kita ini banyak perkara-perkara telah kita takuti seperti “abisla kita kalau cina yang memerintah” padahal mereka itu adalah salah bangsa di dalam Malaysia mengapa perlu kita takut sepatutnya kita takut dengan pendatang asing yang belum tentu mempunyai kerakyatan dalam Negara kita. Mereka(org cina) bukan boleh kembali ke Negara mereka. Dan contoh yang paling baik dalam buku tersebut di mana beliau menyuruh kita bayangkan bahawa kita ini adalah pendatang tanah melayu yang duduk di Negara china selama 100 tahun lama nya. Adakah kita suka Negara kita mempunyai sifat perkauman dengan melebihkan sesetengah kaum sahaja. Rase nye kita juga akan memberontak.

Orang cina dan India mereka ini baik dan boleh jadi rakan kongsi yang baik jika kita tahu menjaga tolenrasi dengan mereka. Tak perlu saya ambil contoh yang payah-payah cukupla bisnes ayah saya di jadikan contoh. Ayah saya mempunyai kawan yang terdiri daripada supply buku-buku dan surat khabar. Mereka ialah orang cina dan India. Dalam berkerja mereka tip top malah Uncle Solai lama dah menghantar surat khabar kepada ayah saya. Malah rumah yang saya duduki ini ayah saya beli dari pada beliau kerana beliau kesempitan duit pada masa itu kerana masalah anaknya yang suka bermain judi. Ayah membantunya kerana ayah kata die adalah rakan kongsi yang baik sebab dia banyak membantu menaikkan bisnes ayah. Malah kami selalu menukar-tukar hamper apabile musim perayaan begitu juga dengan seorang lagi rakan ayah yang saya selalu panggik ‘komik cina’ sbb dia supplu komik dan berbangsa cina. Malah sejak saya kecil sampai skrg kami masih baik dan die kerap bagi duit raya bila tiba hari tahun baru cina.

Tiada niat untuk saya katakana melayu itu tidak baik, tetapi segelintirnya suka mengambil kesempatan. Saya dan keluarga pernah di tipu sewaktu mengubah suai rumah dengan orang melayu. Niat di hati nak Bantu bangsa sendiri tapi pulak kena Bantu diri sendiri. Bila orang tahu buat rumah kita pun sama nk buat rumah. Tapi bocor sane bocor sini pintu rumah tak siap tandas bocor. Atap bocor. Memang la harga adalah harga kawan-kawan tapi kos membaiki nya dan tahap keselesaan malah hal kepercayaan tak boleh di beli dengan kata harga kawan-kawan. Baru-baru ini kami membeli sebuah rumah lagi dah ingin mengubah suainya. Dan satu ayat mudah pada ayah saya. Pilihla orang yang boleh buat rumah ini dengan betul2 dan ada jaminan biar mahal sikit asal hati tak sakit.

Tuesday, March 17, 2009

permulaan krisis kewangan 2008 ( part two)

>sori mesti ada yang tak bape nak faham kan... ok penerangan bagi part one.. tapi anda di nasihati untuk mencari yang lebih pakar la ek.. sbb aku ni pown dalam poses pembelajaran takot bg benda salah plak but im try my besh ok.
>seperti yang kita ketahui la kan bank adalah salah satu fungsi dalam keewangan. mereka ini akan ambil deposit ( ape yg kita simpan dalam bank) kemudian bank akan gunakan simpanan tersebut sebagai pinjaman pada peminjam untuk di gunakan sebagai pelaburan dan juga penggunaan (cth jd modal dan mcm pinjam nk buat rumah macam tuh la )
>bank juga nk dapat duit dia boleh juga buat pinjaman daripada bank2 lain so dorng dapat keuntungan berdasarkan perbezaan nk byar faedah tersebut
>masalah nya apabila tempoh matang yang pendek berbanding aset-aset bila tempoh matang dia pendek buat org tak percaya dan mudah untuk kuarkan wang mereka itu dengan serta merta
>bank juga ade masalah bila peminjam yang pinjam duit tak bayar duit so mereka skrg mcm dah takde duit da..
>masalah jugak timbul bila ade nya deposit dalam floating rate(yg leh sbb kan masalah kenaikan interest rate)
>misal nye kalau floating rate ni lebih tinggi dari pada fix rate, byk nilai bank akan hilang

ok kita masuk pada part two

fungsi2 bank pelaburan

>bantu firma kumpul wang dalam pasaran modal
>boleh jugak menasihati firma dalam pembiayai mereka.
>menjana jamin (mcm insurans) dalam sesetngah isu cth berpakat dengan bank lain dalam "sindiket" untuk beli sekuriti yg terjual
>nasihat dalam penggabungan dan dalam pemerolehan (boleh dapat untung sbb dorng di byar)
>glass steagall act - halang bank2 perdangangan daripada bagi pelaburan pada bank perkhidmatan

apa / siapa/ pelabur dalam institusi

>dorng ni mmg org yg banyak duit la
>terdiri daripada duit pencen, dana bersama (matual fund), syarikat-syarikat insurans
>dorng ni la yang akan kuasai pasaran sekuriti (stok, bon )
>jd dorng ade pengaruh dalam kewangan korporat

akan bersambung lagi....

ni belum sampai tahap mcm ne leh jd krisis ni pendahuluan ngah terangkan mcm ne leh berkait antara satu sama lain....

permulaan krisis kewangan 2008 ( part one)

>sebelum tuh nak bagi tahu... ni aku amik dari slide lect aku yang di edit sket... lupe plak die tak bg slide tapi pandai2 la tgk dalam google eheheheheh...

ok kite mula kan dengan bank

operasi bank

>ambil wang sbgai deposit pada mereka yang membayar interest
>meminjamkannya pada peminjam untuk di gunakan sebagai pelaburan dan juga penggunaan
>bank juga buat pinjaman dari bank2 lain
>membuat keuntungan daripada perbezaan antara bayaran interest dan penerimaan

potensi masalah bank

>kebanyakan liabiliti bank mengalami tempoh matang yang pendek berbanding aset2 > ini akan membawa kepada kegagalan bank dan menyebabkan penyimpan-penyimpan mengeluarkan wang serta-merta
>risiko kredit> peminjam tak dapat nak bayar balik pinjaman yang di buat> lebih bahaya diwaktu buat pinjaman syarat2 nye telah di longgarkan
>risiko kadar faedah>deposit dalam keadaan terapung>pinjaman dalam kadar tetap> dan jika kadar terapung lebih dari fixed rate bank akan loses

tahap kritikal dalam sistem bank

>jika bank sediakan kredit dan operasi pembayaran- kegagalannya akan menyebabkan masalah dalam ekonomi akibat kejatuhan perniagaan lain
>oleh itu memerlukan peraturan daripada kerajaan
-keperluan rizab> memegang kadar deposit bank oleh bank pusat (crr)
-sesuaikan kadar aset berisiko dengan modal dalam bentuk ekuiti dan juga simpanan pendapatan


ok akan disambung pada masa akan datang ngah cuba untuk memahami nye heheheheheh

Friday, March 6, 2009

peranan media

apa yang mungkin kita akan faham berkenaan dengan media. mungkin yang terlintas dalam fikiran kita media adalah satu platform untuk penyampaian maklumat. mungkin dari satu pihak kepada pihak yang lain. dan media ni mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah media elektronik yang terdiri daripada rancangan di TV, selain itu media cetak itu adalah antaranya ialah surat khabar buku dan sebagai nya..
macam yang telah di beritahu media adalah fungsi utama dalam penyampaian maklumat kepada orng lain. ini boleh di anggap sebagai medium penyampaian.
dalam pelajaran politic saya yang lepas kami di tekankan dengan pelbagai soalan oleh pensyarah kami, yang mendesak untuk kami jawabkan antaranya ialah berkenaan dengan " apakah keburukan yang di bawa oleh media prima( yang utama) pada pembangkang" dan kebanyakan kami trus menyatakan bahawa media2 di malaysia ini kebanyakan di dominasi untuk kepentingan sesetengah parti. dan bukan untuk kepentingan rakyat semata-mata. ada di antara cerita yang di ketengahkan di tapis dan rakyat hanya membaca sebahagian cerita sahaja dari cerita sepenuhnya. Dan persoalannya apakah kepentingan keadaan sedemikian. Melihat kepada persoalan tersebut lantas ada antara kami memberikan jawapan yang mungkin boleh di terima pakai antaranya.. Ketidaksamarataan antara berita yang di sampaikan oleh media adalah untuk memastikan kestabilan dalam perhubungan antara kaum dan untuk memastikan bahawa rakyat malaysia akan terus berpadu. apekah rasionalnya kenyataan ini keluar ini berbalik kepada kematangan rakyat kita di negara kita kita sendiri adakah kita boleh menerima cerita di sebaliknya atau kita memikirkan cara yang baik dalam menyelesaikan nya.. dan itu menjadi persoalannya.. bagaimana kita hendak mengira kematangan rakyat di negara kita.
JIka di lihat perbezaan keterbukaan di negara lain memang di akui di negara mereka memang lebih terbuka kerana rakyat nya juga lebih terbuka. tetapi keterbukaan mereka juga terbatas terutama jika kita membincang isu2 agama yang akan menyentuh sesetengah pihak masih ada relevan kah untuk kita katakan bahawa mereka ini masih terbuka.
dan persoalan kedua yang di tanya ialah "apa manfaat yang kerajaan dapat dalam mendominasi peranan media" kalau hendak jawab dengan mudah atau jawapan budak sekolah mesti la kita akan cakap dapat pengaruh rakyat. tapi apabila kita lihat kembali jawapan itu tidak lagi boleh di terima pakai seratus peratus. melihat kepada situasi sekarang rakyat sudah mula terfikir terutama lagi sejak tahun 1998 di mana satu isu besar telah melanda negara dan sejak itu rakyat mula terfikir akan peranan media yang melampui batas dalam menyalurkan berita dan sejak itu media yang di dominasi oleh kerajaan di jadikan bahan bandingan antara media dari pembankang dan juga dari alternatif lain.
sejak bila media di jadi kan propaganda dalam politik ini di lakukan oleh pemimpin yang lepas2 kerana melihat kepada keterbukaan media ini menjadi mereka seolah2 "besar kepala" sedangkan mereka di pimpin. jadi semenjak itu peranan media di ubah menjadi satu modul dalam mempengaruhi pemikiran rakyat pada umum nya.
tertarik dengan pertanyaan kawan saya bob di myspace. "melihat pada rancangan awani berkenaan dengan media cetak dan blog" dua-dua nya adalah media. tetapi pencetakan mungkin lebih besar di dominasi oleh parti politik. tetapi blog lebih terbuka penggunaannya. dan adakah sumber2 nya lebih berbentuk fitnah. jawapannya mudah ikut kepada pembaca. jika pembaca itu jenis yang suka bersikap rasional akan mencari fakta dan baru membuat keputusan dan kesimpulannya mana-mana media boleh mengada-ngadakan cerita dan nak percaya atau tidak terpulang kepada orang yang membaca.
selain daripada itu, jika kita lihat situasinya, adakah patut Harakah menyediakan satu ruang khas untuk meceritakan tentang kebaikan yang di buat oleh kerajaan??? mungkin ini adalah salah satu idea yang mungkin takan di terima pakai kerana itu la satunya bahan mencetak yang di buat oleh PAS sedangkan banyak bahan bacaan telah di dominasi oleh kerajaan kenapa perlu di letakkan ruangan berkenaan dengan kerajaan.???

jadi hal ini akan di lanjutkan lagi pada masa akan datang heheheheheeh

Wednesday, March 4, 2009

t-shirt anti my ex




ni nak promote t shirt tak silap aku t shirt yang akan di cetak no 10 tapi kalau ade sesiapa nak bagi komen pasal design t shirt ni bleh aje.. t shirt ni di buat atas idea group anti my ex di frenster.. tapi terbuka la pada sesiapa nk order..

so pada sesiapa rase nk order dan berminat leh la contact

azri = no phone .... o175293361

kalau nk tnye aku pown leh jugak aku leh la bg info sket

ok hehehehehehe

tegas itu baik ke??? atau menjengkelkan

aku harap topic ni bukan topic yang membawa kepada menngumpat cuma nak bawak berbincang berkenaan dengan nye..
aku juga di kenali sebagai antara org yang tegas terutama waktu aku jd pengawas dulu..
ade gak junior aku yang cakap aku ni garang suke main sound org.. dan sebagai nye.. jawapan nye mudah aku jalankan tanggungjawab aku kalau tak nk dgr tuh hal ko..
tapi kadang2 sifat tegas tuh membawa kepada masalah bila ade org yang tak bape nk suke dengan ape yang kita buat.. mula ade yang tak nk dekat, menyampah eeeeee geram pown ade and macam2 yang berlaku..
dan aku juga merasakan keadaannye skrg..
aku ingat bila masuk dalam universiti skrg ni dah takde da.. cerita pasal lect sound student... and sbgainya sbb kita ni same2 dah educated.. tapi sem lepas aku dah kena dan sem ini aku kena lagi. tapi aku tak marah lect tuh cume aku agak tak puas hati sbb pelis laaaaaaaa aku bukan dak kecik...
aku masuk kelas aku terperanjat sbb selalu nye die masuk 5 minit lmbat dan aku akn menunggu die tapi die masuk awal kali ni dan aku org pertama yang masuk kelas.. die tnye aku.. kelas ade tak ni.. aku ckp kawan2 aku ngah on the way,.... bile kelas dah ade 5 org student die bleh amik keputusan kunci pintu kelas tuh tak nk bg student lain yg lambat masuk aku mcm tertnnye mmg kena buat mcm tuh ke?? ke ari ni ari bad mood die.. bg aku la kan.. tak kire la student tuh lmbt ke tak die dtg biarla die.. mungkin die ade sbb lain die dtg lmbt..
dan nk di jadikan cerita aku ni anto msg kat kawan sblah aku bunyi mcm lawak la.. dan kawan aku tgk aku and senyum aku senyum balik tetibe aku kena sound..
aku dah mcm pelik.. aku ni student darjah bape.. takkan pasal senyum pown nk marah lain la aku berckp time die ngajo dan aku mula tak fahamm.

tpi aku tahu aku pown ade slah gak tapi ntah la mungkin care yang die gunakan tak sesuai ngn umo kitrng yang agak beso ni.. sbb kami perlukan cara yang lebih berdedikasi dalam nk displin kan kitrng die berhak untuk mengungkit ilmu yang dia bagi pada kami kerana die seorang pengajar.. tuh la yang menjadi tanda tnye agak nya org tak puas hati ngan aku dulu sbb bnda2 macm ni la kot.. hahahah...

maap kan kami lect kami hehehe

Tuesday, February 24, 2009

kisah jam 5 pagi...

"i sayyyy... free ur breeze..." hp aku tetibe berdering.. aku sangka alarm aku berbunyi tapi bukan..
ade orang call dan aku tak tahu siapa plak yang call aku time2 mcm ni...
dah la mlm td aku minum air kopi.. mmg tak leh tido siap aku berjaga sampai pukul 2 pagi... titibe dalm waktu ngah lena ni ade plak yang kacau.. takpe angkat je... "salam... fira gujiwa" uit... sape plak yang panggil name YM aku ni fira gujiwa... "eherm... ni sape??" "aik.. fira gujiwa tak kenal dah?".. "tak kenal la" "ni f****L" "hah sape?? hurmm mane kenal lupa la..." tuttttt tetibe die letak hp.. aikk aku blum abes ckp lagi main letak je cess hampeh je... ooooooo baru aku teringat dak tuh duk kat tempat tinggal lama aku.. taman melati.. aku pown anto msg "sori tak kenal la...."
tetibe hp aku berbunyi....aku angkat "fira gujiwa.. sedih ni mcm ne leh lupe.." aku gelak bukan sengaja lupe sbb lame die tak online and tak ckp ngan aku.. mmg aku senang lupe hahahah maap la ek kawan.. takde niat.. aku igt ko... tapi guna niick ms la.. aku leh kenal.. kalau name betul payah sikit aku nk igt... kami berborak... die tnye mcm2 kat aku.. siap cite pasal DVD jepun yng aku baru tgk cite gokusen ... siap die nk bg aku pinjam dvd die ,.. hahahah tak perlu kot..
hurmm kami berborak dan berborak.. tetibe aku tnye die... "how ur life??" tetibe die tukar nada suara die.. haishhh "clash ngan gf ke???" " awak nak tahu ke?".. kalau nk cite takde masalah bg aku tak nk cite tak pe takde paksaan.. tapi call aku mcm ni pagi takkan takde pape nk stry.. die cite.. kawan die terlibat acident.. mata kawan die masuk kaca... dan sebelah mata die tak leh nmpak dan tulang bahu die lari.. aku terdiam tak tahu ape nk ckp..
"mcm ne leh jd mcm tuh.. kena langgar ngan ape???"..."kereta langgar ngan kereta awk"
so mcm ne ngan die skrg? die bgtau aku die tak dpat cntct kawan die lg.. hp dah off.. mcm keluarga die tak bg ank die cntct ngan sesiapa...
"awk.. leh tak kalau sye nk derma mata sy kat die...sye kawan die.. kalau tak sbb sye marah die.. die takan kuar pagi2 mcm tuh dan xcident.."
aku terdiam....
dan smpai skrg aku masih tak dapat nk jawan soalan die... boleh ke sye nk tukarkan mata sye pada dia......

dan kamu rase?????

Sunday, February 22, 2009

DVD life





bukan senang aku nk komen cerita dvd yang aku tgk..
ok ni antara cerita jepun yang aku tgk... tapi dvd die la.. but original tau.. hahahahhaha...
cite ni di ambil dari komik manga life...
sape yang minat bace komik mungkin penah dengar kot name komik ni..
bapak aku mmg toke kedai komik aku akui la aku penah terpandang buku komik life ni tapi tak terase la plak nk membace nye...
time kasih pada nad romate aku sbb die letak dvd die kat atas meja .. aku ngah nk stdy tertarik nak tgk cite ni...
cite ni pasal kes pembulian di sekolah dan paling besh ape di maksudkan dengan erti sebuah persahabatan..
aku masih teringat lagi ape yang di kate kan oleh shiiba atau auyumo pelakon utama dalam cerita ni "aku takkan maap kan ko sebab kau penah membuli aku dan aku juga takkan benarkan sesiapa membuli pelajar lain sbb aku tak nak dorng rase derita kena buli"
tapi cite ni mmg besh kalau tgk erat nye frenship dorng siap ade buku sticker kumpul pic gmba dorng ngan membe dorng.. then cite ni mmg besh la ngan lagu die yang sgt besh
haish aku trus dw lagu dia hahahah so jgn tak layan..........

Tuesday, February 17, 2009

hai la kera... nape la kau di situ

beruk 3G Pictures, Images and Photos
"mak.... iya dah lambat la...ade kelas ni.." kata aku pada mak aku yang kebetulan call aku...."ok2... bye..".. dah pukul bape dah ni.. aduss mau aku masuk lambat ni..
aku dengan pantas menyarung tudung itam aku... ok sume dah sttle go and go hhuhu.. jap2 aku nk ikut tangge mana.. baik aku ikut tangge depan tuh la.. dekat sket ngan tempat aku parking....
eh lupa plak nk msg aza ade brita hangat ni aku nk cite kat die ni..
dengan begitu pantas aku pown tekan2 sms kat aza...
dalam nk tuwun tangga tuh aku pown buat la muka confident.. huhuh...
dan2x tetibe...
"opocot mak ko" erk.. buat pe la plak monyet ni kat sini aku nk jalan la kat sini.... haish..
sudah di ketahui umum monyet2 atau spesis kera ni mmg suke kat dak2 ppompuan....
aku pown dengan gaya confident.... hurm buat la sound... mcm halau ayam atau kucing tuh "syuhhhhh..syuhhhhh" dengan harapan kera tuh blah... sekarang ni aku dalam posisi nk turun tangga dan monyet tuh plak dalam posisi nak naik tangga cume beberapa langkah je lagi aku ngan die..
bukan stok kecik nya kera ni spesis beso ni.. takpe2x kita try lagi halau "syuhhhhh...syuhhh" jenuh tuh.. tetibe...
dia plak buat bunyi,, mcm nk gigit aku "hahhhhh..hahhhhhhh " bunyi kera tuh.... time tuh aku nampak kera tuh mula berjalan mendekati aku...
aku ape lgi dah nk menjerit dahni...tambah lg aku cuak dia gigit aku... aku undur kaki aku kat blakang..... die maju kan kaki dia kat depan.. bila aku berhenti dia pown berhenti.. mata aku ngan mata kera tuh tepat pandang antara satu sama lain...ngan selamba kera tuh garu badan dia.. cehh kera ni hampeh betul
badan aku dah kuar kan peluh yang agak banyak bile2 mase aku leh menggigil dan bile2 mase je kera tuh leh lompat kat atas pale aku.. yela aku rase tak smpai tiga langkah antara aku ngan kera tuh... aku dah cuak da ni mana aku nk lari ni.. dah la aku lambt nk pi kelas..
time kera tu pndang tempat lain aku pown undur kaki aku.. smbil tgk kera tuh.. tetibe
"pappppppp" bunyi tong smpah jatuh.... dari bawah.. aku dengan pantas berlari naik atas.. dengan sesekali aku tgk blkang mane tahu kera tuh follow aku selamat la die tak ikut..
huh syukur bunyi tong sampah td tuh berjaya mengalih perhatian die...
aku lari....
nk lalu kat tangga lagi satu.. badan aku dah trcungap2 dah ni..
ngah nk turun tangga.. YA Allah ade lagi ke binantang ni... tapi ni kecik sket dri td. tapi pengalman td buat aku tak brani nk redah.
tetibe aku dgr pompuan menjerit.. hurm terkejut la tuh dengar bunyi kera...
pastu aku tgk lagi sekali dah takde dah kera tuh. aku pown trun ngan pantas.. selamat smpai ke kelas... biasanye kelas aku tuh sejuk mcm peti ais tapi kali ni aku masuk... aku rase tak sejuk langsung..... panas nye ngan peluh mcm lari 100 meter.. hahahahaha
tuh la kisah nye..

p/s= UM mmg banyak kera terutama kat kawasang bukit2 tuh hahahahahaha....

Sunday, February 15, 2009

kisah lipas dalam kasut dan cite geng di panggung wayang

"mana YOL ni korang.. lambat gile nk amik aku...aku tak sabo nk naik moto ni... nk merempit" kata aku kat kawan2 aku... smbil kaki aku yang dah siap berstoking menyarung kasut converse aku yang berwarna coklat....
"weii aku rase mcm ade something la dalam kasut aku ni... batu kot" aku cabut balik kasut aku tuh.. betul2 depan meja makan dekat ngan membe2 rumah aku... smbil tgk cite cerekerama tv3 aku pown smbil cabut kasut smbil tgk cite tuh.. siap smpat tnye dorng lagi...
mcm bese la.. kena ketuk kasut tuh nk bagi batu terkeluar.... ketuk and ketuk.. sekali telur lipas yang keluar.. aku dah pandang muke kawan2 aku... and dorng pown dah pandang muke aku..
"patut la rase lain mcm ade telur lipas... " aku ni mmg geli ngan lipas.. yang ade kena mengena ngan die aku mmg geli termasuk la telur die je.... sambil duk merengus.. aku pown ketuk lagi... ngah confident ketuk ni.... zapppppppp.... automatik aku menjeritt...
"arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lipasssssssssssssssssss" aku menjerit trus melompat ke sofa ngan tangan sebelah lagi memegang sebelah kasut aku...
aku trus cmpak letak kat tepi kawan aku.. semua mcm ketawa terbahak2 tgk aku yang dah macam anak kera... nad kawan aku trus campak kasut aku yang sebelah lagi kat tgh2 ... aku dah nak naik menggigil sbb aku tersgt geli..... rase mcm nk potong je kaki aku ni.. sbb aku leh rase binatang tuh dalamm kaki aku mase aku ngah sarung kan kasut...
"syitahhhhhhh tolon la syitah pi tgk kasut aku tuh ade lipas lg ke tak.. mau aku tido malam ni..."
syitah smbil gelak tolon la aku.. haish...
dorng sume terkejut bukan sbb lipas tuh sbb suara aku menjerit..
salah sorang kakak yang duk sama ngan aku tuh siap cakp "fira.. fira... bergegar gigi palsu akan dengar ko menjerit" hahahahhaahahahhahaha mmg malam tuh malam untuk gelak..
abes cite pasal lipas dalam kasut....
skrg cite pasal movie yang aku tgk ngan membe baik aku.. yang lain tak bukan the YOL hahah..
die beriya nk tgk cite geng... cite yang ada upin and ipin tuh...
Geng Pictures, Images and Photos

mmg kami dah tempah tiket tapi YOL plak kena tggu abes keje...
sampai kat mid velly jam dah pukul 10.30 malam... nk tk nk kena gak pi reserve nye tempah.
check2 ktrong nye tiket dah expired.. tapi ngan baik hati dak2 GSC tuh tetap gak bagi ktrong tempat.. nasib ade dua lg tempat kosong.... fuhhh lega...
kuar time 14 hb ni mmg menyisakan.. sbb ramai sgt org... majoriti cina la.. melayu tuh ade tapi tak la ramai mcm cina2x..
masuk pukul 11... aku cri tempat... jumpe masuk2 trus lmpu padam.. hye cepat gile... ye la iklan...
dah strt cite.. tuh tetibe ade org ketawa.. haiii takde lawak pown ketawa.. ntah pape ar.. aku cakap la...
bile start je... fulamakkk ni cartoon malaysia ke..
ngan lawak nye.... fuhhh mmg rugi sape tak tgk.. lupe kan la kejap korang nye nk jge macho ke.. nak controk ayu ke... nk tgk cite ni.. bile time lawak tuh aku rase aku ngan org seblah aku yang over gelak.. so ade aku kisah hahahahahhaa....
cite mmg pasal antu durian tapi betul ke ade antu tuh.. kena la pandai2 tgk ok....
aku tak nk cite lebih.. hahahahah sbb aku rase korang patut tgk.. jgn la tunggu CD.. tak besh.. pi la ngan kawan2... mmg mengancam.. aku igt kate2 rajooo pada upin and ipin " weeeiiii pikir mase depan...." hahahahahahahah sgt2 besh....
JANGAN LUPE PI TGK OK!!!!!!!
Related Posts with Thumbnails