Saturday, August 21, 2010

tentang cinta

bila kita cuba berbicara tentangnya..
kadang-kadang kita tak sedar perlakuan kita seolah-olah bagai orang bodoh..
yang keras boleh jadi lembut..
yang ego boleh terlupa akan sifat semulajadinya.
dan yang bijak pula pura-pura bingung..

hahaha kita macam kena pukau.. hanya kerana

tapi itu ke yang kita cari??

aku suka membaca.. terutama bidang2x cinta ni. bukan untuk jadi dr cinta tapi nak selamatkan diri dari di tipu lagi...
antara blog yang selalu aku kunjung...

bagi aku blog dia santai.... dan cool...
dan bagi yang kadang-kadang keliru dengan perangai lelaki boleh faham sedikit berkenaan dengan pasangn yang berlainan jantina dengan kita..
itu lebih baik.. sekurangnya aku cuba untuk memperbaiki sesuatu.
tapi bukan semua masuk dalam hati....

kadang-kadang aku snediri tak boleh lari dari maksud "bodoh dalam bercinta"
sebab iya memang aku bercinta!!!! itu aje sebabnya...

aku selalu bergaduh kdang-kdang tuh pasal benda kecik bergado..
nak kata every time when talk on phone memang akan gaduh..
tuh belum jumpe lagi.. kalau jumpe pun kadang-kadang macam tuh. aku tak salahkan dia pun...
tapi mcm ada satu benda yang aku masih tak puas hati dengan dia..
tapi aku masih cari mana datangnya ketidakpuashatian tuh...

kemungkinan juga aku bandingkan dia dengan orang?? mungkin atau??
percintaan kami berbeza dengan orang lain??
atau.... mungkin aku nak lebih perhatian yang "di show off" depan orang... "hye tgklaaaa kami sedang bercinta ni"
mungkin??

apa-apa pun aku tetap sayangkan dia...
dan hampir 2 tahun kami bersama aku harap ianya akan berakhir dngan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kemanisan dalam perhubungan...
insya-Allah...




Two brothers really make me cry non stop

two brothers

sedih gile tengok cite binatang ni...


cite pasal 2 ekor harimau yang di buru.
part paling sedih bila ayah die kena tembak mati dan mak die hampir kena tembak..
dan paling sedih bila salah seekor adik beradik harimau ni terpisah..
so start la dorng punye journey.
bagi pemburu yang memburu dorng, dorng pn ada sifat simpati bila tgk harimau tu kecil lagi. dorng tolong bagi makan.. but akhirnya satu terpaksa di letakkan ke sarkas dan satu lagi di bawah jagaan istana kerana salah satu dari dorng ni adalah lebih ganas..

akhirnya dorng dah besar dan dorng di paksa berlawan antara satu sama lain. Memang pada awalnya dorng bergaduh betul2x..
tapi akhirnya sangha kenal adik dia kumail bila teringat dorng masa kecik waktu kumail kena keja dengan binatang lain sangha datang tolong.

uhurmm... nice story..
memang harimau antara haiwan pemangsa yang bahaya... tetapi dorng tak patut di buru mungkin kita tak terpikir kenapa mereka mengganas.. satu sahaja jawapannya. di sebabkan tangan manusia sendiri yang rakus untuk menggangu habitat mereka contohnya macam pembalakan..

dan skrg ni kita kena lihat mcm ne hubungan binatang ni sesame dorng....
emak dia sanggup berdepan dengan bahaya untuk selamatkan anak dia.. tapi kita sekrang??
sanggup bunuh anak sbb tak inginkan dorng??
mana satu lagi mulia?? haiwan ke? atau kita yang kadang2x berlebih2x bersifat binatang...

Saturday, August 14, 2010

aku join GYM!!!

aku sebenarnya semakin risau dengan keadaan badan aku. Tambah lagi lepas habis pratical. Semua orang kata badan aku ni makin membesar dengan jayanya. Mane taknya, time practical makanan sangat mewah! Ntah berapa kali bos aku buat makan2x plus makan kat luar, lunch lagi ahhhhhhhhhhhhhhh hidup aku penuh dengan makanan..

tapi bila dah sampai satu saat aku rasa macam seluar yang aku pakai tuh dah tak berapa nak muat aku rasa aku kena buat sesuatu.

actually aku cuba juga pegi first treatment dekat LONDON weight management. Aku bukan nak kata benda tu tipu.. tapi memang betul dia boleh kurang kan berat aku kepada 1 kilo dalam masa satu hari. Tapi nak buat treatment tuh kemain mahal! tunggu aku dah keje aku ada duit baru la boleh aku nak join!

so atas nasihat salah seorang member aku di suruh pegi gym antaranya celebrity fitness. Aku join punye bersemangat padahal dah janji dengan si dia! nk pegi survey sama-sama tapi memandang dia bz dengan job die aku mampu kot! berdikari sendiri.. aku sendiri survey! GOOD statergik market bila dorng ni kalau nak bagi orangjoin harga akan jadi murah kalau kau first visit , so kau kena sign up sekali...
ahhhh bile aku rasa gym ni agak ok! aku pun main join je!
excited mesti la!!!!!!!

4 hari kemudian! aku tengok berat badan aku dah makin berkurang! 1 kilo... = 4 hari! good job tapi abes sume otot dan tulang aku sakit! sampai aku tak boleh nak tido! tapi aku cekalkan juga hati pegi tiap2x hari atau 5 hari seminggu mana je aku free aku akan make sure aku join..

3 minggu selepas itu aku check berat aku dah kurang 4 kilo! aku rase mcm pehhhh biar betul aku ni! tapi nak buat mcm ne baru-baru tuh aku kena cirit birit! semua benda aku rasa dah kurang dalam badan!

so dalam masa bulan puasa ni aku gagahkan juga hati aku untuk workout sbb aku ade mission yg nak di capai =)

no facebook until midsem

memandangkan 27 ogos ni aku akan ada mid sem and the same day aku kena pulak hantar asgment aku. So aku decide aku kena juga stopkan aktiviti tak berfaedah aku. uhuhuhu bukan apa.. pape pun mid sem aku kena gak score so.. sementara ni pswrd aku telah di tukar kepada yang lain untuk memastikan bahawa aku takan berfacebooking. Tapi facebook pun dah makin bosan.. aku ingat nak lupakan juga pasal facebook ni dan terus kepada bidang penulisan hehehehe berbakat ke?



Monday, August 9, 2010

aik aku kuat mengongkong?

"kenapa syg abg ni dah lain.. dulu tak mcm ni pun?"

ntah.. aku pun pelik dulu nak jealous pun ada masa.. kadang2x tuh aku slow talk lagi. tapi sekarang dah takde slow talk aku terus rasa nak marah dan akhirnya si dia mengalah

"dah la malas abg nak gaduh dengan syg"

semua benda nampak tak kena. kadang2x tuh aku rase mcm dia lebih pentingkan orang lain dari aku padahal takda apa sangat nak di jeleskan.. mungkin dia da kurang luangkan masa dengan aku jadi aku lebih sensitif bila aku tngok dia layan orang lain.

takde niat pun nak mengongkong malah aku tak kisah tapi aku nakkan masa dia dengan aku... itu sahaja...

uhum dia keje sabtu ahad pun dia keje... tak caya?? tak mungkin sbb mak dia pun cakap benda yang sama dia keje..

jadi tak percaya yang macam mane?

kadang-kadang tuh tengah gado2x boleh plak ketawa sbb kelakar... die mmg pandai sangat amik hati aku tapi aku mcm tak pandai sangat nak amik hati dia. bukan ape 'aku ni pandai merajuk je tapi memujuk mmg failed'

tapi aku takut juga mana tahu satu hari nanti dia bosan dengan perangai aku yang mcm ni tak boleh nak fikir pasal dia?

and dengar cita dia nak pegi jepun.. lagi la aku rase sedih gila..
harap2x sangat dia ubah fikiran dia...
walaupun tak pegi bukan sebab aku sebab mak dia pun aku tak kisah asalkan dia tak jauh dari aku.

gila ke aku ni? ntah kadang2x...
"moga Allah makbulkan doa aku untuk bersama dengan satu hari nanti"


LIRIK LAGU KEKANDA ADINDA -- MONOLOQUE & ATILIA
Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?
Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya

credit lyric to http://www.indie.my/lirik-lagu-kekand...

Sunday, August 8, 2010

kawan lama call...

sebelum tu aku nak ucapkan tahniah buat sahabat aku yang dulu satu sekolah dengan aku sebab dah selamat bergelar isteri kepada pasangannya.. TAHNIAH RINA.. moga menjadi seorang isteri mithali yang menjadi kebanggaan suami.

hari ini 8 august aku terkena cirit birit tapi aku gagahkan juga untuk pergi kenduri memandangkan ramai juga orang yang aku berjanji aku akan "pick up" dorng so.. dalam perut yang meragam aku kuatkan juga semangat aku.

bila jumpe kawan-kawan lama dah tentu la.. kita akan bercakap tentang hal masa depan. "dah konvo" "dah dapat keje" "kau bila lagi" dan pelbagai soalan tapi uhurmm masing2x ada laluan dan atau dengan lebih senang kententuan hidup mereka sendiri jadi kita doakan la yang terbaik pada mereka ini.

tengah duk bawak kete ktorng pun start la cerita tentang membe2x lame.. antaranya HUDA..

dan aku dah sampai umah tengah relax2x menahan perut sakit tetibe aku dapat panggilan dari HUDA. terkejut juga aku dalam hati aku duk berkata "eh.. minah ni tahu ke ktorng mengumpat dia" hahahahahah...

mcm bese.. cume terkejut je die call tanya kabar dan die rase tak seronok bila dia banyak tak dapat nak hadirkan diri untuk kenduri kawan2x dia.. maklumla risau juga mane tahu akan datang orang tak nak datang kenduri dia pulak ke..

dah sementara dia nurse aku pun tanya la... ubat untuk aku yang kena cirit birit ni... huhuhuhu hahahahahah dia pun bgtau la benda yang sepatutnya aku buat...

actually aku rindu kawan-kawan sekolah aku.. dan juga rindu zaman sekolah banyak suka duka gadoh dan bermasam muka yang banyak mendewasakan kita..

pape pun sempena nak menyambut bulan ramadhan ini aku mintak maap jika terkasar bahase terusik mane yang tak kena kat semua kawan2x aku yang baik hati ini... =)

salam

Tuesday, August 3, 2010

peh lame gila tak jenguk2x dan taip2x something

aku nak cakap pasal ape?? cinta? busan la plak...

hehehehhe pape pun...

uhurmm actualy berat badan aku memang agak merisaukan jadi sekarang ni aku busy dengan dunia baru aku iaitu gym! siyes.! bile skali aku tak pegi..
aku rase mcm tak lengkap satu hari aku..

so bila balik dari gym aku terus penat!

hehehehe so! mulakan hari anda dengan kecergasan badan dan kecerdasan minda!

Sunday, April 25, 2010

boleh ke Zaid Ibrahim menang?? -hulu selangor

tidak di nafikan isu sensitif di pergunakan untuk pilihanraya kali ini.
Terpandang pada isu-isu yang memang menjadi sensitif terutama bagi golongan melayu yang inginkan pemimpin yang 0 dari mane-mane isu sensitif.
Kelemahan rakyat seolah boleh di gunakan. Jadi mahu tidak mahu pihak PKR berhadapan dengan satu isu mencabar.

Hal peribadi Zaid memang tidak patut menjadi usul dalam pilihanraya. Tapi kita tak boleh menidakkan bahawa PKR juga pernah memainkan isu-isu peribadi dalam pilihanraya untuk meraih undi. Tapi sejak aku selalu lalu dekat hulu selangor ini banyak benda yang buat aku terpikir.
Siapakah yang akan jadi penyelamat dalam isu Zaid Ibrahim ini dan bolehkan zaid ibrahim masuk kedalam parlimen sedangkan itu adalah motif utama mereka memandang Zaid antara peguam yang hebat. dengan firma guaman yang terbesar di Malaysia.

Aku walaupun bukan antara bakal pengundi di hulu selangor. Kalau isu sensitif di mainkan juga. aku akan pilih Zaid ibrahim keran ketrampilan dia dalam menyuarakan pendapat dia. Jadi walaupun ada perkara dalam bab akhlak yang patut di lihat jika dia sudah bertaubat aku doakan yang terbaik buat dia.

Gud luck datuk!

Monday, April 19, 2010

Maaf saya tidak berminat...

Adakah musim sekarang ini musim orang mencari income atau berkejar untuk menjadi kaya??
Tapi bagi aku jawapan nya adalah YAAAA.. ramai yang sedang berusaha mencari part time income. Aku pun sama juga. Cari part time income dengan buat biz online. Jual apa?? Jual VCD...
bukan keahlian mana-mana product.

Kalau buka mana-mana account blog pasti ada orang promote tentang side income dia. Hari-hari dapat 100.. Macam mana nak jadi kaya??... dan macam-macam lagi.

tapi best sangat ke bila dah jadi kaya?? dah fikir betul-betul?? eh.. itu kalau betul jadi kayanya.. tapi kalau tak berkat duitnya?? tak sampai kemana kayanya...
paling tahan 2, 3 tahun lepas itu kita jadi malas dah..
takut jadi bertambah teruk

tapi nak minta maaf dulu dekat kawan-kawan yang join dengan benda-benda side income ini. Aku tahu u all semua ada sebab tersendiri. So aku tak blame kan korang

Tapi aku tak berminat dengan apa yang cuba u all iklankan. Bukan apa. Aku ada satu prinsip. Kalau sesuatu syarikat nak jual barang juallah product dia keluarkan bukan jual keahlian nya. Sebab bila dah jual keahlian kemana peginya penjualan product pun tak tahu la.

iTU bagi yang buat macam tu la yang tak buat takpa teruskan.

but jangan show off duit kata dah kaya dah macam-macam2 nak bantu orang jadi kaya dan sebagainya.
kalau nk bantu orang lain tak hidup susah sedekahkan duit yang korang ada itu

Saturday, April 17, 2010

Tips Cinta: Terima kasih MY EX!! kau berikan kecewaan dan aku capai kebahagiaan..

Kalau boleh aku nak lupakan semuanya. Dari mana kami bermula dari mana kami berakhir. Tapi aku akui itu la benda yang paling susah dan pasti tidak berhasil untuk melupakannya. Biar pun aku bukan dengan dia lagi tetapi kadang-kadang perasaan hampa itu tiba-tiba menyelinap dalam diri. Kenapa, bagaimana, dan semua persoalan tertujah dalam minda aku. Walaupun dah bertahun tapi aku masih susah untuk lupa perbuatan dia pada aku. Biar pun CINTA dia pada aku sudah lama lupus tapi perasaan TERLUKA yang aku hadapi walaupun di cari ubatnya parutnya masih ada lagi.

Aku tahu kesedihan yang aku alami adalah di sebabkan oleh harapan yang menggunung yang pernah aku bagi pada dia. Harapan yang menggunung dan berakhir dengan kemusnahan dan akhirnya memusnahkan sekeping hati yang selama ini cuba untuk memberi terbaik terhadap dia. Adakah aku patut di perlakukan sedemikian?? Adakah kekecewaan yang perlu aku dapat?? Adakah kesedihan yang patut aku terima??

DENDAM tiada lagi, yang tinggal ialah aku cuba memandang diri aku. Kenapa.. apa punca nya dan dari situ aku cuba mencari mana-mana sifat yang lemah yang membuat aku di tolak mentah-mentah oleh orang yang aku harapkan. BANGUN aku bukan melihat kekecewaan lagi tetapi aku cuba memperlajari dari sesuatu yang indah dari kekecewaan yang lepas. Dan aku pastikan kekecewaan yang lepas akan membawa kebahagian yang betul-betul hakiki dengan insan aku sayang kini.

Jika insan aku sayang kini masih tidak nampak tentang keluhuran cintaku pada dia, biarlah keluhuran cinta ku ini membuat kan dia bahagia walaupun aku akan kecewa satu hari nanti. Tapi aku puas untuk memberikan mereka bahagia walaupun seketika.

TERIMA KASIH MY EX!! KAU BERIKAN KEKECEWAAN AKU CAPAI KEBAHAGIAN!!!

Related Posts with Thumbnails