hati hanya bersuara.. dan mulutku cuba mengiyakan kata.. tangan ku mula melakarkan apa yang ada.. dan mula la aku bercerita PERHATIAN!! TEMPAHAN VCD USTAZ KAZIM DAN AZHAR DI BERHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU AKIBAT KEKANGAN KOMITMEN KERJA YANG LAIN.. ANDA BOLEH SINGGAH KE KEDAI KAMI DI TAMAN GREENWOOD GOMBAK (BAHARUDDIN BOOK STALL) PENJUAL BUKU, MAJALAH, VCD AGAMA.. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA (ANAK BELIAU -FIRA) UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MAAF ATAS KESULITAN YANG DI HADAPI
Sunday, April 19, 2009
kisah aku dah group itu
bukan tujuan untuk anti sape2 tapi hanye sekadar berkongsi pengalaman.. dan berborak konsong.. smbil mengeluarkan lawak2x yang kadang2 itu tidak dapat di terima oleh sesetengah pihak....
mungkin banyak yang perlu di perbetulkan atau banyak perkara yang menjadi sejarah yang aku sendiri tidak kaji di forum berkenaan tetapi aku enjoy yela.. bile jumpe geng2x yang seakan2 satu kepale dengan kita... so benda tak lawak pown leh buat kite ketawa.. tapi bukan semuanya manusia mempunyai perangai atau dengan ganas lagi satu kepale ngan kita...
tidak ade yang patut di salah kan.. kadang2 sifat itu semulajadi dan kadang2 di pengaruhi oleh persekitaran dan juga pengalaman yang lepas...
begitu juga aku.. aku rase aku ni boleh meneriam pendapat orang di sbbkan pengalaman aku yang lepas.. berchating di chat room.. betul2 mengubah diri aku.. daripada orang yang agak tidak terbuka pemikiran kepada yang lain..dan jika dulu aku merasakan diri seolah2 hebat.. akhirnya.. menjadi seorang yang suka mengalah.... dengan niat berfakta.. mcm ne tuh... hehehee.....
kadang-kadang kita tak sedar bukan semua nya orang boleh terima apa yang kita sedang katakan.. jika anda seorang pemarah ape agaknya anda akan buat... heheh marah balik kan.. sound balik.. tapi adakah itu cara terbaik untuk meletakkan diri anda dalam situasi.. jwapan nye tidak...api itu perlu di simbah ngan air.. baru la boleh redha api nya.. bahang nye pown leh kurang...
ego, perasan hebat, perasan ilmu di dada penuh, nak tunjuk lebih islamik.. hehehe.... mmg senang kita nk tgk... ntah2 aku pown ade termasuk di antara ciri2 di atas..
tapi ape yang perlu kita buat bile nmpak orang mcm ni..
hehhehe berbalik la pada agama....kerana agama telah byk mendidik kita.. antara kita nk mempelajari dan mengaplikasikan nye.. aje..
tidak salah menegur orang lain atas sbb nya.. tapi bagaimana cara nya... mesti la dengan bijaksana seperti ayat dari artikal ini
http://www.sabah.gov.my/jheains/SAMBUT%20TAHUN%20BARU.htm
"Sibuk meneliti aib atau kekurangan sendiri bermaksud sentiasa
memperbetul kelemahan dan kesalahan diri sendiri lalu insaf dan bertaubat,
kemudian segera membuat perubahan, iaitu berubah daripada bersifat buruk atau
kurang baik kepada sifat yang lebih baik dan terpuji, di samping sentiasa
terbuka menerima nasihat serta teguran yang baik. Ia adalah sifat yang sangat
mulia dan terpuji kerana ia sunnah Rasulullah s.a.w. dan merupakan amalan
salihin dan mukmin sejati.
Diriwayatkan bahawa dalam satu wasiat Saidina Umar Al-Khattab,
beliau berkata: “Jika anda
menemukan cela (kekurangan) pada seseorang dan anda mahu mencacinya, maka
cacilah dirimu (sendiri), kerana celamu (kekuranganmu) lebih banyak darinya”.
Ini kerana dengan menginsafi yang kekurangannya lebih banyak daripada orang
lain, tentulah akan mematahkan hasratnya untuk mencela orang lain.
Sungguhpun demikian, ini bukanlah bererti yang seseorang
Muslim itu tidak boleh menegur ataupun memperingatkan saudara seagamanya yang
melakukan perbuatan tercela agar kembali ke pangkal jalan, malahan itu adalah di
antara sifat yang mulia dan sangat dianjurkan oleh agama. Akan tetapi, setiap
teguran yang diberikan hendaklah dilakukan secara bijaksana, dan bukannya dengan
cara mencari-cari kesalahan orang lain sehingga aib sendiri tidak disedari atau
dilupakan. Harus diingat bahawa adalah lebih buruk dan keji lagi jika perbuatan
mencari-cari atau meneliti salah serta aib orang lain itu dijadikan sebagai
budaya hidup."
kita ni hidup bukan sekadar perlu menjaga hubungan antara kita yang Allah tapi perlu juga menjaga hubgan dengan manusia.. baru la kita hidup dengan tenang insya-Allah
Monday, April 6, 2009
thnx for the survey
>hurmmm... my ketiak....ngeeeeeeeeeee
2.How do you feel when you woke up this morning?
>ya ampunnn awal nye dah pagi ngeeeeeeeeee
3.Who was the last person you take a photo with?
>sowank2.. ngeeeeeeeeee
4.Would you consider yourself to be spoiled?
>so what.... ahahaha
5.Would you donate blood?
>heheheh.. ade sekali jek
6.Have you ever had a best friend who is of the oppossite sex?
>ramai... YOL, fayadh... ank sedare.. hemo kot hahahah
7.Do you want someone dead?who?
>huh hurmm mereka yang kejam dan patut di hukum bunuh
8.What does your last text message said?
>kat dak anti my ex
9.What are thinking of right now?
>mood stdy pelis come to me.
10.Do you wish someone was with you now?
>no...
11.What time did you go to sleep last night?
>1 kot
12.Where did you buy the tshirt you are wearing now?
>alamk org bg hahahaha
13.Is someone on your mind right now?
>fmly
14.Who was the last person who text you?
>membe from anti my ex
15.Peoples tagged to do this quiz??
1. fayadh
2. hemo
3. yol
4. azhar
16. Who is you are having relationship with?
>4 kot
17.Is no.3 is male or female?
>of coz jate
18.If no.2 and no.3 get together,will it be a good thing?
>wow... heeeeee leh la makan ns minyak
19.What is no.1 studying about?
>kat poli
20.Is no.3 single?
>yup i think
21.Say something about no.2
>ahaks... no komen hahaha
22.What do you think of no.1 and no.3 get together?
>sume jantan payah nk ckp
23.Describe no.4
>nice person
24.What will you do if no.1 and 3 fight?
>jgn gado
25.Do you like no.1?
>sumtime
Sunday, April 5, 2009
lepak di ulu yam
sabtu lalu bersamaan dengan 04.04.09... kami keluarga dari fakulti ekonomi universiti malaya... mengadakan lawatan tak rasmi di ulu yam...
rencana ini di rancang 2 minggu.. alhamdullilah segala berjalan seperti biasa..
hehehe thnx for mimie sbb sebelum ni aku tak bape rapat sgt dengan dak2 first kolej tapi skrg ni dah ok sket la...
mule2 sampai sume tgk air sungai dah tak tahan nk mandi.. hahahah...
aku pown same dah tak sabo nk mandi... ape lg tuko seluar and baju trus mandi... wahhhh syok...
huhuh ngah air sungai yang agak fresh mmg besh la....
antara pekara lain yang terjadi termasuk la.. kaki aku calar kena batu2 yang byk di dasar sungai...
perbuatan buang badi yang ntah ape2 ntah aku pown tak paham nk buang badi ape..
cermin mate muknir(maap kalau salah aje) yang ilang.. menyelam mencari nye
punye la payah nk idupkan api untuk masak BBQ... ahahahah akhir nye berjaya...
main2 nenek2 sibongkok tua dalam sungai.. hahaha leh ke nk cari org time tuh...
pastu main serang2 ala2x raksasa..
aku tersepit ngan TIm di celah batu siap Tim kate "safira tak muat hhahahah"
nextttttttt timeeeeeeeeee kite pi lagi ek... sonok sihhhhhh
Wednesday, April 1, 2009
tak kemana.. balik rumah ke kolej...
takde aktiviti macam semester yang lepas...
rasa nya masa sem ini banyak di gunakan untuk buat asgment yang perlu di submit pada tiap-tiap minggu..
penat letih dan sebagainya itu mempengaruhi aku untuk kacau orang..
lepaskan tensen.. buat orang lain ketawa dan aku pun turut sama ketawa..
tapi kadang-kadang tuh aku rasakan itu tidak mencukupi..
mungkin kadang-kadang kita terlupa.. kita boleh bangun malam untuk menelaah pelajaran tetapi jarang untuk kita bangun muhasabah diri...
Friday, March 27, 2009
buku zaid ibrahim pi la beli
Seperti yang tertulis dalam buku tersebut buku ini khas atau sesuai pada anak-anak muda yang nak mengetahui tentang perjalanan politik dalam Negara kita.
Lebih mudah untuk aku katakan buku ini adalah bukan hanya luahan rasa bagi beliau tetapi bagi aku juga terhadap budaya politik dalam Negara kita ini. Sayang sekali apabila ramai teman-teman aku tak kira la di myspace, frenster atau facebook malah di YM sekali pun tidak begitu berminat mengetahui nya. Aku tidak menyalahkan mereka. Mungkin mereka berminat tapi melihat kekotoran yang ada dalam politik ini terus membuatkan mereka mual untuk memperkatakanya. Tapi bagi aku yang amat meminatinya politik kerana ianya boleh menunjukkan budaya dalam masyarakat politik ini asam garam dalam hidup dan tak salah untuk mengetahui berkenaan dengannya. Bagaimana pemimpin menjadi harapan rakyat menjadi model pada mereka. Aku tidak bermaksud untuk memarahi sikap teman-teman yang sebegitu malah aku
Buku ini juga ada menceritakan bagaimana untuk membentuk melayu yang lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan sepenuhnya. Selain daripada banyak perkara yang sama dengan pikiran aku di terjemahkan dalam buku ini. Tiada niat di hati untuk mempersoalkan tentang DEB yang tamat pada tahun 1990 yang sekarang di kenali sebagai DPN tetapi rasional nya terhadap DPN seolah-olah tidak berkesan. Apa yang di lihat sekarang ianya lebih berbentuk perkauman. Semuannya terdapat dalam buku ini. Aku bukan tidak berkata DEB itu tidak bagus. Malah aku bersyukur dan boleh katakana DEB itu amat membantu terutama keluarga aku. Kalau tidak mungkin aku sekarang masih duduk di rumah setinggan. Tetapi kerasionalnya perlu di kaji semula. Kalau tak sampai bile kecekapan melayu dalam kemahiran kita nak perolehi.
Masalahnya dalam Negara kita ini banyak perkara-perkara telah kita takuti seperti “abisla kita kalau cina yang memerintah” padahal mereka itu adalah salah bangsa di dalam Malaysia mengapa perlu kita takut sepatutnya kita takut dengan pendatang asing yang belum tentu mempunyai kerakyatan dalam Negara kita. Mereka(org cina) bukan boleh kembali ke Negara mereka. Dan contoh yang paling baik dalam buku tersebut di mana beliau menyuruh kita bayangkan bahawa kita ini adalah pendatang tanah melayu yang duduk di Negara china selama 100 tahun lama nya. Adakah kita suka Negara kita mempunyai sifat perkauman dengan melebihkan sesetengah kaum sahaja. Rase nye kita juga akan memberontak.
Orang cina dan
Tiada niat untuk saya katakana melayu itu tidak baik, tetapi segelintirnya suka mengambil kesempatan. Saya dan keluarga pernah di tipu sewaktu mengubah suai rumah dengan orang melayu. Niat di hati nak Bantu bangsa sendiri tapi pulak kena Bantu diri sendiri. Bila orang tahu buat rumah kita pun sama nk buat rumah. Tapi bocor sane bocor sini pintu rumah tak siap tandas bocor. Atap bocor. Memang la harga adalah harga kawan-kawan tapi kos membaiki nya dan tahap keselesaan malah hal kepercayaan tak boleh di beli dengan kata harga kawan-kawan. Baru-baru ini kami membeli sebuah rumah lagi dah ingin mengubah suainya. Dan satu ayat mudah pada ayah saya. Pilihla orang yang boleh buat rumah ini dengan betul2 dan ada jaminan biar mahal sikit asal hati tak sakit.
Tuesday, March 17, 2009
permulaan krisis kewangan 2008 ( part two)
>seperti yang kita ketahui la kan bank adalah salah satu fungsi dalam keewangan. mereka ini akan ambil deposit ( ape yg kita simpan dalam bank) kemudian bank akan gunakan simpanan tersebut sebagai pinjaman pada peminjam untuk di gunakan sebagai pelaburan dan juga penggunaan (cth jd modal dan mcm pinjam nk buat rumah macam tuh la )
>bank juga nk dapat duit dia boleh juga buat pinjaman daripada bank2 lain so dorng dapat keuntungan berdasarkan perbezaan nk byar faedah tersebut
>masalah nya apabila tempoh matang yang pendek berbanding aset-aset bila tempoh matang dia pendek buat org tak percaya dan mudah untuk kuarkan wang mereka itu dengan serta merta
>bank juga ade masalah bila peminjam yang pinjam duit tak bayar duit so mereka skrg mcm dah takde duit da..
>masalah jugak timbul bila ade nya deposit dalam floating rate(yg leh sbb kan masalah kenaikan interest rate)
>misal nye kalau floating rate ni lebih tinggi dari pada fix rate, byk nilai bank akan hilang
ok kita masuk pada part two
fungsi2 bank pelaburan
>bantu firma kumpul wang dalam pasaran modal
>boleh jugak menasihati firma dalam pembiayai mereka.
>menjana jamin (mcm insurans) dalam sesetngah isu cth berpakat dengan bank lain dalam "sindiket" untuk beli sekuriti yg terjual
>nasihat dalam penggabungan dan dalam pemerolehan (boleh dapat untung sbb dorng di byar)
>glass steagall act - halang bank2 perdangangan daripada bagi pelaburan pada bank perkhidmatan
apa / siapa/ pelabur dalam institusi
>dorng ni mmg org yg banyak duit la
>terdiri daripada duit pencen, dana bersama (matual fund), syarikat-syarikat insurans
>dorng ni la yang akan kuasai pasaran sekuriti (stok, bon )
>jd dorng ade pengaruh dalam kewangan korporat
akan bersambung lagi....
ni belum sampai tahap mcm ne leh jd krisis ni pendahuluan ngah terangkan mcm ne leh berkait antara satu sama lain....
permulaan krisis kewangan 2008 ( part one)
ok kite mula kan dengan bank
operasi bank
>ambil wang sbgai deposit pada mereka yang membayar interest
>meminjamkannya pada peminjam untuk di gunakan sebagai pelaburan dan juga penggunaan
>bank juga buat pinjaman dari bank2 lain
>membuat keuntungan daripada perbezaan antara bayaran interest dan penerimaan
potensi masalah bank
>kebanyakan liabiliti bank mengalami tempoh matang yang pendek berbanding aset2 > ini akan membawa kepada kegagalan bank dan menyebabkan penyimpan-penyimpan mengeluarkan wang serta-merta
>risiko kredit> peminjam tak dapat nak bayar balik pinjaman yang di buat> lebih bahaya diwaktu buat pinjaman syarat2 nye telah di longgarkan
>risiko kadar faedah>deposit dalam keadaan terapung>pinjaman dalam kadar tetap> dan jika kadar terapung lebih dari fixed rate bank akan loses
tahap kritikal dalam sistem bank
>jika bank sediakan kredit dan operasi pembayaran- kegagalannya akan menyebabkan masalah dalam ekonomi akibat kejatuhan perniagaan lain
>oleh itu memerlukan peraturan daripada kerajaan
-keperluan rizab> memegang kadar deposit bank oleh bank pusat (crr)
-sesuaikan kadar aset berisiko dengan modal dalam bentuk ekuiti dan juga simpanan pendapatan
ok akan disambung pada masa akan datang ngah cuba untuk memahami nye heheheheheh
Friday, March 6, 2009
peranan media
macam yang telah di beritahu media adalah fungsi utama dalam penyampaian maklumat kepada orng lain. ini boleh di anggap sebagai medium penyampaian.
dalam pelajaran politic saya yang lepas kami di tekankan dengan pelbagai soalan oleh pensyarah kami, yang mendesak untuk kami jawabkan antaranya ialah berkenaan dengan " apakah keburukan yang di bawa oleh media prima( yang utama) pada pembangkang" dan kebanyakan kami trus menyatakan bahawa media2 di malaysia ini kebanyakan di dominasi untuk kepentingan sesetengah parti. dan bukan untuk kepentingan rakyat semata-mata. ada di antara cerita yang di ketengahkan di tapis dan rakyat hanya membaca sebahagian cerita sahaja dari cerita sepenuhnya. Dan persoalannya apakah kepentingan keadaan sedemikian. Melihat kepada persoalan tersebut lantas ada antara kami memberikan jawapan yang mungkin boleh di terima pakai antaranya.. Ketidaksamarataan antara berita yang di sampaikan oleh media adalah untuk memastikan kestabilan dalam perhubungan antara kaum dan untuk memastikan bahawa rakyat malaysia akan terus berpadu. apekah rasionalnya kenyataan ini keluar ini berbalik kepada kematangan rakyat kita di negara kita kita sendiri adakah kita boleh menerima cerita di sebaliknya atau kita memikirkan cara yang baik dalam menyelesaikan nya.. dan itu menjadi persoalannya.. bagaimana kita hendak mengira kematangan rakyat di negara kita.
JIka di lihat perbezaan keterbukaan di negara lain memang di akui di negara mereka memang lebih terbuka kerana rakyat nya juga lebih terbuka. tetapi keterbukaan mereka juga terbatas terutama jika kita membincang isu2 agama yang akan menyentuh sesetengah pihak masih ada relevan kah untuk kita katakan bahawa mereka ini masih terbuka.
dan persoalan kedua yang di tanya ialah "apa manfaat yang kerajaan dapat dalam mendominasi peranan media" kalau hendak jawab dengan mudah atau jawapan budak sekolah mesti la kita akan cakap dapat pengaruh rakyat. tapi apabila kita lihat kembali jawapan itu tidak lagi boleh di terima pakai seratus peratus. melihat kepada situasi sekarang rakyat sudah mula terfikir terutama lagi sejak tahun 1998 di mana satu isu besar telah melanda negara dan sejak itu rakyat mula terfikir akan peranan media yang melampui batas dalam menyalurkan berita dan sejak itu media yang di dominasi oleh kerajaan di jadikan bahan bandingan antara media dari pembankang dan juga dari alternatif lain.
sejak bila media di jadi kan propaganda dalam politik ini di lakukan oleh pemimpin yang lepas2 kerana melihat kepada keterbukaan media ini menjadi mereka seolah2 "besar kepala" sedangkan mereka di pimpin. jadi semenjak itu peranan media di ubah menjadi satu modul dalam mempengaruhi pemikiran rakyat pada umum nya.
tertarik dengan pertanyaan kawan saya bob di myspace. "melihat pada rancangan awani berkenaan dengan media cetak dan blog" dua-dua nya adalah media. tetapi pencetakan mungkin lebih besar di dominasi oleh parti politik. tetapi blog lebih terbuka penggunaannya. dan adakah sumber2 nya lebih berbentuk fitnah. jawapannya mudah ikut kepada pembaca. jika pembaca itu jenis yang suka bersikap rasional akan mencari fakta dan baru membuat keputusan dan kesimpulannya mana-mana media boleh mengada-ngadakan cerita dan nak percaya atau tidak terpulang kepada orang yang membaca.
selain daripada itu, jika kita lihat situasinya, adakah patut Harakah menyediakan satu ruang khas untuk meceritakan tentang kebaikan yang di buat oleh kerajaan??? mungkin ini adalah salah satu idea yang mungkin takan di terima pakai kerana itu la satunya bahan mencetak yang di buat oleh PAS sedangkan banyak bahan bacaan telah di dominasi oleh kerajaan kenapa perlu di letakkan ruangan berkenaan dengan kerajaan.???
jadi hal ini akan di lanjutkan lagi pada masa akan datang heheheheheeh
Wednesday, March 4, 2009
t-shirt anti my ex
ni nak promote t shirt tak silap aku t shirt yang akan di cetak no 10 tapi kalau ade sesiapa nak bagi komen pasal design t shirt ni bleh aje.. t shirt ni di buat atas idea group anti my ex di frenster.. tapi terbuka la pada sesiapa nk order..
so pada sesiapa rase nk order dan berminat leh la contact
azri = no phone .... o175293361
kalau nk tnye aku pown leh jugak aku leh la bg info sket
ok hehehehehehe
tegas itu baik ke??? atau menjengkelkan
aku juga di kenali sebagai antara org yang tegas terutama waktu aku jd pengawas dulu..
ade gak junior aku yang cakap aku ni garang suke main sound org.. dan sebagai nye.. jawapan nye mudah aku jalankan tanggungjawab aku kalau tak nk dgr tuh hal ko..
tapi kadang2 sifat tegas tuh membawa kepada masalah bila ade org yang tak bape nk suke dengan ape yang kita buat.. mula ade yang tak nk dekat, menyampah eeeeee geram pown ade and macam2 yang berlaku..
dan aku juga merasakan keadaannye skrg..
aku ingat bila masuk dalam universiti skrg ni dah takde da.. cerita pasal lect sound student... and sbgainya sbb kita ni same2 dah educated.. tapi sem lepas aku dah kena dan sem ini aku kena lagi. tapi aku tak marah lect tuh cume aku agak tak puas hati sbb pelis laaaaaaaa aku bukan dak kecik...
aku masuk kelas aku terperanjat sbb selalu nye die masuk 5 minit lmbat dan aku akn menunggu die tapi die masuk awal kali ni dan aku org pertama yang masuk kelas.. die tnye aku.. kelas ade tak ni.. aku ckp kawan2 aku ngah on the way,.... bile kelas dah ade 5 org student die bleh amik keputusan kunci pintu kelas tuh tak nk bg student lain yg lambat masuk aku mcm tertnnye mmg kena buat mcm tuh ke?? ke ari ni ari bad mood die.. bg aku la kan.. tak kire la student tuh lmbt ke tak die dtg biarla die.. mungkin die ade sbb lain die dtg lmbt..
dan nk di jadikan cerita aku ni anto msg kat kawan sblah aku bunyi mcm lawak la.. dan kawan aku tgk aku and senyum aku senyum balik tetibe aku kena sound..
aku dah mcm pelik.. aku ni student darjah bape.. takkan pasal senyum pown nk marah lain la aku berckp time die ngajo dan aku mula tak fahamm.
tpi aku tahu aku pown ade slah gak tapi ntah la mungkin care yang die gunakan tak sesuai ngn umo kitrng yang agak beso ni.. sbb kami perlukan cara yang lebih berdedikasi dalam nk displin kan kitrng die berhak untuk mengungkit ilmu yang dia bagi pada kami kerana die seorang pengajar.. tuh la yang menjadi tanda tnye agak nya org tak puas hati ngan aku dulu sbb bnda2 macm ni la kot.. hahahah...
maap kan kami lect kami hehehe