hati hanya bersuara.. dan mulutku cuba mengiyakan kata.. tangan ku mula melakarkan apa yang ada.. dan mula la aku bercerita PERHATIAN!! TEMPAHAN VCD USTAZ KAZIM DAN AZHAR DI BERHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU AKIBAT KEKANGAN KOMITMEN KERJA YANG LAIN.. ANDA BOLEH SINGGAH KE KEDAI KAMI DI TAMAN GREENWOOD GOMBAK (BAHARUDDIN BOOK STALL) PENJUAL BUKU, MAJALAH, VCD AGAMA.. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA (ANAK BELIAU -FIRA) UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MAAF ATAS KESULITAN YANG DI HADAPI
Thursday, April 30, 2009
apa yang baru kepada politik baru Malaysia? part two
Dari segi media pula, politik lama lebih berfokus kepada penggunaan media cetak seperti surat khabar dan juga segelintir media elektronik iaitu radia dan televisyen. Kesemua media ini menerima kawalan dari kerajaan secara mutlak pada satu ketika dahulu di mana pengurusan dan pelaksanaan media elektronik hanyalah oleh pihak kerajaan. Meskipun siaran RTM sehingga kini masih lagi di bawah kawalan Kementerian Penerangan Malaysia, namun perkembangan teknologi dan pendidikan rakyat Malaysia mewujudkan pelbagai alternatif lain seperti siaran dari Astro, TV3 dan saluran-saluran lain untuk mendapatkan berita. Perkembangan teknologi internet telah mendorong kelahiran media alternatif seperti blog-blog yang dipelopori oleh golongan muda dan professional yang masing-masing berpendidikan dan mampu menghasilkan perspektif yang lebih kritikal. Kelahiran blog ini dipercayai sebagai satu faktor kepada fenomena Tsunami Politik Malaysia menerusi Pilihanraya Umum 12 yang menyaksikan kegagalan parti Barisan Nasional mengekalkan 2/3 kerusi parlimen. Walau bagaimanapun, satu lagi persoalan yang harus kita tanya adakah ini cukup untuk mengatakan bahawa politik Malaysia benar-benar baru ditambah lagi dengan pembentukan kabinet baru oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan satu portfolio baru iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi,Keseniaan dan Kebudayaan yang diterajui oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dikatakan mampu mengawal kesemua media di Malaysia.
Secara teorinya, suasana masyarakat terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Native culture, plural culture, dan multi-culture. Native bersifat satu bangsa, melayu, bermain dalam kelompok kecil, bersifat colonial. Kemudian, Plural masyarakat campuran tetapi mempunyai unsur cauvanisme, perkauman. Masyarakat dan parti politik memainkan isu politik meliputi isu perlembagaan, bangsa dan budaya, Dasar Ekonomi Baru (DEB). Masalah yang berlaku sekarang ialah zaman telah ke peringkat multiculture, tetapi parti yang menjuarai zaman ‘Plural society’ iaitu UMNO tidak menyedari suasana masyarakat sebenarnya telah berubah. Dominasi wacana kaum telah mewujudkan dikotomi politik Melayu-Bukan Melayu yang agak ketara. Misalnya, ketika wacana kaum mendominasi politik negara dalam dekad 1980-an, Barisan Nasional paling berpengaruh di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu. DAP pula dilihat amat berpengaruh di kawasan-kawasan majoriti besar pengundi Cina. Manakala , multiculture pula dimana suasana masyarakat bersifat celik politik. Peringkat perubahan ini disebabkan suasana perubahan akibat modenisasi, liberalisasi dan globalisasi. Tidak timbul lagi soal bangsa. Zaman post-materialist dimana masyarakat bercakap tentang politik hampir setiap masa kerana mereka mempunyai keperluan atau kepentingan. Masyarakat juga tidak melihat lagi kepada model kepimpinan mengikut bangsa malah agama, tetapi kepada politik nilai, pembawaan nilai-nilai murni yang ada pada pemimpin.
Wednesday, April 29, 2009
apa yang baru kepada politik baru Malaysia? part one
In your opinion, what is really new in
Pada pandangan anda, apa yang baru kepada politik baru
kredit di berikan kepada khalida shabery.. and fahmi coursemate politic
Istilah politik baru merupakan satu istilah yang semakin mendapat tempat bagi masyarakat
Politik baru merupakan satu pendefinisian semula erti kata politik yang dari segi bahasanya bermaksud ‘kuasa’ atau satu proses pembuatan keputusan oleh sesebuah organisasi. Politik merupakan istilah yang menerangkan gelagat sesebuah organisasi dalam menentukan pentadbiran, polisi dan regulasi. Politik baru merupakan satu kesan daripada perkembangan ideologi masyarakat. Kebiasaannya, ianya tercetus akibat dari satu isu yang luar biasa sehingga mampu membuka mata dan minda betapa tidak berkesannya politik yang sebelum ini dalam menentukan nasib rakyat.
Terdapat pelbagai penanda aras yang boleh menentukan apa yang sebenarnya membezakan politik baru dan lama. Namun, pada hemat saya, politik baru bercirikan kebudayaan yang lebih demokrasi (cultural democracy) di mana ciri-ciri etnik kian hilang dalam rentak perjuangan politik. Jika suatu masa, mungkin lagi sehingga kini, perjuangan politik sering di sama ertikan dengn perjuangan bangsa, bukan sebenarnya perjuangan ideologi yang sering dilaung-laungkan oleh tokoh-tokoh politik nasional. Senario politik di negara masih lagi dipelopori oleh parti-parti yang berasaskan perjuangan perkauman seperti UMNO untuk kaum Melayu, MIC dan Gerakan yang rata-ratanya oleh kaum Cina serta MIC oleh kaum
Satu perkara yang semakin jelas kita lihat sejak kebelakangan ini, masyarakat mula menerima idea pembentukan parti politik yang lebih menjurus kepada kepelbagaian kaum, meskipun dilihat agak radikal dan agresif. Pembentukan Parti Keadilan contohnya oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekitar April 1999, bertujuan untuk memperjuangkan keadilan seorang individu iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyeleweng dan beberapan tuduhan liwat. Parti Keadilan Rakyat dilihat sebagai pelopor bagi pembentukan parti politik berwajah baru yang pertama kalinya melibatkan pelbagai kaum dan tidak lagi memperjuangkan perkara-perkara retorik yang sering diperjuankan oleh parti-parti sebelum ini seperti Islam oleh PAS,Melayu oleh UMNO dan Semangat 46 dan pelbagai parti-parti bangsa di Sabah dan
Beberapa kriteria boleh dibandingkan untuk kita mengukur sejauh mana politik baru benar-benar dipraktikkan di
Wednesday, April 22, 2009
jalan-jalan cari makan dan exam
aku nak makan ape hari ni.. mcm bese nya makan nasi campur tapi rase mcm boring la plak asyik makan benda same.. baik kite ubah menu hari ini dengan makan makanan lain sket iaitu heheh nasi ayam..
hurm kat 223 ade la salah satu kedai mapley yang agak meriah pada waktu malam. tapi hari tuh kami singgah untuk makan tengah hari.. so kalau makan tengah hari kena la datang bukan time lunch sbb ramai sgt yang kuar.. selalu pekedai2 kat sini agak agresif sket.. untuk amik order pada first time dtg mmg agak tak selesa tapi bagi yang bese takde hal la...
hehehe..
hari ni aku ngan teman2 pilih kedai belakang sket sbb tak ramai orang dan kedai tuh nmpak nya mcm baru bukak. so beli la nasi ayam...
tengah duk tunggu datang la plak sowang dak kecik keturunan mamak agak manis muke nya. tanya aku ngan membe nk air ape.. aku pown confident jawab aku nak air milo tabur.. sekali budak tuh tak paham ape itu milo tabur buat aku gelak
hurmm esk mula la aku akan menjawab kertas peperiksaan akhir pada sem ini.. heheh
cuak sgt maklum la aku ni ssh betul nak stdy terutama dalam subjek berunsur ekonomi..
doa kan aku moga berjaya ye..
Sunday, April 19, 2009
kisah aku dah group itu
bukan tujuan untuk anti sape2 tapi hanye sekadar berkongsi pengalaman.. dan berborak konsong.. smbil mengeluarkan lawak2x yang kadang2 itu tidak dapat di terima oleh sesetengah pihak....
mungkin banyak yang perlu di perbetulkan atau banyak perkara yang menjadi sejarah yang aku sendiri tidak kaji di forum berkenaan tetapi aku enjoy yela.. bile jumpe geng2x yang seakan2 satu kepale dengan kita... so benda tak lawak pown leh buat kite ketawa.. tapi bukan semuanya manusia mempunyai perangai atau dengan ganas lagi satu kepale ngan kita...
tidak ade yang patut di salah kan.. kadang2 sifat itu semulajadi dan kadang2 di pengaruhi oleh persekitaran dan juga pengalaman yang lepas...
begitu juga aku.. aku rase aku ni boleh meneriam pendapat orang di sbbkan pengalaman aku yang lepas.. berchating di chat room.. betul2 mengubah diri aku.. daripada orang yang agak tidak terbuka pemikiran kepada yang lain..dan jika dulu aku merasakan diri seolah2 hebat.. akhirnya.. menjadi seorang yang suka mengalah.... dengan niat berfakta.. mcm ne tuh... hehehee.....
kadang-kadang kita tak sedar bukan semua nya orang boleh terima apa yang kita sedang katakan.. jika anda seorang pemarah ape agaknya anda akan buat... heheh marah balik kan.. sound balik.. tapi adakah itu cara terbaik untuk meletakkan diri anda dalam situasi.. jwapan nye tidak...api itu perlu di simbah ngan air.. baru la boleh redha api nya.. bahang nye pown leh kurang...
ego, perasan hebat, perasan ilmu di dada penuh, nak tunjuk lebih islamik.. hehehe.... mmg senang kita nk tgk... ntah2 aku pown ade termasuk di antara ciri2 di atas..
tapi ape yang perlu kita buat bile nmpak orang mcm ni..
hehhehe berbalik la pada agama....kerana agama telah byk mendidik kita.. antara kita nk mempelajari dan mengaplikasikan nye.. aje..
tidak salah menegur orang lain atas sbb nya.. tapi bagaimana cara nya... mesti la dengan bijaksana seperti ayat dari artikal ini
http://www.sabah.gov.my/jheains/SAMBUT%20TAHUN%20BARU.htm
"Sibuk meneliti aib atau kekurangan sendiri bermaksud sentiasa
memperbetul kelemahan dan kesalahan diri sendiri lalu insaf dan bertaubat,
kemudian segera membuat perubahan, iaitu berubah daripada bersifat buruk atau
kurang baik kepada sifat yang lebih baik dan terpuji, di samping sentiasa
terbuka menerima nasihat serta teguran yang baik. Ia adalah sifat yang sangat
mulia dan terpuji kerana ia sunnah Rasulullah s.a.w. dan merupakan amalan
salihin dan mukmin sejati.
Diriwayatkan bahawa dalam satu wasiat Saidina Umar Al-Khattab,
beliau berkata: “Jika anda
menemukan cela (kekurangan) pada seseorang dan anda mahu mencacinya, maka
cacilah dirimu (sendiri), kerana celamu (kekuranganmu) lebih banyak darinya”.
Ini kerana dengan menginsafi yang kekurangannya lebih banyak daripada orang
lain, tentulah akan mematahkan hasratnya untuk mencela orang lain.
Sungguhpun demikian, ini bukanlah bererti yang seseorang
Muslim itu tidak boleh menegur ataupun memperingatkan saudara seagamanya yang
melakukan perbuatan tercela agar kembali ke pangkal jalan, malahan itu adalah di
antara sifat yang mulia dan sangat dianjurkan oleh agama. Akan tetapi, setiap
teguran yang diberikan hendaklah dilakukan secara bijaksana, dan bukannya dengan
cara mencari-cari kesalahan orang lain sehingga aib sendiri tidak disedari atau
dilupakan. Harus diingat bahawa adalah lebih buruk dan keji lagi jika perbuatan
mencari-cari atau meneliti salah serta aib orang lain itu dijadikan sebagai
budaya hidup."
kita ni hidup bukan sekadar perlu menjaga hubungan antara kita yang Allah tapi perlu juga menjaga hubgan dengan manusia.. baru la kita hidup dengan tenang insya-Allah
Monday, April 6, 2009
thnx for the survey
>hurmmm... my ketiak....ngeeeeeeeeeee
2.How do you feel when you woke up this morning?
>ya ampunnn awal nye dah pagi ngeeeeeeeeee
3.Who was the last person you take a photo with?
>sowank2.. ngeeeeeeeeee
4.Would you consider yourself to be spoiled?
>so what.... ahahaha
5.Would you donate blood?
>heheheh.. ade sekali jek
6.Have you ever had a best friend who is of the oppossite sex?
>ramai... YOL, fayadh... ank sedare.. hemo kot hahahah
7.Do you want someone dead?who?
>huh hurmm mereka yang kejam dan patut di hukum bunuh
8.What does your last text message said?
>kat dak anti my ex
9.What are thinking of right now?
>mood stdy pelis come to me.
10.Do you wish someone was with you now?
>no...
11.What time did you go to sleep last night?
>1 kot
12.Where did you buy the tshirt you are wearing now?
>alamk org bg hahahaha
13.Is someone on your mind right now?
>fmly
14.Who was the last person who text you?
>membe from anti my ex
15.Peoples tagged to do this quiz??
1. fayadh
2. hemo
3. yol
4. azhar
16. Who is you are having relationship with?
>4 kot
17.Is no.3 is male or female?
>of coz jate
18.If no.2 and no.3 get together,will it be a good thing?
>wow... heeeeee leh la makan ns minyak
19.What is no.1 studying about?
>kat poli
20.Is no.3 single?
>yup i think
21.Say something about no.2
>ahaks... no komen hahaha
22.What do you think of no.1 and no.3 get together?
>sume jantan payah nk ckp
23.Describe no.4
>nice person
24.What will you do if no.1 and 3 fight?
>jgn gado
25.Do you like no.1?
>sumtime
Sunday, April 5, 2009
lepak di ulu yam
sabtu lalu bersamaan dengan 04.04.09... kami keluarga dari fakulti ekonomi universiti malaya... mengadakan lawatan tak rasmi di ulu yam...
rencana ini di rancang 2 minggu.. alhamdullilah segala berjalan seperti biasa..
hehehe thnx for mimie sbb sebelum ni aku tak bape rapat sgt dengan dak2 first kolej tapi skrg ni dah ok sket la...
mule2 sampai sume tgk air sungai dah tak tahan nk mandi.. hahahah...
aku pown same dah tak sabo nk mandi... ape lg tuko seluar and baju trus mandi... wahhhh syok...
huhuh ngah air sungai yang agak fresh mmg besh la....
antara pekara lain yang terjadi termasuk la.. kaki aku calar kena batu2 yang byk di dasar sungai...
perbuatan buang badi yang ntah ape2 ntah aku pown tak paham nk buang badi ape..
cermin mate muknir(maap kalau salah aje) yang ilang.. menyelam mencari nye
punye la payah nk idupkan api untuk masak BBQ... ahahahah akhir nye berjaya...
main2 nenek2 sibongkok tua dalam sungai.. hahaha leh ke nk cari org time tuh...
pastu main serang2 ala2x raksasa..
aku tersepit ngan TIm di celah batu siap Tim kate "safira tak muat hhahahah"
nextttttttt timeeeeeeeeee kite pi lagi ek... sonok sihhhhhh
Wednesday, April 1, 2009
tak kemana.. balik rumah ke kolej...
takde aktiviti macam semester yang lepas...
rasa nya masa sem ini banyak di gunakan untuk buat asgment yang perlu di submit pada tiap-tiap minggu..
penat letih dan sebagainya itu mempengaruhi aku untuk kacau orang..
lepaskan tensen.. buat orang lain ketawa dan aku pun turut sama ketawa..
tapi kadang-kadang tuh aku rasakan itu tidak mencukupi..
mungkin kadang-kadang kita terlupa.. kita boleh bangun malam untuk menelaah pelajaran tetapi jarang untuk kita bangun muhasabah diri...